Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Tuesday, December 11, 2012

Rujuk yang sohih


"Syeikh, apakah nasihat syeikh untuk kami belajar dan cara belajar ? " Tanya salah seorang pelajar semasa Program di Republik Czech.

"Dapatkan ilmu rujukan yang sohih dan guru untuk membimbing.." Jawab Ustaz Zaharuddin ringkas. 

"Mengapa itu yang menjadi cadangan syeikh ?"

"Pada zaman terlalu banyak sumber pengajian ilmu Islam sama ada dalam bentuk buku, artikel dan penulisan di Internet, ramai mudah tenggelam dalam dunia ilmu yang apabila tidak mampu ditangani dan dihadamkan dengan baik, ia menjadi barah dalam minda sehingga merosakkan sang murid. Manakala guru diperlukan kerana ia menjadi pengimbang dan pembimbing maklumat yang diperolehi, pun begitu jauhilah sentimen dan ketaksuban dengan seorang guru, kerana guru juga masih seorang pelajar dan boleh membuat silap.."

*Petikan buku Jangan Berhenti Berlari - UZAR 

Sunday, December 9, 2012

Fitrah Bertuhan Muncul Ketika Lemas Di Laut

Bismillah


Bertuhan itu fitrah manusia. Cara mengubati aqidah orang yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan seperti orang ateis adalah dengan membuang mereka ke laut. Allah sendiri menyebut hal ini dalam Al-Quran.

Kenapa hanya ketika karam di laut dan bukannya ketika kesusahan di daratan ? Ini kerana karam di laut ialah satu situasi bahaya yang sangat ekstrem. Tiada tempat bergantung atau berpijak, di bawah mungkin ada jerung menanti untuk membaham, laungan meminta pertolongan tidak didengari sesiapa, kalau terminum air laut yang masin itu amat memeritkan. Segala-galanya tidak pasti.

Pada saat sebegini hanya Allah sahaja menjadi tempat bergantung. Ikrimah bin Abu Jahal yang keras permusuhannya dengan Rasulullah s.a.w akhirnya memeluk Islam setelah kapalnya karam dan dia hampir lemas dipukul ribut.

Ibn Kathir membawa kisah ini ketika mentafsirkan firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru melainkan Allah. Maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya). Dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah). (Al-Isra’ : 67)

Begitu juga dengan situasi si angkuh Firaun ketika hampir mati kelemasan. Firman Allah, mafhumnya: “Dan kami bawakan Israel ke seberang Laut Merah, lalu dikejarkan oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu) : ‘Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan aku adalah daripada orang yang berserah diri.” (Yunus: 90)

Alangkah indahnya kalau kita mengharap hanya pada Allah semata-mata dalam semua situasi sebagaimana semasa situasi ekstrem karam di laut. Alangkah eloknya sekiranya situasi di atas dibawa dalam hidup sepanjang hayat. Hanya Allah tempat bergantung.

Wallahu’alam.

Dipetik dari Majalah Al-Ustaz Isu 8
Oleh Abdullah Bukhari Abdul Rahim 

Friday, November 16, 2012

Doa dan Hijrah

Bismillah.

Alhamdulillah33.. Masih diberi nikmat Iman dan Islam. Masih diberi peluang untuk bernafas dan melangkah ke tahun baru. Alhamdulillah a’la kulli hal.

Jika kita tahu betapa berharganya setiap saat yang dilalui, nescaya kita tidak tergamak mensia-siakan hidup ini. Jika kita sedar setiap detik kehidupan kita dicatat oleh malaikat, pasti kita tidak akan mebiarkan catatan buruk dan noda memenuhi lembaran kitab amalan.

Allahu Allah.

Hari berganti hari. Dan kini tahun berganti tahun.

Mungkin setiap hari kita sudah biasa dengan sesuatu amalan. Namun, kita perlu lebih matang dan memaknakan lagi amalan-amalan yang dilakukan. Jika dalam solat, bagaimana ingin memastikan agar kita lebih khusyuk. Dalam berdoa, bagaimana ingin agar makna doa itu lebih difahami dan dihayati. Jika sedang berkerja, bagaimana supaya kita tidak cepat boring dan lebih bersemangat.

Dalam kehidupan kita, ada sesuatu yang lebih susah daripada susah iaitu berubah. Sehingga kadangkala kita lebih selesa untuk berada di takuk lama.

Hijrah, perlu bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran dan kemungkinan yang akan berlaku. Namun, kepercayaan yang tinggi kepada Allah s.w.t, InsyaAllah akan membantu kita untuk tetap teguh dalam menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik.

Percaya untuk berjaya.. Percaya sebelum melihat sesuatu dan berusaha untuk melihat apa yang kita percaya itu lebih berharga dari percaya apa yang telah kita lihat. Usaha perlu terus dibuat walaupun kadang ia memakan masa yang lama.

InsyaAllah, moga Allah beri kita kekuatan untuk terus berhijrah menjadi hambaNya yang bertaqwa.

---

Gaza bermandi darah lagi. Allahu Allah.

Apabila kita diberitahu doa adalah senjata mukmin, ketahuilah jika dia faham syarat-syarat doa dimakbulkan, nescaya dia akan berusaha menjadi mukmin yang lebih baik, agar doanya untuk Gaza tidak terhijab, oleh kecelaan diri sendiri.

Teruskan berdoa.. dan berhijrah.

Salam Maal Hijrah.

Wallahua’lam.

