Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Tuesday, February 28, 2012

Penapis

Bismillah.

Sem ni berkesempatan mengambil subjek ''Islam dan Ekonomi'' sebagai subjek elektif. Alhamdulillah.. Allah bagi peluang dan ruang. 

Kelas pertama pagi khamis lepas. Seronok yang teramat sangat bila dengar olahan dari Dr Asyraf. Saya belasah panggil Dr, Ustaz. 

InsyaAllah, akan belajar berkaitan dengan ekonomi dan mualamat. Berkenaan zakat, riba', urusan bank dan insyaAllah macam-macam lagi. Harap-harap dapat apply dalam kehidupan sebab perkara-perkara ni antara perkara yang masih kurang faham. Kadang-kadang berkerut-kerut muka dengar pasal isu duit, halal haram yang terlepas pandang yang disampaikan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman kat IKIM selama ni. 

Masa kelas pertama, ustaz banyak terangkan tentang Islam sebagai cara hidup. Sangat tertarik dengan analogi yang diberikan. 

''Bayangkan saya menanggung segala perbelanjaan kamu. Memberi tempat tinggal. Apa yang kamu minta, saya bagi. Jadi, satu hari saya minta kamu basuh kereta saya. Agak-agak, tergamak tak kamu nak minta upah dari saya..'' 

Masing-masing diam. 

"Mungkin tidak kan. Kamu akan buat apa yang saya minta sebab kamu rasa terhutang budi dengan saya. Jadi, cuba fikir balik tentang kehidupan kita. Selama ni kita berhutang terlampau banyak dengan Allah, yang mencipta kita.. yang memberi apa kita perlu.. malah memberi ganjaran atas ketaatan kita. Kalau ikut logik, agak-agak kalau Allah tak bagi pahala tapi meminta kita melakukan apa yang disuruh, wajar tak? Tapi Allah Maha Pengasih dan Penyayang.. ''

Selain tu, ustaz ada sentuh berkenaan akhlak. 

''Agak-agak kenapa orang Jepun baik dari segi 'akhlak'nya ? ''

''Pada pandangan saya, mereka meletakkan nilai pandangan yang sama pada sesuatu perkara.'' Terang ustaz lagi. 

Masa tu macam terbayang salah satu tajuk dalam buku Satu Rasa Dua Hati oleh Ustaz Pahrol. Ibu bapa perlu mempunyai 'nilai pandangan' yang sama dalam sesuatu perkara. Dalam buku tu, ustaz Pahrol menamakannya sebagai 'penapis'.

Contoh situasi,

Si anak nak keluar rumah tanpa menutup aurat.

Bapa: Ni kenapa tidak tutup aurat ? Pergi tukar baju.
Ibu : Ala.. tak apa. Budak-budak lagi. Lagi pun bukan pergi mana pun, nak pergi belajar kat rumah kawan je.

Boleh menimbulkan kecelaruan minda disitu. 

---

Jadi, bersediakah kita untuk menjadi ibu bapa? Dan bersediakah kita untuk 'terjun' ke dalam lautan masyarakat yang pelbagai ? 

Untuk berkata itu mudah, tapi pelaksaannya perlukan mujahadah.

Wallahua'lam. 

Wednesday, February 15, 2012

Kisah A.F

Bismillah.


Alhamdulillah. Setelah hampir seminggu, akhirnya berkesempatan mengkhatamkan Ranah 3 Warna. Karya yang tidak mengecewakan dari A.Fuadi. Novel dari seberang ini membuatkan saya sayang nak habiskan membacanya cepat-cepat. 

Setiap orang ada kisah hidupnya tersendiri.

Alif Fikri. Kisah dia dan cita-citanya. Tinggi. Ingin menjejakkan ke benua Amerika. Dan aku pun punya kisah tersendiri.

Baru saja tersenyum, badai lain pula datang menggempur. Rupanya man jadda wajada saja tidak cukup andai tidak disertakan sekali kesabaran. Man shabara zhafira. Sesiapa yang bersabar akan beruntung. Sekiranya hanya menyerahkan pada takdir, siapa yang akan membela diri sendiri.

Jika nak dibandingkan aku dan dia. Masing-masing diuji walau dengan cara berbeda. Cuma bezanya, dia kuat semangatnya.

Membaca buku ni, InsyaAllah membangkitkan semangat. ^^
Saya bagi 5 bintang untuk novel ni.

*dah habis baca, saya baru perasan nama watak utama, Alif Fikri = A.Fuadi. Mungkin... ~

Wallahua'lam.

Tuesday, February 7, 2012

Untung la..

