Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Sunday, October 31, 2010

Senyum jela...

picture by K.a.B creative art

Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan menikmati hari ini. Alhamdulillah masih menikmati nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah...masih lagi mampu tersenyum (ye, saya tahu anda sedang tersenyum tu..) Alhamdulillah.. Syukur..

Tak tahu nak tulis apa sebenarnya.. Tapi nak tulis gak.

Sekarang mampu lagi senyum, walaupun beberapa hari jadi zombie. Bukan cam game zombie vs plant tu ye..

Post ni nak cakap apa ye.. pasal senyum la ea..

Tersenyum, betapa mudahnya hal ini dilakukan. Hanya perlukan sedetik untuk merubah bentuk bibir menjadi senyum. Dan hanya perlu tujuh saat mempertahankan sang senyum untuk terlihat sebagai ungkapan ketulusan hati. *adeh, sibuk plak nak mengira sampai tujuh. hehe* Dan senyum baru terlihat keikhlasannya dengan menarik bibir ke kanan 2 cm, ke kiri 2 cm. *ukur plak..*

Dulu masa kat sekolah, ada sepasang kembar kat kelas saya. Salah satu cara membezakan mereka ialah cara senyuman mereka. Tu pada pendapat saya la. Tak tahu la sahabat-sahabat sekelas yang lain bezakan mereka ni macam mana. Tengok.. kembar pn lain-lain cara senyum. Subhanallah...

Dan yang paling penting dan patut dicontohi, Rasulullah s.a.w juga insan yang mudah tersenyum. Selawat dan salam buat baginda yang dirindui...

Kesimpulannya.. senyum sokmo deh..

Wallahua'lam

Saturday, October 30, 2010

Wherever YOU Are..

Wherever YOU Are..

Make Me Strong

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me

But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong

Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud

That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong

Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Friday, October 29, 2010

Bagaimana dibesarkan..

* Jika manusia dibesarkan dalam suasana kritikan,

Ia akan belajar mengutuk

* Jika manusia dibesarkan dalam suasana permusuhan,

Ia akan bersikap melawan

* Jika manusia dibesarkan dengan terlalu bertolak ansur,

Ia tak mengerti kesabaran

* Jika manusia dibesarkan dengan galakan,

Ia akan menjadi lebih berkeyakinan

* Jika manusia dibesarkan dengan pujian,

Ia akan menghargai dirinya

* Jika manusia dibesarkan dengan kejujuran,

Ia akan belajar erti keadilan

* Jika manusia dibesarkan tanpa ugutan, deraan @ tekanan,

Ia akan berdikari

* Jika manusia dibesarkan dengan dihargai apa-apa kebaikannya,

Ia akan menyayangi dirinya

* Jika manusia dibesarkan secara mahabbah,

Ia akan berkasih sayang sesama manusia.


Biarlah kesudahan kita di Syurga...

Terlalu sayang, sayang hingga bisu untuk menegur kesalahan. Sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata, tetapi pura-pura buat buta.

Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta, gelap gelita.

Ya, bila ujian Allah Taala datang mendidik diri, baru sedar, baru terngadah.

Kadang-kadang untuk menyeru kepada kebaikan agak sukar kerana sesetengah orang akan lebih nampak kepada keburukan.

Namun begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam membuat kebaikan.

Kebaikan tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. Kadang-kadang apa yang kita buat lebih memberi kesan berbanding dengan apa yang kita cakapkan. Dunia ini adalah madrasah cinta kita cari.

Cinta yang matang itu, tidak buta dengan kesalahan dan kekurangan orang lain.

Celik, tetapi hati yang cinta akan berdoa dan berusaha untuk memperbaikinya. Kita terima seadanya.

Dia hamba, kita juga hamba.

Hamba itu lemah dan sentiasa bersalah. Pohonlah kemaafan dan bersedia memaafkan.

iluvislam

Wallahua'lam....