Sunday, October 28, 2012

Korban

Bismillah.

Aidiladha 2 tahun lepas suasana berbeza. Dikala semua ahli keluarga sebelah Mak berkumpul di rumah, saya menyambutnya di Kelantan. Pertama kali beraya di perantauan. Terasa lainnya berada berjauhan dengan keluarga. Cuma ingin mengutip hikmah di Bumi Darul Naim itu. Suasana yang sangat berbeza apabila berada di sana. 


Kali ini berpeluang bersama keluarga.

Dekat di mata, lebih dekat di hati. Mungkin kali ini, bukan jarak yang menjadi pengorbanan.

Perlu lebih menghayati As-Saffat:102.
Salam Eidul Adha. =)

Thursday, September 27, 2012

Bukan kampus lagi


Bismillah.

Terlalu pantas masa berlalu. Tak terasa Syawal dah melabuhkan tirainya. Hari demi hari pasti ada sejarah yang terlakar dan pastinya setiap yang berlaku ada hikmahNya. Hari ni dah masuk 27 September. Macam semalam je baru 18 Jun. Alhamdulillah3x dah selesaikan LI 6 September yang lepas. 

Sekarang masih lagi memberi khidmat di tempat praktikal tempoh hari. Masih lagi mengutip butiran hikmah di situ sementara sebelum berhijrah ke tempat lain.

Antara rutin setiap sabtu ialah membersihkan akuarium ikan di ruang kerja. Tapi, disebabkan hari Sabtu lepas dan InsyaAllah sabtu ni juga bakal menghilangkan diri, maka aktiviti menukar air ikan dilakukan pagi tadi. Seronok je dapat tolong dan menyibuk sedut-sedut kotoran dan gantikan dengan air yang baru. Paling seronok, dapat kacau anak-anak ikan yang sangat kecil tengah berenang-renang. Subhanallah... sangat comel. Bila duk gantikan air ikan tu, terfikir betapa kita kena selalu refresh niat. Sebab, kalau tak 'dibersihkan', banyak 'kotoran' akan mempengaruhi hati kita.

Hari ni ada dua orang student untuk sesi pagi. Kedua-duanya remaja perempuan. Salah seorang tu baru daftar semalam dan masih malu-malu. Seronok je nak menyakat dia sebab buat lawak macam mana pun, dia hanya senyum je. Memang seorang yang sopan santun. Dalam beberapa bulan ni, masih belajar cara untuk memulakan dulu perbualan. Sebelum ini, lebih banyak diam dari memulakan sesuatu perbualan dengan orang yang tidak dikenali. 

Sepanjang Latihan Industri sebelum ni, baru terasa banyak perbezaan dunia kampus dan alam pekerjaaan. Sememangnya di kampus kita sudah jumpa ramai orang dan pelbagai ragam. Tapi di alam pekerjaan, lagi pelbagai ragam yang ditemui. Dengan perbezaan umur yang jauh beza, pelbagai latar belakang yang ketara dan cara pemikiran yang tidak terjangka. 

Dan bila melakukan sesuatu pekerjaan, kita akan cuba belajar sesuatu perkara baru dengan segera untuk diaplikasikan terus apabila ia diperlukan. Selain itu, secara automatik, kita akan berusaha untuk meminimumkan kesalahan. InsyaAllah.. akan cuba baiki kelemahan diri dari masa ke semasa. 

Lepas makan malam memang 'terpengsan' lepas telan panadol. >.< 

Allahu Allah.

Wallahua'lam.

Universti Kehidupan
Kampus Cawangan Darul Takzim.

Saturday, August 4, 2012

Bazir

Bismillah


Alhamdulillah. Sudah hari ke 15 Allah bagi peluang menikmati Ramadhan.

Ramadhan.

Mengapa saban tahun kita tidak malu untuk bazirkannya ?


Mungkin

Bismillah

Sepanjang perjalanan ini, banyak yang perlu ditempuh.

Entah.. kadangkala sedar-sedar, 'baldi' semangat semakin besar bocornya.

Penat...
bila sedang cuba untuk membina, pada masa yang sama dia merobohkannya sekelip mata.

Lari, bukanlah penyelesai masalah.

Mungkin aku yang terlalu cepat mengalah atau terlalu berharap.

Ya.. Mungkin.

Wednesday, July 11, 2012

Baru belaka

Bismillah.

Masuk minggu keempat berkenalan dengan tempat baru. Suasana baru. Kenalan baru. Pengalaman baru. Pelbagai rasa yang datang dan pergi. Namun, tak bisa diungkap dengan kata-kata mahu pun penulisan.

Tadi baru TERcountdown hari yang InsyaAllah bakal dilalui. Masih banyak lagi rupanya.


Yup.. perlu bersemangat. Selalu tersenyum membaca mesej dari insan Julai yang jauh nun di bumi Darul Naim. "Rajin-rajin kerja.." Bukan sekali dia hantar ayat yang best itu. 


Dan mesej dari peminat 'Sebelum Mata Terlena', "Betul kan niat.." Masih terngiang-ngiang lagi walau ia diingatkan sehari sebelum 18 Jun menjengah. 


Kata-kata semangat dari blogger tegar yang suka kirim gambar di WhatsApp juga sering membuka mata yang selalu sahaja 'layu' dengan dunia.


