Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Monday, October 31, 2011

Dan sabar itu cahaya.

Meniarap.. merangkak.. berjalan.. berlari.. jatuh.. bangun kembali..

Kadang-kadang banyak kali juga jatuh.. tersungkur. Tak larat nak bangun. Kemudian berjalan kembali..

Fitrah hidup manusia..

Ada yang mengeluh. Katanya letih dengan ujianNya. Ada yang patah hati. Kecewa lalu bertanya, mengapa mereka diuji..

Sesungguhnya Allah s.w.t dah menceritakan kisah orang-orang sabar dan hanya mengharapkan pahala dariNya.

"Hai orang yang beriman, jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta dengan orang yang sabar..'' (Al-Baqarah:153)

---

Meraih pandangan. Kadangkala perkara itu sukar dilakukan. Lebih-lebih lagi bila berada 'diatas'.

Kita mungkin lebih suka didengari dari menjadi pendengar.

Bila sesuatu pandangan ditolak mentah-mentah apatah lagi dipersendakan, hati pemberi pandangan bagai sehelai kertas yang direnyukkan dan tidak akan kembali kepada yang asal.

Dan sabar itu cahaya... ~

''Mengapa perlu ulang kesilapan yang sama banyak kali.. dan mungkir janji ?", kata-kata yang menyentap jiwa.

Hanya mengingatkan diri yang kadang terlupa ini.

*Menghitung hari. InsyaAllah akan pulang ke rumah.

Wallahua'lam

Thursday, October 27, 2011

Esok Yang Belum Pasti

Bismillah..

Subhanallah. Maha Suci Allah..

Semalam malam, seseorang meng'tag nama saya pada satu post. Cerpen "Lepah ni kito tok jupo pun takpo doh dok ?"

Saya buka..

Baru teringat, Saya pernah membacanya sebelum ni. Awal tahun lalu. Masa awal-awal cerpen tu dipost di portal Murabbi. Saya kurang pasti dari sudut mana saya membaca dan menilai penulisan itu. Yang pasti ada sesuatu yang terkesan tatkala saya membaca kembali cerpen itu.

Memuhasabah diri kembali. Jauh sekali jurang perwatakan saya dengan arwah.

Dari satu sudut, saya 'melihat' bagaimana perwatakan arwah dengan para sahabat dia.

Ada satu sudut, saya 'melihat' bagaimana mantopnya semangat perjuangan dia.

Ada satu sudut, saya 'melihat' impian yang dia inginkan di masa hadapannya yang masih belum dia ketahui saat itu.

Dan satu sudut, saya 'melihat' dia sangat menjaga hubungannya dengan Penciptanya.

Allahu Allah..

Sejak 2 , 3 hari ni, banyak sekali yang tiba-tiba saya teringinkan. Sekejap mahu itu.. sekejap mahu buat ini.. sekejap teringin nak gi ke sana.. Sekejap teringin ke situ..

Entah mengapa, tiba-tiba saya terlalu cepat terasa..

Mungkin saya saja yang cepat terasa akhir-akhir ni. Terlalu mengharap...... Kesilapan saya yang mungkin saya terlepas pandang.

Bila Allah takdirkan saya baca sekali lagi cerpen tu, memang betul-betul membuatkan saya berfikir banyak perkara..

Satu saat nanti, saya pun bakal menyusul..

Allahu Allah..

Banyaknya tanggungjawab yang masih belum terlaksana..

Maaf atas segalanya dan terima kasih kerana menjadi sebahagian yang melengkapkan hidup saya. Moga Allah membalas segalanya dengan sebaik-baik balasan. Allahuma amiin..

Wallahua'lam.

2130 | 27 Oktober 2011
1 Zulhijjah 1432H
Bumi Darul Iman.

Wednesday, October 26, 2011

Bukti Cinta

Bismillah..

Sejak dua hari ni, saya asyik mengulang video ini.. Kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, Abu Zarr..


Hebat cintanya kepada Rasulullah s.a.w.

