Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Friday, August 12, 2011

Pergi..

Allah..

Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah roh dia dan tempatkanlah dia di tempat yang mulia (Syurga) serta luaskan kuburannya. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, peliharalah dia dari seksa kubur dan nerakaMu. Allahuma amiin.

Tadi pagi, tersentap apabila mendengar berita tentang pemergian seorang sahabat. Beliau merupakan bekas pelajar KMJ dan sepatutnya mendaftar sebagai pelajar UMT September ni.. Perginya dia dibulan Ramadhan dan sewaktu dalam perjalanan untuk pergi menunaikan solat subuh.

Saya berpeluang bertemu dengan beliau awal tahun 2011 yang lalu..

Semalam, saya perasan dia online di laman sosial Facebook. Dan saya tidak sangka post yang saya terbaca semalam adalah post terakhir darinya.

Sungguh.. berita ini peringatan dariNya ini untuk saya dan anda juga.

blog arwah : Cinta Seorang Dai'e

Wallahu'alam..

4 comments:

MUHAMMAD SUKRI SUPI said...

al-fatihah buat arwah..sungguh awal pemergian beliau..marilah sama2 kita berdoa semoga arwah berada dlm golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh..insya Allah

Ukhti_Ez@h1412h said...
This comment has been removed by the author.
Ukhti_Ez@h1412h said...

innalillahi wainna ilahirojiun...
meninggal kenapa ? sakit ?

N.A.N.I said...

Ukhti Ezah : Terlibat dengan kemalangan sewaktu dalam perjalanan menunaikan solat subuh.