Dari pagi sampai ke petang, sesekali tangan gatal bermain tetikus komputer depan mata. Seksa juga menahan diri dari online walaupun komputer depan mata. Mata asyik menjeling. Tercabar juga walaupun rasanya dah baca SOLUSI yang tajuknya Ikhlas Dalam Berkerja. 
Dah janji pada diri, tak nak guna internet di situ. >.<

---

Banyak belajar tentang cara penyampaian sesuatu perkara. Kadangkala kita rasa satu perkara itu mudah tapi tidak bagi orang lain.


Minggu pertama dah jumpa orang yang kurang mahir menggunakan tetikus. Walaupun hanya ajar double-click pun diri sendiri dah menggaru kepala.


Hanya memberitahu cara menukar warna tulisan di slide pertama Power Point pun sudah membuatkan tekak terasa kering.


Begitulah juga dalam kehidupan seharian. Belum tentu apa yang kita katakan sekali lalu itu mampu difahami oleh orang lain. Selalu saja kita membayangkan 'A', tapi si penerima menerima 'a'.


Soalan tak terjangka dari salah seorang pelajar di situ, "Biasanya kalau keluar jalan-jalan dengan kawan atau keluarga, awak pakai pakaian macam masa pergi kerja juga ke ? "


"A'ah" 


"Skema je.." 

=.=''

Wallahua'lam.

Sunday, July 1, 2012

Kenangan 6:00

Tulips Stairs
Bismillah.

Masuk minggu ketiga berjauhan, dah main hantar-hantar gambar. Update perkembangan masing-masing. Tak rugi promote kat dia suruh install WhatsApp sebelum balik hari tu.

Gadis comel ni pun insan julai.

Mula berkenal rapat sebelum semester 5. Mungkin sebelum tu, tak pernah pun borak panjang dengan dia.

Beberapa minggu sebelum melangkah pergi, hadirnya antara yang banyak memberi semangat. Masa tu, Allah je tahu apa yang berlaku semuanya.

Dan jam 6 di hari-hari terakhir itu, antara waktu yang indah.

---

Dan dia yang lagi satu..

Gadis ceria yang punya buah hati si muka kotak itu juga turut menceriakan jam 6 petang di hari-hari indah.

Benci dia sebab dia membuatkan air mata ini mengalir menatap hadiah darinya.

Moga kalian sentiasa dalam redha dan jagaanNya.. Allahuma amiin.

*agak lama tidak mengupdate blog, terasa kaku. Huhu.

Wallahua'lam.    

Sunday, May 20, 2012

Usahawan

Bismillah


Batas insani: 
Jika tak memberi manfaat, jangan membahayakan; 
jika tak memperbaiki, jangan merusak; 
jika tak membangun, jangan menghancurkan.

-S.A.F-
---

Seronok 'bermain' masak-masak dengan gadis-gadis cantik lagi baik. Terharu sangat bila masing-masing saling memback-up bila ada kekurangan. Sentiasa tersenyum walaupun penat.

Penat berniaga banyak memberi erti. Gembira 3 hari 'berkampung' bersama mereka sebab banyak perkara baru yang dapat belajar.

Walaupun tak adalah untung mana, tapi Alhamdulillah dapat balik modal. Dan paling best sebab dapat memberi. Salah seorang gadis cantik tu kata, "Tak apalah.. gembira je sebab dapat tengok orang lain makan apa yang kita masak.."

Sepanjang 3 hari tu, kadang terfikir juga diri ni dah cuba sedaya tak menepati ciri-ciri usahawan muslim. Jujur tak dalam berniaga. Bancuh adunan waffle tu cukup rasa tak.. atau buat janji jadi je. Sapu jem tu nak kedekut atau bagi banyak. Masa buat adunan tu dengan hati terpaksa atau sambil berzikir dan bersemangat. 

Kadang-kadang Allah nak uji hambaNya ni bersyukur tak.

Hari pertama, jualan biasa-biasa je. Balik hati sedih.. Tapi malam tu berdoa moga esok lebih baik.

Hari kedua, jualan berganda. Masa tu rasa senyum sambil ke telinga. Tiba-tiba rasa kena 'panah'. Tersentap kejap bila tiba-tiba hati tanya.. "Eh, macam mana nak rasa bersyukur.."

Hari ketiga. Tiba-tiba menjunam. Jatuh. Rasa pagi tu memang tak ada orang datang. Tapi Alhamdulillah Allah tunaikan doa 'moga tak ada yang terbazir'. Allahu Allah.

=)

Walaupun bulan ni rasa 'baldi' semangat yang di bawa bocor tapi setiap persoalan yang terdetik dalam hati ni, Allah sentiasa jawab melalui 'perantaraan' makhlukNya.

Allahu Allah.

Wallahua'lam.

Monday, May 14, 2012

Nilai

Bismillah

Menangis di hadapan Allah 
dan tersenyum di wajah saudara adalah paduan penyusun kejelitaan akhlaq dan rupa

=)


Kadang-kadang susah untuk terus tersenyum di hadapan saudara kan. Apatah lagi jika dibalik senyum yang terukir ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

---

3 hari meronda-ronda 'meneman' mereka menilai di setiap gerai sampai terhafal nama gerai dan jual apa.

Gerai ni kemas.

Gerai tu serabut.

Gerai ni macam kurang menarik.

Gerai tu tak ada banner.

Macam-macam komen betul. Mesti penjual dah boring tengok muka kami. Tapi kagum dengan semangat otak usahawan mereka. Kreatif.. !

