Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Sunday, November 27, 2011

1433

Bismillah..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Allah masih beri kesempatan untuk menikmati nikmat Iman dan Islam. Dan InsyaAllah moga turut menikmati nikmat Ihsan.. Amiin.

1 Muharam... Tahun Baru... Hijrah... Azam... 

Mengapa perlu berhijrah ? 

Sunnatullah.. Semua akan berubah. Hanya perubahan yang tidak berubah. Dan dah tentu Allah yang kekal. Kita akan terus berubah. Cuma antara ke arah kebaikan atau keburukan. Moga kita sentiasa berubah ke arah kebaikan. Amiin.. 

Dalam hijrah ada ketenangan dalam ketegangan, ada bantuan di kala kesusahan. ''Bersama Allah'' adalah sumber kekuatan. 

Cemasnya Saidina Abu Bakar tatkala kafir Quraisy memburu mereka. Jika mereka menundukkan sedikit saja muka ke muka pintu gua, nescaya akan kelihatan Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar r.a. Cemasnya beliau bukan kerana bimbang diri sendiri, tapi kekasih hati yang dicintai. Kisah ini terpahat dalam ayat 40 surah At-Taubah..

"...... Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita..."

Wallahua'lam.

1 Muharram 1432 | 27 November 2011
Bumi Darul Iman.

Saturday, November 26, 2011

Tahun Baru


One day, you'll be just a memory for some people. Do your best to be a good one.. 

Saturday, November 19, 2011

Heart Setting

Bismillah
Salam

Yakinlah bahawa,

Tulisan itu mampu merawat luka-luka mereka.

Tulisan itu boleh menghiburkan hati-hati mereka.

Dan tulisan itu juga memberikan harapan kepada mereka.

Bahawa, Allah SWT akan sentiasa menerima mereka.


Jom baca post : Heart Setting Seorang Penulis by Bro Hamzah.

Sangat best dan InsyaAllah moga-moga bermanfaat dan menyuntik semangat seorang yang bergelar PENULIS.

Wallahua'lam.

Thursday, November 17, 2011

Pencuri yang kantoi

Bismillah...



Tempoh hari (masa kat rumah) ada tertengok berita kat salah satu saluran TV. Tentang penangkapan pengedar dadah. Menurut laporan berita, mereka berjaya melepasi mesin pengimbas kat KLIA asalnya. Tapi terkantoi sebab lelaki yang bawa beg tu nampak seperti mencurigakan.

Kalau tengok beg yang mereka ubahsuai tu memang agak kreatif la. Bayangkan, boleh mesin pengimbas tu tidak dapat mengesan dadah dalam beg tu (yang bernilai berjuta ringgit).

Masa tengok berita tu, saya terfikir gak.. kalau saya bawa beg tu agak-agak terkantoi tak ? :D

Adik saya cakap, kalau saya bawa.. lagi la kantoi.. muka penuh curiga..

Begitu juga dengan kehidupan kita. Kalau dah buat salah (dosa), kita akan rasa gelisah... tak sedap hati.. buat sesuatu perkara pun macam dah tak betul..

Jadi.. cepat-cepat la bertaubat.

Selagi masih ada waktu ni. Sebab esok masih belum pasti.. ~

Wallahua'lam.

Sunday, November 13, 2011

Friday, November 11, 2011

Hubungan

Bismillah.
Muraqabah.

Kesedaran bahawa Allah sentiasa mengawasi ucapan, perbuatan bahkan bisikan hati yang tersembunyi sekalipun.

Baikilah hubunganmu dengan Allah, wahai diriku...

Wallahua'lam.

Monday, November 7, 2011

Siapa yang lebih baik ?

Bismillah.

Siapa pun kita, pasti ada yang lebih tua dari kita. Dan dah tentu ada yang lebih muda dari kita. 'Perjalanan' hidup manusia.

Andai perjalanan ini terisi dengan kebaikan dan manfaat, bersyukur la kita. Moga membawa kepada 'penghujung' yang baik (Amiin).

Andai sebaliknya.. Irhamna ya Rahman..
Saya sangat tersentuh menonton rancangan Wanita Hari Ini tengahhari tadi. Perkongsian dari Irma Hasmie, Nora dan Akma AF.

Kisah penghijrahan mereka.. Kisah pengorbanan mereka.

Bukan mudah.

Andai kita di tempat mereka, mampukah kita bertahan..

Hanya berkata di mulut.. mudah. Kadang terdetik, 'aku lebih baik'. Astaghfirullah..

Teladanilah Saidina Abu Bakar r.a.

"Tiada seorang pun yang aku lihat dia lebih tua daripadaku melainkan aku berkata (pada diriku sendiri): 'Nescaya dia lebih baik daripadaku kerana telah mendahuluiku dalam beribadah dan berbuat taat kepada Allah.' Dan tiada seseorang pun yang aku lihat dia lebih muda dariku daripadaku melainkan aku berkata: 'Dia lebih baik daripada diriku kerana aku pasti telah mendahului (melebihinya) dalam berbuat maksiat.''

Wallahua'lam.

Sunday, November 6, 2011

Banyak songel

Bismillah.

"Tak sedap..! ''

Kadang-kadang tak sedar diri menghina dan mencela makanan.

Andai kata seseorang mencela makanan dan banyak pula songelnya dihadapan rezeki Allah tersebut, tanpa sedar dia sedang menzahirkan rasa tidak bersyukur atas nikmat yang diberikan.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata,

"Nabi s.a.w tidak pernah mencela makanan sama sekali. Jika Baginda rasa berselera, dia akan memakannya dan jika tidak, dia akan meninggalkannya sahaja.''

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika tidak disukai makanan yang dihidangkan, maka tinggalkan sahaja tanpa mencelanya atau menghina yang memasaknya.

*Tolong jangan banyak songel ya wahai diri..

Wallahua'lam.

Wednesday, November 2, 2011

Seganlah duhai hati..

Bismillah


Pada suatu masa, Nabi Daud a.s keluar ke pesisir untuk beribadat dan telah genap setahun, ia berdoa: ''Ya Rabbi ya Tuhanku, telah bengkok punggungku dan lemah mataku serta kering air mataku, tetapi aku belum juga mengetahui nasibku.''

Maka Allah s.w.t menyuruh katak untuk menjawab doa Nabi Daud a.s itu, lalu katak itu berkata: "Hai Nabi Allah ! Apakah kamu mengungkit pada Tuhan ibadahmu yang setahun. Demi Allah yang mengutuskanmu menjadi nabi, saya dihutan ini selama tiga puluh tahun atau enam puluh tahun bertasbih bertasbih, bertahmid kepada Allah, sedangkan persediaanku tetap gementar kerana takutkan Tuhanku.."

Maka menangislah Nabi Daud a.s..

---

Biasanya manusia hairan dan kagum terhadap orang lain, tetapi ada pula yang hairan dan kagum terhadap diri sendiri. Ujub...

Bagaimana seorang boleh membanggakan sesuatu amal yang ia belum mengetahui bagaimana hasilnya kelak pada hari kiamat.

Sejarah mencatatkan dari kurun ke kurun. Ramai yang kecundang dengan kesombongan.

Bermula dengan Iblis yang merasa diri mulia.

Firaun mengaku Tuhan..

Qarun yang takabbur...


Allahu Allah..

Kami mohon keampunanMu.. Dan mohon dijauhkan sifat ujub.. Amiin.

Wallahua'lam.

*untaian kata Himpunan Hadis Modal Insan 2 oleh Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri