Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Tuesday, August 30, 2011

Monday, August 29, 2011

Kunci

Bismillah.

Tempoh hari, saya terdengar ayat ini diungkapkan oleh tetamu jemputan dalam satu slot di IKIM.FM. Ringkas tapi padat.

Jadilah kamu kunci kebaikan.

Saya melihat sahabat-sahabat saya, InsyaAllah hambaNya yang soleh/solehah yang menunaikan kewajipan dan menghindari kemungkaran serta mengajak orang lain bersamanya. Mereka sentiasa mempromosi kebaikan dan perkara yang diredhaiNya.

Saya cemburu melihat mereka sebenarnya.

Tatkala melihat mereka, Alhamdulillah hati akan mengingatiNya..

Ya Allah, bantulah kami dalam meraih redhaMu.. Allahuma amiin.

Ramadhan kian melabuhkan tirainya.

Moga tarbiyah Ramadhan ini membekas dalam hati dan membantu kita istiqamah dalam meningkatkan segala amalan agar menjadi hambaNya yang bertaqwa. Amiin ya Allah.

Wallahua'lam.


Wednesday, August 24, 2011

Senyum vs Menangis


Habib: Saya pun bangun tidur dan senyum. Saya pun akan membacakan doa selepas bangun tidur.

---

Nurul: Ye ke awak senyum ? Ke awak nangis-nangis ?

Habib: Cikgu... tengok Nurul..

^^

Saya suka tengok Nurul comel tu menyakat Habib.

Perkara yang agak jarang kita lakukan lepas bangun tidur ialah senyum. Tapi jangan pula terlebih hingga jadi tersenyum-senyum. Lain tu maksudnya.

Ok..

Cuba praktikkan. Baca doa lepas bangun tidur dan senyum. Beri kata-kata semangat, ''Moga hari ini dapat dilalui dengan lebih baik dari semalam..InsyaAllah."

Ye ke awak senyum ? Ke awak nangis-nangis ? hehe.. =)

Ramadhan kian hampir ke penghujungnya. Jom teruskan memohon keampunan dan keredhaanNya..

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

" Ya Allah sesungguhnya Dikau maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Wallahua'lam.

Saturday, August 20, 2011

Puzzle


Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa yang berbahasa
Hanya DIA yang mengerti

Kita saling memerlukan.

Saling melengkapi.



Pic by DeviantArt

Wallahua'lam

Thursday, August 18, 2011

Saham

Bismillah

Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:

“Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

(Hadith riwayat Imam Muslim)


Teach all children to fully understand their role as Khalifah of Allah.

Sabar dalam mendidik

Amat penting untuk kita memahami siapa di depan kita apabila mendengar idea dan apa jua pandangan mereka. Moga dengannya kita akan jadi lebih memahami.



Nak melahirkan anak yang soleh/solehah, kita kena didik diri kita dulu.. =)

Saya terbaca artikel Ustaz Zaharuddin bertajuk, Anak: Perlu Cara Baru ?

Wallahua'lam.


Wednesday, August 17, 2011

Bekalan

Bismillah

Tujuan penurunan al-Quran itu perlu ditunaikan. Al-Quran dimuliakan sebagai rujukan kehidupan si hidup, bukan bekalan kematian si mati.

Wallahua'lam.

Patience

Bismillah.Alhamdulillah. Hari ke 17.

Allahu.. Allah..

Sabar.

Perkataan yang mudah disebut. Tapi kadangkala sangat sukar untuk dipraktik. Saya akui tentang itu. Dulu saya seorang yang cepat marah dan sangat mudah tersinggung. Jujurnya, sekarang masih ada lagi. Cuma saya sedang belajar untuk mengawalnya agar ia tidak terus menguasai diri.

Tuntutan Sabar.

1. Sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada-Nya.

2. Sabar dalam meninggalkan larangan-Nya.

3. Sabar dalam menerima ujian dan musibah daripada-Nya.

Bukan sekadar ditimpa ujian atau musibah saja kita perlu bersabar.. ^^

“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri kepada-Mu”

(Al-A'raaf:126)

p/s:

1. Dengar kuliah online live di Nur Ramadhan

2. Nota kuliah Ramadhan Bulan Tarbiyyah

Wallahua'lam

Monday, August 15, 2011

Dodol

Bismillah

Semalam nampak bulan.. cantik. Subhanallah..

Bulan purnama..

Lagi 14 hari ye tinggal ?

Wallahua'lam.

Sunday, August 14, 2011

Nota Kekurangan

Bismillah
Anak Akh. Rahim Inteam

Tadi saya tertengok video yang bertajuk Zaujati yang telah dipost oleh seorang sahabat di laman sosial Facebook. Dan ia menyedarkan saya tentang erti menghargai.

Video tu menceritakan tentang pasangan yang baru beberapa bulan berkahwin. Setelah membaca mengenai tip memperkukuhkan hubungan dalam satu majalah, si isteri mencadangkan kepada suaminya untuk menulis tentang hal yang kurang disukai tentang pasangan. Kemudian, mereka akan membahaskan bagaimana untuk mengubah perkara-perkara tersebut agar perkahwinan mereka lebih bahagia.

Esoknya, mereka membentangkan apa yang telah disenaraikan. Si isteri mengeluarkan senarainya sekitar 3 muka surat lalu membacanya..

Tapi.. Saat giliran si suami.. Tiada sesuatu pun yang dicatat di helaian kertas tersebut.

''Abang tidak mencatatkan sesuatu pun di atas kertas ini. Abang berfikir bahawa dirimu sudah sempurna.." Lebih kurang macam tu la jawapan si suami.

Cuba fikir-fikir balik.. Mungkin kita selalu mengambil watak sang isteri tadi.

Agak-agak la.. Kalau diberi peluang untuk kita menulis macam tu, entah berapa helai kita tulis kan tentang sahabat kita. Tentang insan disekeliling kita.

Kita selalu melihat kelemahan orang lain tapi terlupa melihat tentang diri sendiri.

Sebenarnya saya pernah buat lebih kurang macam tu dengan seorang sahabat. Saya menyenaraikan tentang dia pada pandangan saya. Setelah itu, saya minta dia untuk membuat perkara yang sama agar saya tahu perkara-perkara yang perlu saya baiki.

Beberapa ketika selepas itu, dia menyerahkan senarai tersebut. Subhanallah.. Tiada satu pun kelemahan saya yang dia tulis. Hanya yang positif.

Kata dia,

Tidak perlu dicari kelemahan dan kekurangan, tetapi lihat pada kelebihan yang ada pada seseorang. Mungkin dirasakan perlu kerana ingin memperbaiki diri, InsyaAllah analisis perkara yang baik itu pun sebenarnya boleh menjadi muhasabah diri.

Saya terdiam.

Wallahua'lam.

Tukar Gear

Bismillah.

Credit to Brotherhood Arts

Alhamdulillah.. diberi peluang bertemu fasa kedua Ramadhan. Alhamdulillah atas segala nikmatNya yang tak terhingga.

Fasa kedua Ramadhan menjanjikan keampunanNya..

Tukar gear.. =)

p/s:

1.Saya minat tengok kartun tu dan mesej yang disampaikan.

2. Nota untuk diri :
Tak perlu meninggikan suara untuk meluah apa yang dirasa, kerana lantang itu bukanlah bermakna katamu akan menjadi lebih benar.

Wallahua'lam.

Saturday, August 13, 2011

Jauh..

Pic from K.Yanti

Jauh..

Adakala jarak cuba memisahkan.

Namun terasa dekat melalui teknologi.

Apatah lagi adanya ikatan hati.


Namun..

Adakala yang dekat terasa jauh.

Hati mula kabur melihat titik penyatuan.


Allah.. satukanlah hati-hati kami dalam ketaatan kepadaMu.


Friday, August 12, 2011

Pergi..

Allah..

Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah roh dia dan tempatkanlah dia di tempat yang mulia (Syurga) serta luaskan kuburannya. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, peliharalah dia dari seksa kubur dan nerakaMu. Allahuma amiin.

Tadi pagi, tersentap apabila mendengar berita tentang pemergian seorang sahabat. Beliau merupakan bekas pelajar KMJ dan sepatutnya mendaftar sebagai pelajar UMT September ni.. Perginya dia dibulan Ramadhan dan sewaktu dalam perjalanan untuk pergi menunaikan solat subuh.

Saya berpeluang bertemu dengan beliau awal tahun 2011 yang lalu..

Semalam, saya perasan dia online di laman sosial Facebook. Dan saya tidak sangka post yang saya terbaca semalam adalah post terakhir darinya.

Sungguh.. berita ini peringatan dariNya ini untuk saya dan anda juga.

blog arwah : Cinta Seorang Dai'e

Wallahu'alam..

Wednesday, August 10, 2011

Mukhsinin



Firman Allah yang mafhumnya,

"Dan segeralah kamu mecari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (Iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah ? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai , mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal."

(Ali-'Imran:134-136)

Mohon la padaNya... =)

"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir"
(Al-'Imran:148)
Wallahua'lam

Monday, August 8, 2011

RiNDu

Bismillah
Alhamdulillah.. dah 8 hari kita diberi peluang menikmati bulan Ramadhan. Terasa pantas masa berlalu meninggalkan kita. Bak kata orang, pejam celik pejam celik dah habis satu hari..

Bila tiba masanya, kita akan pejam tak celik celik... Mungkin ini Ramadhan terakhir. Wallahua'lam. Allahu.. Allahu.. Allah.

Ramadhan kali ni, Allah beri peluang untuk saya bersama keluarga. Alhamdulillah..

Jujurnya.. tiba-tiba hati dipagut rindu pada mereka. Rindu juga suasana di sana.

Perasaan yang sukar diluah dengan perkataan.

Moga Allah redha. Moga Allah tautkan hati-hati kita dalam ketaatan kepadaNya. Allahuma amiin.

Wallahua'lam.



Saturday, August 6, 2011

Ramadhan yang sama, natijah berbeza

Bismillah.

"Puasa tak hari ni?"

"Puasa.." Jawabnya dengan muka confident.

Beberapa minit lepas tu, saya lihat dia sedang berbaring sambil menghisap botol susu.

"Aik.. tadi kata puasa." Saja ingin menyakatnya lagi.

"Iye puasa."

"Ni minum susu ni. Tak puasa la namanya."

"Baba kata minum susu tak pe." Petah kanak-kanak 3 tahun tu menjawab. Tergelak seketika saya dibuatnya.

Neneknya yang merupakan Mak Long saya memberitahu, dia memang tak makan dari tadi. Minum susu je. Puasa la katakan.. ^^

Tu kanak-kanak umur 3 tahun. Masih tak mengerti. Saya terfikir gak, agak-agak masa saya kecil apa definisi puasa pada saya.

Mungkin hanya tahu tak boleh makan dan minum. Sedangkan puasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga.

Cuba hitung-hitung balik, berapa lama kita dah berpuasa sehingga hari ini. Dan berapa kali Allah beri perluang untuk kita ketemu kembali Ramadhan ?

Adakah masih di tahap lama ?


Firman Allah yang mafhumnya,

"Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu berTAKWA"
(Al-Baqarah:183)

Orang yang bertaqwa ialah mereka yang sentiasa berhati-hati dan mencegah dirinya daripada melanggar hukum Allah lahir dan batin.

Firman Allah yang mafhumnya,

"Dan sebaik-baik pakaian adalah takwa"
(Al-A'raf:26)

"Hendaklah kamu berbekal dan sebaik-baik bekalan adalah takwa."
(Al-Baqarah:197)

Setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan kepada Allah swt atas kesempatan menimba keberkatan Ramadhan kali ini..

Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah.

Moga kita semua beroleh takwa dan dipertemukan dengan Lailatul Qadar.. Allahuma amiin...

Wallahua'lam