Allahu Allah...

Monday, October 24, 2011

=)

Biar gambar berbicara..

Living in the favourable and unfavourable situation is called “PART OF LIFE”,

But smiling in all those situations is called “ART OF LIFE''






Sunday, October 23, 2011

Warna Manusia

Bismillah.
Saat ini...

Ingin sekali ku bisikan pada diri lagi bahawa 'Setiap sesuatu yang dijadikan itu pasti ada hikmahNya..'

Andai bisa ku fahami dan dapat menghayati indahnya warna-warni.

Kadang-kadang diri selalu lupa. Kadangkala.. mata ni kabur dalam menilai sesuatu. Mungkin juga 'rabun warna'.

Ku punya ribuan kata untuk bercerita tentang sesuatu warna.

Mungkin juga pada dia.. anda.. dan mereka lain tafsirannya.

Ya.. pada pertemuan itulah indahnya kehidupan. Kerana setiap manusia itu punya warna yang berbeza.

Terletak pada bagaimana kita melihat dan menilainya.

Wallahua'lam.

Jiwa yang cuba mengerti.
Saat ku melihat warna.
Bumi Darul Iman.
10pagi | 23 Oktober 2011

Monday, October 17, 2011

Kenalah standard kan. ^^b

Bismillah.

Tadi petang, saya ada kelas Software Quality. Ni dah sampai satu tajuk tu namanya, "SQA Standards, System Certification and Assessment Components". Ada la berkaitan ISO dan CMM (Capability Maturity Model)

Nak buat software pun kenalah ikut standard kan.

Saya tertarik dengan satu ayat pensyarah saya ni, "Untuk menjadi yang berkualiti dan mencapai standard, perlulah melalui beberapa proses.."

Kalau nak kaitkan dengan kehidupan kita, untuk menjadi hambaNya yang berkualiti a.k.a bertaqwa, kita kenalah melalui banyak 'proses'. Termasuklah melalui segala ujian-ujian yang Allah berikan bagi menguatkan kita sebagai hambaNya.

Amani Tasnim yang comel. Tiba-tiba hilang sakit kepala tengok dia senyum. ^^

Ok.. sekarang nak berubah dari mana ?

Tadi saya salin, Rule in Improvement. (Ada dalam slide kuliah tadi),

"If you don't know where you are, a map won't help"

-Watts Humprey-

Justeru, kena la tahu kita berada di tahap mana sekarang ni.. =)

*ingat iklan Ribena je ke ada kelaaass gitu.

Wallahua'lam.


Saturday, October 15, 2011

tapi yang mematahkan harapan

Bismillah..

Tempoh hari, Ustaz Zaharuddin berkongsikan rakaman ini di wall Facebook beliau. Saya sangat tertarik dengan kata-kata beliau.


Sama-sama kita berusaha dan tiada siapa yang sempurna, semua dalam perjalanan.

Perlu kita kejar.

... وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ

Mari kita berlumba dalam kebaikan. Jangan berhenti berlari...


Tapi yang mematahkan harapan

Teringat ayat seseorang apabila saya berkata perkataan TAPI.. "Tapi yang mematahkan harapan."

Ayat simple tapi penuh makna. ^^

Kesimpulannya, nak buat sesuatu jangan la banyak sangat TAPI.

Berjalan la tanpa henti. =)

Wallahua'lam.

Thursday, October 13, 2011

3 Tahun, 3 Minggu dan 3 Hari.

Daripada Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya,

"Dalam semua perkara pada anak Adam yang akan menjadikan mereka tua adalah dua perkara : tamak dan angan-angan"

(H.R Al-Bukhari & Muslim)

Panjang angan-angan tu berbahaya. Yup.. racun dalam kehidupan.

Gunakanlah waktu lapang dan rehat untuk terus beribadah padanya. Contoh paling mudah, berzikir. Sesungguhnya wirid yang berterusan itu akan memberi kesan kepada hati dan mampu mengekang nafsu, asal saja diamalkan secara berterusan.