Dalam menilai, banyak aspek yang dilihat. Kebersihan dah tentu. Kekemasan. Cara promosi. Dan dah tentu layanan yang best sebagai markah bonus. Penilai pun manusia biasa.

---

Jangan memandang sebelah mata sesuatu perkara yang baik itu walaupun ia nampak macam perkara kecil. Bila berdepan antara dua penilaian dalam kehidupan antara penilaian Allah dan penilaian manusia, biasanya penilaian siapakah yang lebih kita utamakan?

Ada orang boleh cakap, “Allah”. Tapi hakikatnya tidak selalu begitu. >.<

Wallahua'lam.

Friday, May 11, 2012

Adakah kita ?


Charger

Bismillah

Kadang kita lupa; 
hidup di dunia ini bukan hanya untuk bersaudara. 
Tapi juga untuk bermusuhan. 
Dengan syaitan;
yang nista & mengajak nista.
Itu juga kerana kadang kita lupa; 
bahwa perasaan yang harus tersandar kerana Allah dalam sempurnanya iman bukan cuma cinta; 
tapi juga benci.



Banyak kali ditegur hari ini tentang perubahan riak muka dan banyak termenung.

Sejak semalam rasa berdebar-debar.

"Nak 'charger'... "

---

Dia muncul tiba-tiba, lalu tersenyum..

Serius rindu nak tengok wajah dan senyumannya. Agak lama tak bersua muka. Alhamdulillah Allah bagi peluang dapat melepaskan rindu. 

Alhamdulillah... 

Allah hantar 'charger'.

=)

Dan sebelum malam menjelma, Allah gerakkan hati seseorang untuk berbicara. Duduk menatap wajahnya dan mendengar tiap butir kata.

Satu demi satu mendapat jawapan dariNya.

"Yakinlah pada Allah.. Apa-apa pun berlaku, kembali pada Allah."

'Charger' kedua.

Allahu Allah.

Wallahua'lam.

Tuesday, May 8, 2012

BESAR Hati

Bismillah

JANGAN BERKECIL HATI, adalah ungkapan yang sentiasa terngiang di telinga saya sejak hari itu. Setiap kali saya teringat kepada pesanan Abang Mohd Nor, saya bagai terbau aroma daun pokok pain yang memenuhi nostalgia pesanan Abang Mohd Nor petang itu, di tepi tasik Glendalough.

Pohon pain yang mendongak ke langit Ilahi, meredupi kelopak-kelopak Shamrock di bumi Irish yang penuh dengan seribu satu kenangan.

Selepas saya tiba di Malaysia, setiap hari menjadi bukti kepada saya betapa tepatnya nasihat Abang Mohd Nor itu kepada saya.

---

Ya, manusia memang pelbagai ragam.

Jika kita suka mengharap agar kebaikan kita dihargai dan disebut-sebut, saya kira kita tersilap planet. Hal itu perlu difikirkan semasak-masaknya oleh kita semua. Hanya dengan itu sahaja unsung hero yang ramai di tempat kerja, tidak berputus asa untuk terus melakukan kebaikan, biarkan tiada siapa yang peduli apatah lagi mahu menghargainya.

Kerana itu, pegang sahaja slogan GOD IS MY CEO. Buat kerja, biar jadi ibadah, itu sahaja justifikasinya.

Benar sekali, setelah begitu banyak kebaikan yang Allah curahkan kepada manusia, sedikit sahaja yang mahu berterima kasih kepada-Nya. Maka bagaimana pula kita, hamba Allah yang kerdil ini, boleh tidak lena malam hanya kerana jasanya tidak dikenang seseorang. 

JANGAN BERKECIL HATI. Kita kan hamba..!
*Petikan buku Di Hamparan Shamrock, Ku Seru Nama-MU.

---

Alhamdulillah, Di Hamparan Shamrock, Ku Seru Nama-Mu sudah berada di tangan. 

Betul la... buku tu membawa 'semangat dari sana'. Semalam selak-selak dan terbaca bahagian penutup; Di mana sahaja kaki ini berdiri.

Berkobar-kobar nak baca tapi tak sesuai sangat nak baca sekarang. Kena tunggu.. belajar sabar...

Teringat 'Rindu Bau Pohon Tin' dan 'Secangkir Teh Pengubat Letih'. 'Pengembaraan' yang cukup bermakna dan membuat hati semakin melonjak-lonjak ingin menjejakkan kaki ke bumi Jordan dan Turki. 

Wallahua'lam.

Wednesday, May 2, 2012

Bekalan

Bismillah

Sedang yang diwaspadai dalam persahabatan dengan orang mulia adalah; 
merasa sama; 
sedangkan selama ini kita hanya pemantul cahaya mereka.

---



Allah bagi peluang jejakkan kaki kat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Tak pernah terfikir untuk sampai sini. Selalu dalam minda nak jejakkan kaki ke tempat-tempat lain yang mungkin lagi best pada pemikiran sendiri.

Berpeluang 'berborak-borak' macam-macam dengan Ustaz. 

" Lepas ni, awak fikirlah macam mana nak banyakkan wakaf untuk bekalan kat 'sana'. Nanti kita mati semua kita tinggalkan kecuali amal jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan. Janganlah kedekut untuk memberi." 

Masing-masing melangkah balik dengan riang sebab dapat ilmu-ilmu baru dan nasihat yang membakar semangat.




Coklat. Kiwi. Teh O Ais.

Walaupun Teh O Ais nampaknya 'merendah diri' tapi tak semestinya dia paling tidak sedap. Semua sedap dan masing-masing punya kelebihan sendiri. 

