Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Saturday, April 24, 2010

Inteam - Zikrullah (New Songs 2010)

Opick - Rapuh ( bersama lirik )

kata seseorang: nur_insani itu harus kuat....!!

Ubat Buat Jiwa Yang Gelisah...


" Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, iaitu ke tempat orang membaca al-Quran, engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya, atau engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah, atau engkau cari waktu yang sunyi, umpamanya waktu dinihari, dan engkau dirikan solat memohon kepada Allah akan ketenangan jiwa. Seandainya jiwamu belum terubat jua, maka mohonlah kepada Allah agar diberikan ketenangan kepadamu. Sebab hati yang menjadi milikmu sekarang ini, bukan lagi hatimu.."

Kasih Kepada Allah....


Keimanan kepada Allah menuntut agar kita kasih kepada Allah.. Kasih kepada Allah melebihi kasih sayang kepada perkara yang lain. Hal ini dinyatakan dalam firman Allah yang mafhumnya :
" Katakan (wahai Muhammad) jika bapa kamu, anak kamu, saudara kamu, pasangan hidup kamu, keluarga kamu, harta yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan tempat rumah kediaman yang kamu sukai, lebih dikasihi kepada kamu daripada Allah dan RasulNya serta berjihad dijalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya" (9:24)

3 Perkara Meraih Kemanisan Iman..
* Allah dan Rasul lebih dikasihi berbandaing perkara lain
*Kasih kepada insan yang lain kerana Allah
* Rasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya jika dihumbankan ke dalam api neraka.

Ungkapan menarik disebut oleh Sahl Ibn Abdullah sebagaimana dalam huraian Imam al-Qurtubi ketika menghuraikan ayat 31 surah Ali'Imran, Sahl berkata :
"Tanda kasih kepada Allah ialah kasih kepada Al-Quran. Dan tanda kasih kepada Al-Quran ialah kasih kepada Nabi s.a.w. Dan tanda kasih kepada Nabi s.a.w ialah kasih kepada Sunnah. Dan tanda kasih kepada Allah, Al-Quran, Nabi dan Sunnah ialah kasih kepada hari akhirat."
Dengan kasih kepada Allah sebagai kasih paling utama, InsyaAllah insan Muslim akan terarah ke arah kebaikan. Segala tindakan akan disoal sama ada disukai Allah atau tidak. Dengan itu, kita akan menjadi Muslim yang Allah kasihi dan redhai..
Wallahua'lam..

" Nanti... "


Sejak akhir-akhir ni, bertalu-talu berita kematian insan-insan dari keluarga terdekat singgah ke telinga ni.. Dari DIA kita datang, kepada DIA jua kita kembali.. Setiap yang hidup pasti merasai detik itu.. Usah dipersoal bila saat itu.. tapi tanya pada diri, apa persediaan yang telah aku lakukan untuk menghadapinya ? Bila-bila saja saat itu boleh datang.. entah esok, lusa.. entah mungkin sebentar lagi.. Allah.... Permudahkanlah segala urusan kami.
Seringkali kali kita terdengar ucapan seseorang ketika diajak kembali ke jalan Allah, "Nantilah dulu, apabila aku tua..aku akan bertaubat ". Ada juga ucapan " Nanti bila dah tua, aku tutuplah aurat". Ucapan ini bertitik tolak daripada akal yang lemah. Jika seseorang yang beriman, tidak mungkin ia berkata demikian. Sebab semua orang tahu bahawa ajal boleh datang tiba-tiba tanpa membezakan usia, lalu siapa yang boleh menjamin bahawa ia akan mencapai usia tua ?
Kadang kala kita juga suka saja membiarkan perkataan nanti meniti dibibir. Nantilah aku solat, nantilah aku puasa, nantilah itu, nantilah ini... Macam-macam.. Kadang-kadang itulah apa yang diri ini lakukan. Bukan kadang-kadang, tapi selalu... Astaghfirullah..
Ingatan ini untuk diriku ini dan juga semua sahabat yang ku kasihi sekalian.. Berhati-hatilah dengan kalimah "nanti"....

Moga Allah kuatkan kita...

Syukran kak n adik-beradikku....
Termenung seketika ku membaca luahan hati kakak...
http://programmermaya.blogspot.com/2010/04/atisha.html

Sunday, April 11, 2010

Kerna Sayang...


Baik dikau banyak diamkan diri dari berbicara perkara yang sia-sia wahai diriku yang banyak berbicara..

Hmm.. sepatutnya kita berusaha untuk membawa bersama-sama insan-insan yang kita sayang untuk meraih redhaNya.. tapi kadang-kadang..

kerana " sayang", berat mulut untuk untuk menegur..
Kerana "sayang" , hanya diam menghiasi bimbang..
Kerana " sayang", hanya jelingan mata menyatakan kekesalan hati
dan kerana "sayang", masih dibiarkan insan-insan tersayang itu terus dan terus melakukan..