''Jika kesibukan seseorang itu menyebabkan keletihan maka waktu lapang akan menimbulkan pembusukan.."

Usia terlalu singkat untuk disia-siakan.


*untaian kata dari Buku Himpunan Hadis Modal Insan.

*Usia blog ini = 3 Tahun, 3 Minggu dan 3 Hari.

Wallahua'lam.

Saturday, October 8, 2011

Demam

Bismillah.
Demam Final Year Project (FYP) telah bermula.. Demam yang hanya akan kebah pada tahun depan, bak kata seorang pensyarah saya.. >.< Ni baru melangkah sikit, dah demam betul-betul dibuatnya. Allahu Akbar.

Sangat risau sebenarnya.

Tapi lepas baca post kat blog pensyarah saya ni, sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk buat yang terbaik.. InsyaAllah..

Good Luck Graphic #19

"Kesimpulannya, FYP adalah peluang keemasan untuk pelajar mengumpul sebanyak mungkin pengalaman dan pengetahuan yang sememangnya dapat membantu dalam menjalani Latihan Industri dan seterusnya menempuh alam pekerjaan kelak. Pengalaman yang diperolehi mungkin datang dalam bentuk formal atau tidak formal. Kadang-kadang yang tidak formal lebih mendatangkan kesan mendalam di dalam kehidupan. Apa jua cabaran yang datang perlu dihadapi dengan hati terbuka. Rancang masa sebaik mungkin dan elakkan daripada terlalu tertekan. Berkongsilah masalah dan rakan-rakan dan jangan ambil mudah segala perkara. "

Blog pensyarah saya..

Mohon doa ye.. =) Allahu yassir.

Wallahua'lam.





Wednesday, October 5, 2011

Contohi buah hati yang dirindu.

Bismillah.

Alhamdulillah Allah masih beri peluang kepada kita menikmati nikmati Iman dan Islam.

Terasa cepatnya masa berlalu. Semester baru pun dah tak nama semester baru kan.. Apa yang kita dah belajar ?

Saya teringat pesan seorang pensyarah saya tempoh hari. Katanya, "Kamu semua dah tahun akhir.. Kat U ni bukan belajar nak jadi Software Analysis je tapi patutnya kamu belajar tentang kehidupan. Kat luar sana tu banyak cabaran." Dan saya sangat suka dengan pensyarah ni. Setiap kali sebelum mula kelas, dia akan bagi kata-kata hikmah dan bagi semangat kat kami. Ibarat ibu yang menasihati anak-anaknya tanpa jemu.. Moga Allah merahmati dan permudahkan segala urusan beliau.. Amiin..

Sekarang dah semester 5. InsyaAllah lagi 2 semester untuk ditempuhi. Sekejap je sebenarnya setahun tu.. InsyaAllah, nak maximumkan untuk belajar macam-macam. Allahuma amiin.. Tempoh hari dah bakar semangat melihat senior-senior berkonvo.. Alhamdulillah dan tahniah pada mereka. Banyak lagi langkah seterusnya yang perlu dilakukan setelah bergraduasi.


Ni nak cadangkan buku.. Syamail Muhammadiyah. Best sangat. InsyaAllah. Moga bermanfaat dan dapat menyemarakkan semangat untuk terus mencontohi kekasih hati yang amat dirindui, Rasulullah s.a.w.

Wallahua'lam.

Saturday, October 1, 2011

Konvo

Bismillah.

Alhamdulillah. Best sangat tengok suasana time mereka-mereka beratur kat luar dewan memakai jubah. Muka masing-masing tersenyum gembira. Ahli keluarga yang hadir turut berkongsi kegembiraan...

Subhanallah.. =)

Nak ucapkan tahniah pada si dia dan juga mereka-mereka yang bergraduasi hari ini dan juga esok...

Sedih je tadi petang tak dapat tunggu luar dewan.. >.<

Wallahua'lam..