Lepas beberapa sedut Kiwi, mungkin tangan akan cepat-cepat mengambil Teh O Ais sebab nak menghilangkan manis yang terlampau.

Mungkin.

=)
Mr Danbo dah dapat teman baru, si JAD. Cemburu je tengok mereka.

Minggu ni, minggu kesedihan. Bakal ditinggalkan oleh si dia.

Sebenarnya tak mampu nak tengok wajah dia lama-lama. Dan tak mampu nak bertekad untuk jumpa dia sebelum dia melangkah pergi.

Tadi.. hanya memerhati dari jauh. Nampak dia dengan teman baiknya.

Diam je walaupun rasa nak menangis. Belajar tabahkan hati sebab lepas ni lagi ramai yang bakal menjarakkan diri.

:'(

Hati masih lagi cedera terkena tembakan peluru berpandu dari mulut seseorang. Khas Allah tujukan buat diri yang lemah ini agar lebih mengingatiNya dalam setiap tindakan.

Wallahua'lam.

Monday, April 30, 2012

Abnormal

Bismillah
Mr Danbo dengan hadiah ulangtahun kelahiran ke-20 (2009)

Ya Allah, hari ini ada tangis dan kehilangan 
juga senyum dan kejayaan 
Kuatkan kami untuk saling melengkapi agar terasa nikmat kehambaan.



Usah bertangguh untuk melakukan kebaikan..

Sebab belum tentu sebentar lagi kita masih punya peluang untuk melakukannya. 

Takut kelak, menyesal di kemudian hari..

---

Berhujung minggu di depan laptop. Tanggungjawab yang tidak pernah selesai. Habis satu, akan datang lagi satu.. >.<

Sejak akhir-akhir ni dah sebulan sebenarnya jam bio dah tak normal. Waa.. stress betul.

Exam makin hari makin dekat.

Nampaknya nanti nak tak nak, kena la tukar balik jadual hidup secara paksa rela. Tak dapat bayang, time dalam dewan exam petang-petang, terasa malam pula. 

*Tak sabar menanti buah tangan Di Hamparan Shamrock, ku seru namaMu.

Wallahua'lam.

Friday, April 27, 2012

BERSIH 5.0

Bismillah

Lengan baju dan hujung seluar dilipat kemas. 

Paip di pulas. Aliran air yang sangat sederhana mula berlumba-lumba keluar berebut ingin membasahi anggota wudhuk. Sedang belajar melatih diri agar tidak membazir tatkala berwuduk. 

Tiba-tiba hati menjadi rindu dan malu jika dibandingkan dengan sahabat Rasulullah s.a.w. 

Saidina Ali R.A, apabila beliau berwudhu maka wajah beliau berubah menjadi pucat. Tatkala beliau ditanya, “Apakah yang terjadi pada anda saat berwudhu?” Beliau menjawab, “Tahukah kalian, dihadapan siapa aku hendak berdiri menghadap?”

Terasa kerdil diri bermain-main saat berwuduk. >.<

Sentap seketika tatkala ditanya seseorang, "Berdoa tak masa berwuduk? "

Berdoalah dengan bersungguh dan sepenuh hati.

"Allah.. moga muka ini kelak bercahaya dan berseri-seri ketika hari menghadapMu.."

"Allah.. moga mulut ini sentiasa berkata yang bermanfaat dan memuji-mujiMu..."

"Allah.. moga tangan ini sentiasa menjadi yang memberi sesuatu keranaMu dan berbakti pada yang lain.."

"Allah.. moga telinga ini mendengar yang baik-baik dan bermanfaat.."

"Allah.. moga kaki ini kelak akan berlari menuju ke arahMu dengan kencangnya tatkala dikurniakan nikmat terhebat melihat wajahMu..."

Allahu Allah..

Moga hati ini sentiasa diBERSIHkan dari semua perkara yang mensyirikkanMu dan jauhkan kami dari menzalimi diri kami sendiri..

Wallahua'lam.

Thursday, April 26, 2012

With YOU






With You, with You, with You, with You, ya Rahman!
With You, with You, with You, ya Raheem!

And I will never try to deny,
That You are my life.

Wednesday, April 25, 2012

Saat Akhir

Bismillah

Dah dapat 'buku alamat' untuk satu kelas. Memang didesign khas sempena annual dinner course tempoh hari. 

InsyaAllah, moga Allah mudahkan kami untuk terus berhubung.

Masa tahun satu dulu, macam semangat nak pergi dinner dan dengan semangatnya mengatakan, ''nak simpan khas duit untuk pergi dinner tahun akhir..." 

Tapi.. akhirnya tak pergi atas sebab-sebab tertentu. :'(

Sayu je bila mengenangkan saat-saat akhir bersama.. 

---

Akhir-akhir ni bila buka FB, selalu dapat berita pemergian sahabat-sahabat dari U lain. 

Mengejut.

Sungguh, pemergian mereka peringatan untuk kita semua yang masih diberi peluang dan peluang dan peluang untuk terus melangkah mendekatiNya. 

Tadi, dah pening menghadap kerja yang tak habis-habis.. sempat merehatkan minda menonton rancangan 'Saksi Maut'. Tentang saat-saat pemergian arwah Ustaz Asri Rabbani.

Allahu Allah

Tak mampu nak tahan air mata.

Namun, sangat cemburu mendengar segala kebaikan arwah yang diceritakan oleh si isteri, anak dan sahabat-sahabat arwah.

