Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Sunday, September 27, 2009

Dah habis cuti raya..

Salam AidilFitri. Ku mohon kemaafan kepada semua yang mengenali diri ni tidak kira secara langsung atau tidak atas segala kesalahan yang disegajakan atau tidak disengajakan..

Nmpaknya cuti raya dh abis.. huhu. Aku bertolak pulang ke terengganu masa hari Jumaat ritu. bertolak dr Melaka.. Sakit gak pinggang ni duk dlm bas. Alhamdulillah aku selamat sampai ke destinasi 6.30 pg keesokan harinya.. Menjadi org pertama tiba dibilik. Ah, tension tul duk jauh2 ni.

Tengahhari tu nk cari makanan pn agak susah. Banyak kedai tutup.. Tapi Alhamdulillah dapat gak makan nasi. huhu.. Tapi malam, ramai tul org. Tpaksa la makan mee segera. Laparnye...

Tapi tak pelah... ni namanya pengalaman. X dapat ngan baca buku je.. hehe..Tul x??

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya AidiFitri

Salam AidilFitri..Salam Lebaran...
Moga kita kembali kepada fitrah. Fitrah yang suci seperti bayi yang baru dilahirkan. Setelah sebulan melalui bulan tarbiyah..Ramadhan yang mulia...

Hari ni dh 28 Ramadhan..Aku masih disini..Org lain dh balik umah msg2.. Jeles tul bila melihat bdk2 ni duk tarik beg. Ni lah masalah kalau beli tiket lambat. Tapi aku cuba tenangkan hati ni. Redha dengan ketentuan Illahi. Mungkin ada hikmahnya.. Tak pun, Allah nak uji aku. Dulu time kat matrikulasi..aku adalah insan yang agak 'kerek' kerana tidak perlu membeli tiket untuk pulang ke rumah. Mana taknye..matrik ke rumah hanya memakan masa setengah jam kalau naik kereta la..Bak kata seorang sahabatku, "kalau merangkak pun leh sampai". Selama 2 tahun..mungkin semua ex roomates ku tak berpuas hati dengan aku kerana aku selalu balik rumah paling awal dan balik ke matrik paling lambat. Hmm...

Kini.. ku merasainya. Merantau jauh..hmm..x delah jauh sangat pun. Tapi kalau naik bas..naik sakit pinggang gak la duduk. Pernah gak terlintas difikiran ni nak naik kapal terbang pastu terjun pakai payung terjun. Tapi takut terjun tempat lain mendarat tempat lain plak..


Ish..entah pe2 je aku mengarut pagi2 ni..

K lah.. Salam AidilFitri.

Monday, September 14, 2009

Semakin Jauh

Tanpa kita sedari Ramadhan semakin menjauhi kita. Tinggal lagi beberapa hari je nk masuk Syawal dh.. Sedar2 dh raya je. Sepatutnya 10 akhir Ramadhan ni perbanyakkan amalan.. mencari Lailatul Qadar. Tp kebiasaannya org2 ni duk sibuk Lailatul Kamdar. Nasib kampung ku x de Kamdar. hehe.. Ala..same je duk borong mn2 tempat pn. Kdg2 tu duk smpai membazir..
Pelikkan.. bulan Ramadhan setan kn kene ikat tp cmne la kita ni masih berperangai cmtu. Bak kata ustaz mse dgr crmh Ramadhan ritu, kalau setan duk sebelah pn x dpt beza mana satu setan. Setan ni sebenarnya fasilitator kepada nafsu. 11 bulan setan duk latih nafsu agar ikut 'mentor' dia. Tapi kalau ikut kan..kita mampu mengubah diri ni sepanjang sebulan di bulan Ramadhan ni.. dgn syarat kita ikut la modul yang sepatutnya dilakukan time Ramadhan ni...

Bersama2 la mengoptimumkan masa dgn aktiviti sepatutnye di detik2 akhir Ramadhan ni..InsyaAllah.

Sunday, September 13, 2009

RAHSIA KEJAYAAN, KHUSYUK DALAM SOLAT.

Dalam Islam, solat dikaitkan secara langsung dengan kejayaan. Sama ada kejayaan dunia mahupun kejayaan akhirat. Seruan azan membuktikan hakikat itu. Seruan “marilah solat”, datang seiring dengan seruan “marilah menuju kejayaan”. Hal ini menunjukan solat itu ada keistimewaan dan mampu membawa kita kea rah kejayaan andai unsure-unsur tertentu dibina. Maknanya, jika solat dilakukan dengan betul dan sempurna akan menggerakkan orang yang melakukannya mencapai kejayaan. Mungkin ada yang mempersoalkan hal ini kerana ramai juga yang meninggalkan solat tapi mereka boleh dan telah pun “berjaya”.

