Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Friday, October 30, 2009

Mana milik kita ??

Tidak ada milik kita Semua yang ada Allah yang punya
Tidak ada kita punya Kita hanya mengusahakan saja Apa yang kita dapat Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga Apa yang ada pada kita Kalau Allah tidak beri Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit Mengungkit jasa kita Jasa kita di sisi-Nya Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu Untuk khidmat kepada-Nya Selepas itu lupakan saja Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Thursday, October 22, 2009

Aku ingin mencintaiMu setulusnya...

Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan
agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU

Aku ingin mencintai-MU setulusnya
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mencintai-MU
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-MU
ya Rabbi......

Thursday, October 15, 2009

Pengurusan Stress Mengikut Prespektif Islam

Cara Pengurusan Stress
1.Membaca al-Quran dengan mentadabbur dalam Islam
2.Memperbanyakkan taubat dan Istighfar
3.Taqarrub
-Qiamullail
-Banyakkan berzikir
4.Banyakkan bersedekah
5.Bijak mengurus
6. Bersangka baik terhadap Allah s.w.t
7. Tawakal.

Tip Meringankan Tekanan Apabila Ditimpa Ujian atau Musibah.
1.Penghapusan dosa
2.Meningkatkan darjat
3.Mengingati Allah
4.Mensyukuri Nikmat
5.Berasa Ujian kita lebih ringan
6.Allah menyayangi kita.

KERJA ITU SATU IBADAH

“Tidak kami jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”
(Maksud Surah al-Dhariyat 51:56)

Allah menjadikan manusia ialah untuk menjadi hambaNya. Misi hidup manusia adalah untuk mengabdikan diri pada Allah.

Ibadah bukan hanya terbatas pada perlakuan solat, puasa, zakat dan haji semata-mata. Dan gelanggang ibadah itu bukan hanya di surau dan masjid. Ruang lingkup ibadah sangat luas. Seluruh hidup kita dari sekecil-kecilnya seperti mandi, makan, beridah sehinggalah kepada yang sebesar-besar seperti system ekonomi, pendidikan , social, kebudayaan, hiburan dan sebagainya adalah termasuk dalam ibadah.

2 syarat ibadah :-
-Dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah
-Ia dilaksanakan bertepatan dan tidak bertantangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.

Satu kerja boleh dijadikan ibadah berdasarkan 6 syarat :-
1-Niat yang baik
2-Kerja yang dibenarkan disisi syariat
3-Melaksanakan kerja dengan betul
4-Bekerja secara terbaik (optimum)
5-Tidak meninggalkan perkara-perkara yang asas dalam Islam
6-Natijah yang baik

CABARAN PEMIKIRAN MASA KINI

Islam melihat agama sebagai sesuatu yang mutlak ( datang dari sumber yang mutlak). Islam dianggap sebagai neraca kebenaran dimana ia memberi panduan dalam semua bidang kehidupan. Islam merupakan agama yang syumul. Konsep kehidupan diterangkan agama. Agama memberitahu hakikat hidup dimana adanya kehidupan dunia dan akhirat. Agama boleh dibicarakan dalam bidang ekonomi, sosial, sains dan sebagainya. Dan ia bukan hanya dibicarakan sebagai benda sampingan. Sebelum kita dilahirkan, kita dah akui tentang Rububiyah Allah.

Tafsiran tentang agama perlu dibuka. Kefahaman tentang agama perlukan ilmu. Ilmu boleh diperolehi melalui 3 cara iaitu Al-Quran, As-sunnah dan tidak tahu. Bila kita menyedari yang kita tidak tahu, secara automatik kita akan mencari ilmu itu. Kita boleh berbeza pendapat tentang agama dengan ulama’ dengan syarat ada ilmu yang kukuh dan dalil yang betul. Ada golongan yang suka menyempitkan tafsiran tentang agama sehingga menjadi ektreme dan menyusahkan. Kadang-kadang pandangan golongan ekstremis ini boleh membuatkan golongan yang kurang ilmu atau golongan bukan Islam memandang serong terhadap Islam. Penyelesaian kepada masalah ini ialah wasatiah atau bersederhana. Ideologi Liberalisme adalah respond pada golongan yang menyempitkan agama. Jadi, aspek kesedaran amatlah amat penting. Segala yang dilakukan perlulah dengan cara berhikmah….