'Dia baik.. sangat baik.. sangat baik..' 

Allah masih beri kita peluang hidup saat ini untuk kita merancang kematian kita (yang masih menjadi rahsia bila)

Moga-moga pengakhiran kita adalah khusnul khotimah.

Amiin.. Amiin ya Allah.

Wallahua'lam

Tuesday, April 24, 2012

Ustaz ?

Bismillah

Gambar buku ni tak ada mengena apa-apa dengan saya ya. Sekadar tertarik melihat tajuknya. Beberapa hari lepas terperasan ada seorang ustaz ni post kat FB, dia kata nak hadiahkan novel ni kat isteri dia.

Comel je tajuknya. :D

----

Dah minggu ke sembilan untuk semester ni. Macam cepat je masa berlalu. Dan InsyaAllah masih punya beberapa minggu masa berbaki untuk bersama mereka.

Alhamdulillah.

Sebenarnya kadang-kadang rasa tak percaya dah duduk kat Bumi Darul Iman ni hampir 3 tahun. Satu tempoh yang sepatutnya boleh belajar macam-macam. Walaupun masih tak pandai berloghat Ganu Kiter. Hoho.

Dan kadang-kadang rasa sayu sebab terfikir sama ada akan datang masih berkesempatan ke sini lagi atau tidak. Pasti kan merindui semuanya. Suasana Bumi Darul Iman.
---

Hari ni berkesempatan bersama si budak yang asyik tersengih-sengih dari petang. Sebab hari ni dia dapat barang yang dia idam-idamkan.

Gembira je tengok dia senyum.

Moga dikau sentiasa tersenyum dalam dakapan kasih dan redhaNya.. =)

Wallahua'lam.

Monday, April 23, 2012

Dirisik Al-Luqman

Bismillah

Allah..
Walau ilmu dan kebijaksaan kami tak seutuh Luqman Al-Hakim
Tajamkan fikiran dan rasa kami untuk mengambil ibrah di setiap kejadian.

Tersentap.

Malu.

Macam-macam perasaan ada.

Alhamdulillah diberi kesempatan kali ketiga mendengar penyampaian Ustaz Hasrizal secara online. Kali ni 'bersama' mereka di UM, 'Membentuk karakter melalui Surah Luqman'.

Sebenanrnya banyak persoalan yang timbul dalam minda selama ni terjawab. 

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. DIA sentiasa menjawab persoalan yang bermain dalam minda ni melalui pelbagai cara. 

Kadang-kadang tu selalu je, ''Oh.. macam ni rupanya..", "Oo..sebab ni rupanya.."

Allahu Allah.. 
betapa terbatasnya upaya kita sebagai hambaNya. Moga-moga kita sentiasa mengingatiNya, sentiasa mensyukuri nikmatNya dan sentiasa memperelokkan ibadah kepadaMu.

Terasa hati diketuk-ketuk dengan nasihat yang 'disampaikan' melalui Luqman Al-Hakim. Hati tertanya-tanya masih mampukah diri ini dalam usaha menjadi anak yang baik

dan ibu bapa yang baik kelak.

Dalam surah Luqman ayat ke 14, ada menyentuh tentang tanggungjawab kepada ibu bapa.

Sememangnya kita tak mampu nak menandingi kasihnya ibu bapa kepada kita. Kasih tak bersyarat. 

Mereka adalah hadiah Allah kepada kita. Dan wajib kita berlaku ihsan kepada mereka dan menjalankan segala tanggungjawab keranaNya.

Susahkan nak jalankan tanggungjawab dan amanah.

Alhamdulillah banyak perkara baru belajar dalam proses menjadi anak yang baik walaupun hakikatnya selama ni macam banyaknya perkara tak terlaksana dengan baik.

Allahu Allah.

Wallahua'lam. 

Thursday, April 12, 2012

Cuai

Bismillah
IC sementara

Tersenyum lebar mendengar 'amanat' dari kakak yang bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara, Muar.

Susah juga kalau ada hal rasmi yang perlukan kad pengenalan untuk seketika ni. Perlu minta cop dari JPN Negeri.

Kertas saiz A4. Besar. >.<

Memang bukan sengaja nak hilangkan tapi ia berlaku atas kecuaian sendiri. 

---

Kita sedar ia penting, tapi kadangkala kita selalu cuai untuk menjaganya.

Wallahua'lam 

Tuesday, April 3, 2012

So soon


Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around

But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon

I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return.

So Soon - Maher Zain
Album: Forgive Me (2012)

Wednesday, March 28, 2012

Sumbangan

Bismillah

Rasa bersalah.

Selalu rasa begitu bila tiba-tiba pandang orang lain dengan pandangan berbeza. Ada orang pesan, bila kita dah mula pandang orang dengan lain macam, kena la check balik diri. Risau pandangan itu disebabkan perasaan rasa lebih baik dari orang lain.  

Bila disemak kembali, rupanya diri ini selalu lupa tujuan hidup.

Hari tu ustaz tanya dalam kelas, "Cuba fikir dan renung-renung, apa sumbangan yang kita dah beri pada Islam? " 

Masing-masing diam. Memusahabah diri kembali.

Wallahua'lam.

Tuesday, March 20, 2012

TRUST

Kertas.

Sekali kita renyukkan sekeping kertas,

Apakah mungkin ia kan kembali seperti yang asal ?