Sunday, October 24, 2010

Luruhnya dedaun momiji

Lihat alam ini. Seluruh dan sepenuhnya dipermudahkan untuk dikuasai manusia. Haiwan dan tumbuhan seolah-olah diciptakan untuk berkhidmat pada manusia. Tumbuhan mengambil yang buruk (karbon dioksida) daripada manusia dan mengeluarkan oksigen yang bersih buat kita bernafas.

Kulit, daun, akar, pucuk dan segala-galanya menjadi sumber makanan, ubat-ubatan, pakaian dan perlindungan untuk manusia. Begitu juga haiwan, daging, bulu dan kulitnya semuanya dimanfaatkan untuk manusia.

Ketika segala-galanya diciptakan untuk kita, maka wajar pula kita bertanya kita dijadikan untuk siapa?

Warna-warni musim luruh membuatku takjub, terutama warna dedaun momiji. Berubah warna dari hijau ke beberapa warna lainnya. Subhanallah.. Maha suci Allah, Tuhan yang menciptakan.

Dedaun momiji..

Bisa berubah2 dan membuatkan orang mengagumimu... Mungkin seperti inilah hidup...terus berubah...dari lahir sampailah saat dijemput pulang. Dari segi fizikalnya pastilah akan selalu ada perubahan yang nyata, yang bisa dilihat dengan mata kasar dan bisa disentuh.

Tapi dalamannya ?

Pasti akan ada perkembangan di dalam sana...yang hanya bisa dilihat dengan mata hati dan hanya bisa disentuh dengan sesuatu yang dinamakan perasaan.

Hidup itu kitarannya singkat... sama seperti kupu2 yg asalnya seekor ulat.. cuma bisa merayap...kemudian dia bertapa sepanjang menjadi kepompong...dan akhirnya terbang bebas dengan sayapnya yang cantik. Dan semuanya perlu proses pembelajaran dan aplikasi di dalamnya...

Alam sebenarnya membekalkan ilmu untuk manusia yang menghuninya. Alam adalah sekolah yang mana manusia harus belajar pada setiap masa, keadaan dan suasana. Tunaikanlah amanah sebelum tiba saat kita dipanggil pulang. Seperti bergugurannya dedaun momiji di musim luruh.

Firman Allah yang mafhumnya:
“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)” (6:59)

Wallahua'lam..

Saturday, October 23, 2010

Kau pergi...

Akhirnya awak berlalu pergi setelah hampir satu sem kita bersama. Dalam seminggu, rasanya dengan awaklah saya paling banyak keluar. Hmm.. Hampir jeles yang lain.

Kadang2 saya naik pening asyik jumpa awak je. Pastu selalu je awak bagi saya persoalan dan nak jawapan minggu depannya setiap kali kita jumpa.. Nak je saya cakap kat awak yang saya tak berapa ada perasaan kat awak tapi tak sampai hati.. Teringat amanah kena jaga awak walaupun kadang-kadang saya x berapa jaga awak.. =( Maaf ye..

Semalam hari terakhir, saya x tau la nak cakap apa. Beberapa hari juga, saya tengok awak hampir sepanjang malam. Saya sedih sebab selama ni saya x cuba menyuburkan perasaan cintakan awak.

Akhirnya, semalam tepat 5 petang, saya biarkan awak pergi. Namun banyak kenangan awak tinggalkan kat saya.Moga kenangan2 tu memberi manfaat. InsyaAllah. Saya tahu ada hikmahnya awak pergi dulu. Sebab saya perlu bagi perhatian kat yang lain juga.

Moga Allah redha selama kita bersama.. InsyaAllah..

Akhirnya, dikau pergi, En. Struktur Data.

*apakah yang ku katakan dalam post kali ni ????

Perkongsiaan dari seorang sahabat saya :

"Jalan dakwah itu jalan yang payah.. banyak yang perlu dibina bagi membentuk fardil muslim. Perlu disana ada proses tarbiyah yang mutawasil. Tidak ada istilah putus asa dalam tarbiyah. Kerna menuju mrtib amal itu sesuatu cabaran sama ada kita melaksanakan matlamat hidup kita atau tidak. Moga terus bersama dengan tarbiyah, mtarbiyah dan dtarbiyah.."

Wallahua'lam.

Solat Hajat Perdana UMT

Friday, October 22, 2010

Fenomena

Fikiran ku melayang jauh
Ku renungkan sesuatu
Kisah yang kabur dipandangan

Ku lewati di dalam diri
Di fenomena ini
Tak henti jua berkali terjadi

Ada sidis yang mengguris
Selama berdiam diri
Hati membahang di dalam
Bagaikan api di dalam sekam
Masih ada pura-pura

Meniti pelusuk alam
Walau cuba dibajai
Namun masih ada yang berkeluh kesah

Setulusnya hati ini
Menulis silaturrahim sambungan rantai
Kerinduan simfoni syahdu
Menjadi teman diri

Kasih saudara jadi pudar warna
Kerna hasutan semalam bisa kau berlalu
Pergi......

Mengapa perlu sengketa

Biarkan ia pergi

Thursday, October 21, 2010

Lihatlah dia, dan lepaskanlah kebencian kamu.


Sangat like dengan tajuk ini..


Angkat tanganmu kembali. Sebutlah: “Ya Allah, kekalkan kesabaranku. Lapangkan jiwaku. Dan AMPUNkanlah mereka semua itu, sesungguhnya mereka tidak mengetahui. Mereka tidak mengetahui hal yang sebenar. Mereka tidak mengetahui motifku yang sebenar. Mereka tidak mengenaliku secara benar. Maka AMPUNkanlah mereka, dan AMPUNkanlah diriku yang mungkin menyebabkan semua ini berlaku. LAPANGkanlah jiwa mereka untuk menerimaku, dan teruslah LAPANGkan jiwaku untuk menerima mereka.”

Wednesday, October 20, 2010

Anda bukan saya..

Objek di tengah2 tu, boleh jadi B, boleh jadi 13, bergantung kepada dari sudut mana kita memandangnya. Pandangan kita, selagi bukan fakta, tak ada salah tak ada betulnya. Jadi kita kena hormati pandangan orang, selagi ia tak menyalahi undang2 dan syarak.

Teringat la pula masa sekolah dulu, ada seorang kawan kelas ni suka baca tajuk surat khabar dengan macam2 nada. Macam2 la..

Tetiba juga teringat pesanan yang selalu diingatkan oleh seorang sahabat saya ni, pandanglah sesuatu tu dengan mata hati.

Dan kadang2, dari satu ayat leh dibaca dengan pelbagai tafsiran sehingga boleh menimbulkan salah faham. Dari peristiwa camni, saya belajar sesuatu. Tak semua orang punya pemikiran yang sama. Hakikatnya kita tak boleh nak paksa orang lain tuk terima apa yang kita fikir..

Dalam menyampaikan sesuatu juga, perlulah ia disampaikan dengan jelas.

Teringatlah pula tentang satu artikel yang menyentuh tentang dakwah yang versatile. Selalu tanpa kita sedari kita terperangkap dengan ketidakcekapan atau ketidakberkesanan dalam usaha murni mencegah kemungkaran. Niat dah baik tapi cara pelaksanaan masih kurang profesional. Kita gagal memahami dahulu, lantas kita gagal difahami. Masalah penyampaian yang kurang kreatif.

"Kebenaran yang tidak tersusun (terancang) akan kalah oleh kebatilan yang tersusun." -Sayidina Ali-

Setiap benda atas dunia ni ada baik dan buruknya (kecuali benda yang dah terang dan jelas buruk/baik tu tak payah nak diperpanjangkanlah). Untuk benda2 yang open-ended, benda yang tak jelas… benda2 tak konkrit ni, bergantunglah kepada minda kita nak menilai situasi2 yang berlaku.

Ada orang sentiasa tenang aje, ada masalah ke takde masalah ke, sama je. Ada orang memang nampak dia gelisah bila ada masalah. Ada orang, setiap masa macam ada masalah, walaupun sebenarnya tak ada masalah.

