Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Tuesday, July 26, 2011

Semakin hampir detik itu...

Bismillah..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah atas segalanya ya Allah.

Terima kasiih ya Allah untuk usia yang telah Engkau kurniakan. Terima kasih untuk rezeki yang telah Engkau berikan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang telah Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Kau berikan kepadaku.. dan terlalu sedikit pengabdianku..

Allah....

Ya Allah.. ampunilah dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, ahli keluarga dan semua sahabat.. Allahuma amiin...

Wallahua'lam.

Friday, July 22, 2011

Never mind


"......Look the leaves are dead

The moments gone, there's no surrender

Forever now unsaid

The words that might've warmed December

Cos it's all inside your head

Like fragments of a dream you remember

So never mind, your clever mind, never mind me........."


*deviantART

Thursday, July 21, 2011

Hijaz


Julai

Bismillah..

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 2*

Maaf.. Gambar kek jelah dapat bagi..

“Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kami mohon keampunanMu.. Kami mohon tetapkanlah hati kami agar sentiasa berada dijalanMu, panjangkanlah usia kami dalam redhaMu, bantulah kami menjadi manusia yang bermanfaat pada orang lain. Ya Rahman, kami mohon kepadaMu untuk dapat melihat wajahMu dan kurniakan kerinduan bertemu denganMu. Kami mohon agar disucikan hati kami dan satukanlah hati-hati kami dalam ketaatan kepadaMu. Allahuma amiin..”

Barakallah fi umrina

*Maaf atas kelewatan..

Wallahua'lam.

Tuesday, July 19, 2011

Cemburu

Bismillah

"Ya Allah, titipkan rasa cinta terhadap saudara-saudara

kami dalam hati ini."

Firman Allah yang mafhumnya,

“Dialah yang telah menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya”.

(Al-Mulk: 2)

Salah satu cara Allah menguji manusia adalah dengan mengurniakan nikmat. Allah mengurniakan nikmat tidak sama kadar, tempoh masa dan caranya, antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Ada yang dapat lebih, ada yang dapat kurang. Ada yang dapat cepat, ada yang lambat.

Ini bukanlah kerana Allah tidak adil (Maha suci Allah), tetapi justeru sifat adilNyalah Allah menetapkannya begitu. Pengagihan nikmat secara adil kepada manusia itu bukanlah bererti sama banyak atau sama rata. Namun, segala nikmat itu dikurniakan bersesuaian dengan keadaan dan kedudukan masing-masing.

Hasad yang ada dalam hati hanya lebih menyeksa empunya diri daripada orang yang dihasad.

Kadangkala kita tak menyedari diri sedang diselimuti perasaan hasad. Hati terasa sakit melihat kelebihan yang dikurniakan kepada insan lain.

Prinsip orang yang sombong ialah “ana khairun minhu” – aku lebih baik daripadanya.

Andai rasa cemburu dengan seseorang, cepat-cepatlah istighfar. Kalau boleh, senyum padanya dan berilah dia hadiah.

Ungkap pada diri, “Ya Allah, aku nak jadi hambaMu yang bersyukur.”

“Wahai Tuhan kami.. Ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman sebelum kami dan janganlah Engkau wujudkan perasaan hasad dengki dalam hati kami terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”

(Mafhum 59:10)

Seorang guru ada mengungkapkan dengan ringkas, "Orang yang ikhlas, pasti akan bertemu dan bertaut hati-hati mereka."

Marilah kita semak kembali diri kita...

Wallahua'lam

Muslimah


Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati


Saturday, July 16, 2011

Saturday With Me.

Bismillah.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya,

“Sesungguhnya Allah berfirman yang mafhumnya, ‘Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir).’ ”

(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Alhamdulillah masih menikmati nikmat Iman dan Islam. Dan masih diberi peluang menikmati hari ini.

Hari ini saya jadi penjaga kanak-kanak. 3 orang berusia dalam 3 hingga 5 tahun dan seorang lagi bayi 5 bulan.

Kalau tempoh hari saya terjumpa tentang buku ‘Tuesday with Morrie’, maka hari ini kanak-kanak ni mengharungi ‘Saturday with Miss A’.

Bukan mudah untuk menjaga kanak-kanak. Sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Mesti kanak-kanak tu pelik tengok saya yang kadangkala baik dan kadangkala tiba-tiba menjadi garang.

“Kakak ni ok ke tak sebenarnya?” Nasib soalan tu tak terkeluar dari mulut mereka kan.

Sebelum ni ada juga membaca artikel dan mendengar input berkaitan skill keibubapaan. Seperti yang dijangka, praktikalnya kadangkala membuatkan diri kalut. Ia bukanlah semudah seperti yang dibaca atau didengar.

“Min, jangan tepuk kat perut adik.” Saya terlepas cakap ayat tu. Sepatutnya kena cakap ayat yang positif dan beritahu apa yang sepatutnya dilakukan. Bukan hanya ayat larangan.

Hmm..

Banyak lagi kena belajar ni..

Wallahua’lam.