Stress vs Cemerlang











Pada tanggal 10 Oktober 2009, telah dianjurkan bengkel “Stress vs Cemerlang”. Alhamdulillah aku dapat join program tu walaupun pelbagai halangan yang ditempuhi hari tu..Tapi memang betul2 penat hari tu sebab banyak sangat program. Bayangkan aku keluar pg tu jam 6.45 pagi dan kembali ke bilik hampir jam 12 malam..

Bengkel tu diadakan dari jam 8 pagi sampai jam 6 ptg. Hafiz Hamidun berkongsi pengalaman beliau bagi slot menangani stress dari perspektif Islam. Macam2 yang dikongsikan..antaranya peranan doa. Jadikan Allah tempat pertama untuk meluah segalanya. Tiada rahsia antara kita dan Yang Maha Mengetahui. Then, kne ingat nk berkongsi masalah dengan manusia..knelah cari yang amanah. Nanti tak pasal2 dicanangnya masalah kita tu satu Malaysia kecoh…

Slot seterusnya diisi oleh seorang pelajar master yang menjadi felo akademik ditempat kami. Beliau pernah mendapat anugerah di-raja dan anugerah naib canselor. Beliau seorang yang bijak menguruskan masa kerana mampu bergiat aktif dalam debat. Antara tip-tip yang dikongsi:-
-Kene pandai uruskan masa
-Cari masa yang sesuai untuk belajar (otak paling segar).
-Jangan bertangguh buat kerja
-Tumpuan dalam kelas
- Paling penting :- Carilah keberkatan menuntut ilmu dari guru.

Slot terakhir iaitu Minda Cemerlang yang disampaikan oleh Ally Iskandar.. Ramai yang agak terkesima mendengar salah satu kata2 beliau. Beliau mengatakan, “Saya tak nak kedatangan saya ke mari hanya membuatkan kamu mengatakan “ ‘Wow, Ally datang’ ketika saya melangkah masuk tadi. Kemudian sibuk mengambil gambar saya. Bila balik nanti, mengupload gambar-gambar tu tuk dimasukkan ke mana2. Dan akhirnya kamu tak mendapat apa-apa.. Tapi apa yang saya harapkan ialah kedatangan saya ke mari membuatkan kamu belajar sesuatu dari saya dan saya juga mempelajari sesuatu dari kamu semua…”
Mungkin apa yang dapat aku kongsikan disini, apa yang ku pelajari =>
-Jangan jadikan sesuatu itu sesuatu sebagai halangan
-Jadikan orang sekeliling sebagai pendorong.
-Kata kunci “Aspirasi”
-Baca buku stress kerana membaca time nk pekse je
-Cari style studi anda
-Jangan tipu diri sendiri, kejujuran penting.
-Fokus, ada target.
-Kompetitif, smgt persaingan
-Bebas adalah keupayaan untuk mengawal. Erti bebas bukanlah kita boleh melakukan apa
sahaja tanpa pengawalan kerana itu sebenarnya kita menjadi hamba pada persekitaran.
-Jangan asyik complain benda remeh temeh.
-Selalu cabar diri.
-Utamakan yang penting.
-Minda cemerlang ialah minda yang mempunyai target.
-Belajarlah sesuatu setelah celik mata.

Sunday, October 4, 2009

Hari ni..

Salam a'laik.. Penat gak mengadap laptop ni lama2.. Kepala otak ni pun agak pening memikirkan pe lagi yang patut dilakukan.. Aku cuba sedaya mungkin tuk mengisi semua borang yang berkenaan.. Dugaan bagi adikku juga bila mendapat keputusan SPM yang kurang memberangsangkan.. Sering juga dia memberitahu ku yang dia nk sambung blaja lagi. Tapi apalah daya ku. Lagi mula2 dia dapat keputusan SPM smpai skrg, aku masih berikhtiar. Mungkin belum rezekinya.

Jgn putus asa....