Masalahnya bukan terletak pada masalah tu, tapi kepada si empunya diri yang berhadapan dengan masalah.

Ada orang bunuh diri bila exam tak dapat straight As. Ada orang tak kisah lantaklah dapat berapa2 pun ada aku kisah?

Apa-apa pun perbezaan itu adalah satu rahmat, di mana dalam Islam pun meraikan perbezaan ni. Buktinya kita ada banyak cabang pemikiran yang sebenarnya menjurus kepada satu jalan yakni Ad-Din, tapi dalam sudut pandang yang berbeza. Dari situ lahirnya mazhab. Tapi antara imam2 ni tak ada yang mengaku lebih dari yang lagi satu, atau kutuk mengutuk antara satu sama lain.

Jadi wahai diriku, belajarlah memahami dulu sebelum sibuk nak suruh orang lain faham kita.

Anda bukanlah saya dan saya bukanlah anda. Tetapi kita macam puzzle yang saling melengkapi..

Dan paling utama, kita adalah hambaNya yang sangat2 memerlukanNya.

Wallahua'lam..

Tuesday, October 12, 2010

Nota Fikir Untuk Zikir.

Belajar Dari Alam.. Maha Suci Allah yang menciptakan..




picture by K.a.B creative art

"Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Kau anugerahkan kepadaku dan kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.." Mahfum (27:19)

Amiin..InsyaAllah..

Moga Allah redha..

Wallahua'lam..

Sunday, October 10, 2010

=)

Test:
1. Pblic Spkg [29/10]
2. SADAM [29/10]

Assignment:
1. SADAM [21/10]
2. OOD srs [27/10]
3. OOD sdd [27/10]
4. Web Pr0g [30/10]

Prsntati0n:
1. Pblic Spkg [24/10]
2. Individual Pr0ject [27/10]

Final Exam:
1.Data Structure [22/10]
2.SADAM [10/11]
3.OOD [23/11]
3.Network [28/11]
4.Web Prgmmg [30/11]

Rabbi yassir wala tu'assir. Amiin...

Monday, October 4, 2010

Hati-hati jaga 'hati2'


Banyaknya 'hati2' yang perlu dijaga. Kadangnya terlepas pandang. Maka, pasti akan ada yang terluka..

Hati-hatilah menjaga hati.

"BERI HATIMU HANYA UNTUK ALLAH, PASTI ALLAH TEMUKAN PADAMU PEMILIK TERBAIK. HAMPARKAN MASAMU SELUASNYA HANYA UNTUK ALLAH, PASTI ALLAH ATURKAN SELURUH HIDUPMU SEBAIKNYA" (^_^)

InsyaAllah...

Wallahua'lam

Sunday, October 3, 2010

Di Tangisan Cinta


DI TANGISAN CINTA
Artis : Syahman, Taqi (NICE), AbdHalim (DEVOTEES)
Lagu/lirik/susunan muzik : AbdHalim (Neurotic Studio)
Adunan : AbdHalim
(Neurotic Studio)
Studio Rakaman : Neurotic Studio

Hanya kerana insan
Sanggup pula kukorban
Menggadai cinta dan jua segala kepercayaan

Hakikatnya lumrah dunia
Isinya permainan dan khayalan
Meski telah sering ku dikhabarkan

Hatiku ditawan oleh keindahan
Fana yang dipupuk nafsu dan kealpaan
Langsung kudibayangi resahnya perasaan
Kerna kasihMu lebih kudambakan

Di tangisan cinta yang agung
Aku berserah diri demi kebesaranMu
Di sujud penuh kerendahan aku
Merintih padaMu ya Rabbi


// Berkali-kali ku dengar lagu ni setelah terjumpa ia di salah satu folder mp3, nasyid underground.

Asyik sungguh ku dengan dunia.. Lupa firman Allah (11:15-16)..

Ya Rabbi.. kami dambakan keampunanMu... //