Bismillah

Siapa yang sabar itu akan beruntung. Jadi, sabar itu bukan bererti pasrah, tetapi adalah sebuah kesedaran yang proaktif. Dan sesungguhnya Allah itu selalu bersama orang yang sabar.


‘’Yang namanya dunia itu ada masa senang dan masa yang kurang senang. Pada masa kurang senanglah kalian perlu aktif. Aktif bersabar. Bersabar bukannya pasif, tetapi aktif bertahan, aktif menahan cubaan, aktif mencari jalan penyelesaian. Aktif menjadi yang terbaik. Aktif tidak menyerah kepada keadaan. Kalian punya pilihan supaya tidak menjadi mangsa. Sabar adalah dasar bukit terakhir sebelum sampai ke puncak yang dituju. Selepas ada di titik terbawah, ruang kosong hanyalah ke atas. Supaya menjadi lebih baik. Bersabar menjadi lebih baik. Tuhan sudah berjanji yang DIA berjalan dengan orang yang bersabar.’’

Dan pada hari terakhir kami di Pondok Madani, beliau kembali tampil di hadapan ketika majlis perpisahan. Bagaikan berbicara dengan anaknya yang paling dicintai, Kiai Rais menatap satu persatu mata kami dan berbicara dengan lemah lembut.

‘’Hari ini sudah kami anggap cukup pendidikan dan latihan yang telah kami berikan kepada kalian semua. Apapun kelebihan dan batasanmu, jadilah berguna untuk dirimu, keluargamu, masyarakatmu, sebanyak mungkin dan seluas mungkin.’’

‘’Anak-anakku.. Dalam menjalani kehidupan, anakanda pasti menghadapi banyak cabaran kehidupan yang kadangkala terasa sangatlah berat. Namun, anakanda jangan sampai berputus asa sebab putus asa adalah penyakit yang menggagalkan perjuangan, harapan dan cita-cita. Masalah tidak akan selesai hanya dengan disusahkan, tetapi perlu difikirkan dan dengan selalu dekat kepada Allah serta selalu memohon taufik dan hidayahNya.

Maka, berbuatlah, berfikirlah dan bekerjalah sebaik mungkin, menuju kesempurnaan manusia yang lebih bertaqwa.’’

--

Lipatan yang agak menguning ini aku buka. Tampak tiga baris tulisan berdakwat biru yang sudah mula pudar. Jariku bergetar ketika aku membaca satu persatu tulisan ini.

Man jadda wajada : siapa yang bersungguh akan berjaya

Man shabara zhafira: siapa yang bersabar akan beruntung

Man sara ala darbi washala: siapa yang berjalan dijalannya akan sampai ke tujuannya.

Ketiga-tiga itu adalah pelajaran pertama yang aku terima di Pondok Madani, yang pernah bertapak kukuh di dalam hatiku. Hari ini, sekarang juga, aku memerlukan kekuatan dan semangat daripada coretan kertas tua ini. Membaca kembali coretan mutiara-mutiara kata ini, kerongkongku terasa asin, tanpa aku sedari ada yang menitis, jatuh ke kertas ini. Butir air mata itu bergenang sebentar sebelum meresap ke dalam kertas, menjadi kawah kecil yang lembap.

:: Petikan Novel Ranah 3 Warna – A.Fuadi::

----

Baru separuh. Terasa sayang nak habiskan cepat-cepat.  >.<

Wallahua’lam.

Saturday, February 4, 2012

Ini Kisah Cinta.


Bismillah.

Tadi berkesempatan menonton Hafalan Shalat Delisa (HSD). Nampaknya saya menontonnya terlebih dahulu sebelum membaca novelnya. DigiBook HSD telah didownload sebelum cuti hari tu tapi masih belum berkesempatan membacanya.

Sangat seronok menonton kisahnya. Bagi saya, jalan ceritanya sangat menarik dan mempunyai banyak pengajaran. 

Saya sangat tertarik dengan watak Ummi Salamah (Ibu Delisa) yang sangat lembut dalam mendidik anak-anaknya. Dan sudah tentu watak Delisa yang begitu gigih menghafal bacaan solat. 

Teringat satu babak di mana Delisa bertanya kepada Ustaz Rahman, 'mengapa begitu susah sekali..' (berkenaan mengapa dia susah menghafal bacaan solat).

Kata Ustaz Rahman, 'susah sebab tak ikhlas..'

Muhasabah buat diri sendiri.

*Nak promote, jom tengok Hafalan Shalat Delisa. ^^ 

Wallahua'lam.