Ukuran kejayaan menurut Islam adalah berbeza berbanding isme-isme yang lain. Secara umumnya, kemenangan menurut Islam ialah apabila tercapainya hasanah didunia dan hasanah di akhirat.

Hasanah Dunia.
- apabila seseorang itu mendapat keselesaan dan kemudahan hidup sama ada pada
aspek fizikal dan material.
- memiliki ketenangan dan kebahagiaan hati (spiritual).

Hasanah Akhirat
- mendapat keredhaan Allah
- memasuki Syurga yang adabdi.

Bagaimana Caranya Nak Mendapatkan Kejayaan itu.
v Berusaha mencapai khusyuk di dalam solat.

Firman Allah dalam Surah al-Mukminun 23: 1-2 yang bermaksud:
“ Dan berjayalah orang Mukmin yakni orang yang khusyuk dalam solatnya…”

Khusyuk
Terbahagi dua ;-
Lahiriah
- anggota zahir mengerjakan perbuatan solat dengan tenang dan perlahan
Anggota Batiniah
-hati merasa haibah, khauf, raja’ dan malu serta hina dihadapan Allah

6 Langkah menuju khusyuk
v Mencari pengertian (faham)
v Pemusatan fikiran (Fokus)
v Membesarkan Tuhan (Rasa Haibah)
v Kagum dan takut keagungan Tuhan ( Rasa Khauf)
v Mengharap pada Tuhan ( Rasa Raja’)
v Rasa malu dan menghina diri ( Rasa Haya’)

PUASA ITU LATIHAN MENGURUSKAN NAFSU

Puasa dari segi bahasa bererti “menahan”. Semua perkara atau perlakuan yang “ditahan” (haram) semasa berpuasa hakikat bebas (halal) dilakukan jika tidak berpuasa.

Misi Berpuasa Yang Jelas
Misi utama perintah berpuasa ialah “menahan” diri dengan melawan hawa nafsu.

Firman Allah yang bermaksud:
“ Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan”
(Surah Yusuf 12:53)
Pakej latihan tertentu untuk menangkis segala kejahatan nafsu demi sifat takwa. Antara pakej latihan itu ialah berlapar, bangun malam, membaca Al-Quran dan beriktikaf di dalam masjid.

Input Yang Betul Dalam Niat
Perlulah dilaksanakan atas dasar iman. Puasa yang berkesan, mestilah dibuat atas rasa kehambaan kepada Allah.

Proses Perlaksaan Yang Baik
Nafsu adalah musuh batin. Tiga elemen penting dalam “konspirasi” kejahatan manusia ialah kejahatan nafsu dalam diri, bujukan syaitan yang maknawi dan pengaruh makanan yang haram. Nafsu menjadi liar apabila seseorang makan secara berlebihan. Nafsu perut sangat berkait rapat dengan nafsu seks.

Namun walaupun sumber “tenaga” disekat dan “mentor”nya dirantai, masih banyak kejahatan yang dibuat oleh orang Islam di bulan puasa. Ini disebabkan proses “menyempitkan” saluran darah ( yang merupakan “highway” syaitan) tidak tercapai sepenuhnya. Nafsu yang diempang pada siang hari bulan puasa telah ‘mengamuk” sebaik sahaja masuk waktu berbuka. Di bulan puasa ini, umat Islam perlulah berpuasa hanya kerana Allah justeru melalui puasa Allah melatih kita agar menjadi orang kaya bersyukur atau orang miskin yang sabar

Output Yang Betul
Puasa umpama “break” kepada “kenderaan” nafsu kita. Dengannya kita boleh melepaskan atau menghentikan perjalanan nafsu kita. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 83 yang bermaksud

“Semoga kamu menjadi orang bertakwa”

Takwa itu dapat dikesan melalui 2 bentuk :-
Peningkatan akhlak (hubungan dengan manusia)
Peningkatan kualiti kerja peranan atau tanggungjawab (hubungan dengan pekerjaan)

“What you get, what you see”
Puasa umpama laut yang luas dan dalam. Ada yang melihat sampah dan buih di atas permukaannya, ada yang melihat ikan dan hasil laut yang di dalamnya, namun ada yang mampu melihat “emas hitam” (petroleum) di dasarnya.

Kesan puasa tiada sama pada semua orang. Ia bergantung pada cara kita melihat, tahap kita berusaha dan kemampuan kita menahan keperitan untuk mendapat rahmat, maghfirah dan barakahnya.