Monday, March 12, 2012

Mendahului

Bismillah

Orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah) daripada Muhajirin dan Ansar dan orang yang menurut mereka kepada kebaikan, Allah redha kepada mereka dan mereka pula redha kepadaNya, serta Allah menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itu adalah kemenangan yang besar.

(At-Taubah:100)



Pada kepingan mata wang perjuangan Islam, Muhajirin dan Ansar mencetak peranan yang agung pada sisi masing-masing. Kedua-dua sisi ditempa dengan palu godam kesulitan, kenestapaan, rasa sakit, dan air mata lalu disapa dengan kerelaan dan cinta.

Terperanjat kota Qadisiyah menyaksikan pasukan Muhajirin dan Ansar menyeberangi sungai yang membatasi mereka dengan kem pasukan Persia. Bangsa Arab yang 'tidak mengenal air' ini menjadi begitu berani, saling bergandingan tangan, saling merangkul membelah Eufrat yang deras.

Ceritanya belum selesai, ada yang lebih mengejutkan. Rombongan besar itu tiba-tiba berhenti di tengah arus yang deras dan semuanya membongkok sambil meraba-raba ke dalam riak. "Bekas airku. Bekas airku jatuh", seru salah seorang anggota pasukan orang Islam. Hal ini membuatkan puluhan ribu tangan mengaduk-aduk Eufrat seketika mencarinya.

Panglima Persia dan pasukannya yang tegang menanti di seberang dengan pedang terhunus, tercekik tenggoroknya. Seluruh pasukan mengaduk-aduk Sungai Eufrat hanya kerana bekas air? "Lalu bagaimana apabila salah seorang daripada mereka terbunuh disebabkan kita?" serunya. 

Ya, mereka tidak pernah mengerti ukhuwwah sebelum merasainya. Apabila pedang menebas ahli pasukan Islam, orang yang kena pedang tidak berteriak kerana mereka hanya merasakan cubitan yang menghantarnya menuju keredhaan yang empunya segala. Justeru, yang berteriak adalah saudara seiman yang berada di sampingannya. "Aaahh..!" melengking teriakkannya. "Saudaraku, engkau mendahuluiku ke syurga. Engkau mendahuluiku ke syurga.." 

:: Petikan Biar Bidadari Mencemburuimu - Salim A.Fillah ::
---

Luar biasa. Semuanya adalah tiupan lembut nafas cinta.

Wallahua'lam.
.

Friday, March 9, 2012

Hati-hati

Bismillah.

"Berhati-hati dalam menguruskan hak Allah.'' 


Semua yang ada adalah pinjaman dari Allah. Apa yang ada adalah asas untuk melakukan kebaikan. 

Baru ku lebih mengerti mengapa kita tidak boleh mengubah apa yang ada pada jasad kita. Kerana, dalam konsep meminjam, kita kena pulangkan balik apa yang dipinjam dalam keadaan seperti yang dipinjam. Apa yang ada pada kita hanya pinjaman, sebab itu kita tidak boleh mengubahnya.

Seronok belajar dalam kelas Islam dan Ekonomi pagi tadi.

Salah satu aspek dalam ekonomi Islam adalah bekerja. Untuk menjana ekonomi itu perlu berkerja.

Wallahua'lam.

Monday, March 5, 2012

Belajar jadi lebih baik

Bismillah



Alhamdulillah... Program Sambutan Maulidur Rasul MKK dah selesai. Walaupun banyak 'kejutan' dan perkara-perkara yang tak terjangka, Alhamdulillah semua berjalan lancar. Moga-moga usaha yang sedikit ni, dikira sebagai ibadah dan menambah kecintaan kami kepada Rasulullah s.a.w.

Semangat kerjasama penting. Kadang-kadang tu memang akan ada yang buat kesilapan. Tapi tak boleh la nak saling menyalahkan. Sama-sama menampung kekurangan masing-masing. Agak terkesan dengan ayat salah seorang exco ni, ''Kalau tak ada salah seorang dari kalian, majlis ni tak akan jadi macam yang dah jadi tadi." Maknanya, semua penting dan ada peranan masing-masing.  

Dalam kehidupan seharian pun begitu. Semua ada peranan masing-masing. Saling nasihat-menasihati. Iman tu kan sentiasa turun naik dan sentiasa perlu diperkukuhkan. 

Sentiasalah ikhlas dalam melakukan setiap sesuatu. Kalau buat kerana manusia, belum tentu kita akan bersungguh kan. 

Kadang-kadang memang susah nak buat sesuatu yang baik terutama menyerahkan jiwa dan harta ke jalan Allah. Kadang-kadang memang rasa terpaksa. Tapi andai istiqamah walaupun sedikit, InsyaAllah DIA akan bantu.

Hidup.. Bukan hanya ingin bahagia dunia tapi akhirat. Abi selalu pesan, 'Segala susah payah yang kita buat kat dunia ni agar senang di akhirat..'

*Hari ni, berkesempatan mendengar 'pengisian' dari mereka yang ku kagumi kerana berjaya dalam mendidik anak-anak menjadi hambaNya yang soleh dan solehah insyaAllah. Moga-moga Allah melimpah rahmat kepada mereka sekeluarga. Amiin. 

Wallahua'lam.

Friday, March 2, 2012

Suka

Bismillah.

Hari ni hari kedua sambutan Maulidur Rasul. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Kadangkala hujan membasahi. Hujan rahmat. 

Gembira. Walau hanya menyumbang perkara kecil. 