Kadang-kadang sibuk menghukum insan-insan diluar.. Terabai insan-insan disamping kita... Kadang kala sedar.. cuma berat tuk menegur.. Yela.. kerana "sayang".. Takut-takut terguris pulak hati dia.. tapi sampai bila hendak dibiarkan.. sampai bila...??

Yang paling menyentuh hati... bila diri sendiri yang terabai.. Sibuk membetulkan insan lain, diri sendiri yang dizalimi... Dikatanye itu haram, ini haram.. akhirnya diri sendiri terlanjur.. Astaghfirullah..
Setiap apa yang kita katakan, akan diuji...
Usahlah dikau katakan apa yang tidak engkau lakukan wahai diri...

Tegurlah diri ini andai diri ini tergolong dalam kalangan insan-insan yang anda sayang..

Tuesday, April 6, 2010

Bila Hati Mula Berbicara...

Inginku luah segalanya.. tapi tak mampu. Biarlah ku pujuk diri ini dengan berbicara denganNya.. Kerana Dia lebih mengerti setiap yang terlintas dihatiku. Cukuplah ayat-ayat cintaNya yang mengubat luka hati yang semakin parah...

Hati berbicara...

"Tika hati ini masih belum mampu bergetar bila disebut nama kekasihnya.. adakah layak diri ini dipanggil pencintaNya...
Tika hati ini tak terasa apa-apa bila melakukan dosa.. byk mana taubatku..
Tika hati dilanda kegelisahan... banyak manakah hati ini merintih kepadaMu.. atau sekadar banyak mengeluh kepada manusia...
Tika ku menikmati kesenangan hidup.. banyak manakah kesyukuranku.. atau hanya mengingatiNya bila ditarik nikmat kesenangan itu..
Tika diri ini melakukan kezaliman terhadap diri sendiri.. dimanakah ku letakkan malu ku kepadaMu..
Tika mulut berbicara "Cukuplah Allah bagiku.." , dimanakah ku letakkan tahap kebergantunganku padaNya... "

Ya Allah.. hambaMu sangat2 takut andai hidupku ini tanpa redhaMu.. Khuatir Kau terus memalingkan wajahMu dariku...
Untuk membuat yang terbaik untuk diriku saja.. aku tak mampu...

Maafkan diriku teman andai setiap bicaraku melukakan hatimu.. aku hanya hambaNya yang lemah....

Aku merindui kalian...

Rindunya diri ini dengan kalian wahai sahabat-sahabatku.. Bukan ku sengaja menjauhi.. tapi biarkan diriku ini sendiri buat seketika... Syukurku panjatkan kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sangat mencintaiMu dan kekasihMu.. Moga kte semua sentiasa dalam redha-Nya.. Sesungguhnya diri ini tidak layak meraih syurgaMu.. Tapi ku cuba sedaya mengemis kasihMu Ya Rabbi..

HambaMu ini selalu menzalimi dirinya...

Wahai diriku... janganlah dikau putus asa dengan rahmatNya...

Di Saat ini...

Salam a'laik..
Dah lama tak posting kat blog ni.. Mungkin bukan hanya labah-labah je buat sawang, entah-entah siap buaya dh beranak-pinak agaknya...


Saat ini.. masih ku mencari kekuatan diri dalam membuat pilihan terbaik. Disaat sahabat-sahabatku sedang berhempas pulas dimedan perjuangan, aku masih mencari-cari baju besi..

Betapa malunya aku padaMu Tuhan.. Adakah aku terlalu cintakan dunia. Aku sering lalai dari mengingati diriMu...

Sibuk mulut ini berbicara tentang perjuangan. Sedangkan apa sajalah yang aku dah buat. Sibuk mulut berbicara tentang keikhlasan... tapi mana ikhlasnya hatiku ini.. Mungkin hanya kata-kata yang mampu ku lafazkan memberi kata-kata semangat buat sahabat-sahabatku.. Tapi ia hanya kata-kata... yang jarang ku mampu lakukan..

Aku masih terus mencari diriku yang semakin dihanyut duniawi.. Ku cuba melangkah kembali mendekatkan diri padaNya..

Dalam Sujud Cintaku..

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku...

Kau janjikan ku dengan ayat-ayatMu
Disana menanti
Disyurga Kau penuhi
Dengan cinta dan kasihMu
Ya Rabbi...

Monday, April 5, 2010

Jika Terakhir Buatku

Oh Tuhan hambaMu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dariMu
Oh Tuhan hidayahMu pernah hadir
Hingga kering air mataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara
Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untukku bernafas
Dan sujud mengabdi
PadaMu oh Tuhan
Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanMu
Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku
Hanya padaMu Tuhan
Oh Tuhan berikan daku petunjukMu
Untukku meniti ke jalan redhaMu
Izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untukMu
Oh tuhan...
Hanya kasihMu Tuhan
AmpunanMu ku damba