Tapi kadangkala bersedih hati. Sesekali hati berbisik, ''Aku buat ni sebab tanggungjawab atau aku cintakan Rasulullah s.a.w. ??? '' Mulut mudah saja berkata cintakan Rasulullah, hakikatnya.... 

Allahu Allah.

---

Pesan Dr Asyraf, setiap hari kena pasang niat untuk berbuat kebaikan. Setiap hari, rancang secara specifik apa yang nak buat dan bila. Kemudian, usahakan... 

Saya sangat suka bila Dr ingatkan, bersederhanalah. Seimbang. Perjuangkan hak sendiri, dan jauhi (jangan ambil) hak orang. 

Kekayaan, bukan diukur melalui bilangan. Kaya hanya bila kita tidak lagi berhajat pada manusia dan bergantung sepenuhnya kepada Allah s.w.t. 

Carilah dan lakukan apa yang Allah suka. =)

Wallahua'lam.

Tuesday, February 28, 2012

Penapis

Bismillah.

Sem ni berkesempatan mengambil subjek ''Islam dan Ekonomi'' sebagai subjek elektif. Alhamdulillah.. Allah bagi peluang dan ruang. 

Kelas pertama pagi khamis lepas. Seronok yang teramat sangat bila dengar olahan dari Dr Asyraf. Saya belasah panggil Dr, Ustaz. 

InsyaAllah, akan belajar berkaitan dengan ekonomi dan mualamat. Berkenaan zakat, riba', urusan bank dan insyaAllah macam-macam lagi. Harap-harap dapat apply dalam kehidupan sebab perkara-perkara ni antara perkara yang masih kurang faham. Kadang-kadang berkerut-kerut muka dengar pasal isu duit, halal haram yang terlepas pandang yang disampaikan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman kat IKIM selama ni. 

Masa kelas pertama, ustaz banyak terangkan tentang Islam sebagai cara hidup. Sangat tertarik dengan analogi yang diberikan. 

''Bayangkan saya menanggung segala perbelanjaan kamu. Memberi tempat tinggal. Apa yang kamu minta, saya bagi. Jadi, satu hari saya minta kamu basuh kereta saya. Agak-agak, tergamak tak kamu nak minta upah dari saya..'' 

Masing-masing diam. 

"Mungkin tidak kan. Kamu akan buat apa yang saya minta sebab kamu rasa terhutang budi dengan saya. Jadi, cuba fikir balik tentang kehidupan kita. Selama ni kita berhutang terlampau banyak dengan Allah, yang mencipta kita.. yang memberi apa kita perlu.. malah memberi ganjaran atas ketaatan kita. Kalau ikut logik, agak-agak kalau Allah tak bagi pahala tapi meminta kita melakukan apa yang disuruh, wajar tak? Tapi Allah Maha Pengasih dan Penyayang.. ''

Selain tu, ustaz ada sentuh berkenaan akhlak. 

''Agak-agak kenapa orang Jepun baik dari segi 'akhlak'nya ? ''

''Pada pandangan saya, mereka meletakkan nilai pandangan yang sama pada sesuatu perkara.'' Terang ustaz lagi. 

Masa tu macam terbayang salah satu tajuk dalam buku Satu Rasa Dua Hati oleh Ustaz Pahrol. Ibu bapa perlu mempunyai 'nilai pandangan' yang sama dalam sesuatu perkara. Dalam buku tu, ustaz Pahrol menamakannya sebagai 'penapis'.

Contoh situasi,

Si anak nak keluar rumah tanpa menutup aurat.

Bapa: Ni kenapa tidak tutup aurat ? Pergi tukar baju.
Ibu : Ala.. tak apa. Budak-budak lagi. Lagi pun bukan pergi mana pun, nak pergi belajar kat rumah kawan je.

Boleh menimbulkan kecelaruan minda disitu. 

---

Jadi, bersediakah kita untuk menjadi ibu bapa? Dan bersediakah kita untuk 'terjun' ke dalam lautan masyarakat yang pelbagai ? 

Untuk berkata itu mudah, tapi pelaksaannya perlukan mujahadah.

Wallahua'lam. 

Wednesday, February 15, 2012

Kisah A.F

Bismillah.


Alhamdulillah. Setelah hampir seminggu, akhirnya berkesempatan mengkhatamkan Ranah 3 Warna. Karya yang tidak mengecewakan dari A.Fuadi. Novel dari seberang ini membuatkan saya sayang nak habiskan membacanya cepat-cepat. 

Setiap orang ada kisah hidupnya tersendiri.

Alif Fikri. Kisah dia dan cita-citanya. Tinggi. Ingin menjejakkan ke benua Amerika. Dan aku pun punya kisah tersendiri.

Baru saja tersenyum, badai lain pula datang menggempur. Rupanya man jadda wajada saja tidak cukup andai tidak disertakan sekali kesabaran. Man shabara zhafira. Sesiapa yang bersabar akan beruntung. Sekiranya hanya menyerahkan pada takdir, siapa yang akan membela diri sendiri.

Jika nak dibandingkan aku dan dia. Masing-masing diuji walau dengan cara berbeda. Cuma bezanya, dia kuat semangatnya.

Membaca buku ni, InsyaAllah membangkitkan semangat. ^^
Saya bagi 5 bintang untuk novel ni.

*dah habis baca, saya baru perasan nama watak utama, Alif Fikri = A.Fuadi. Mungkin... ~

Wallahua'lam.