Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Tuesday, July 19, 2011

Cemburu

Bismillah

"Ya Allah, titipkan rasa cinta terhadap saudara-saudara

kami dalam hati ini."

Firman Allah yang mafhumnya,

“Dialah yang telah menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya”.

(Al-Mulk: 2)

Salah satu cara Allah menguji manusia adalah dengan mengurniakan nikmat. Allah mengurniakan nikmat tidak sama kadar, tempoh masa dan caranya, antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Ada yang dapat lebih, ada yang dapat kurang. Ada yang dapat cepat, ada yang lambat.

Ini bukanlah kerana Allah tidak adil (Maha suci Allah), tetapi justeru sifat adilNyalah Allah menetapkannya begitu. Pengagihan nikmat secara adil kepada manusia itu bukanlah bererti sama banyak atau sama rata. Namun, segala nikmat itu dikurniakan bersesuaian dengan keadaan dan kedudukan masing-masing.

Hasad yang ada dalam hati hanya lebih menyeksa empunya diri daripada orang yang dihasad.

Kadangkala kita tak menyedari diri sedang diselimuti perasaan hasad. Hati terasa sakit melihat kelebihan yang dikurniakan kepada insan lain.

Prinsip orang yang sombong ialah “ana khairun minhu” – aku lebih baik daripadanya.

Andai rasa cemburu dengan seseorang, cepat-cepatlah istighfar. Kalau boleh, senyum padanya dan berilah dia hadiah.

Ungkap pada diri, “Ya Allah, aku nak jadi hambaMu yang bersyukur.”

“Wahai Tuhan kami.. Ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman sebelum kami dan janganlah Engkau wujudkan perasaan hasad dengki dalam hati kami terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”

(Mafhum 59:10)

Seorang guru ada mengungkapkan dengan ringkas, "Orang yang ikhlas, pasti akan bertemu dan bertaut hati-hati mereka."

Marilah kita semak kembali diri kita...

Wallahua'lam

2 comments:

nusrah said...

Assalamualaikum,
pertama kali singgah dan beri komen di kotak ini. Kadang2 kita tak perasan yang rasa riak itu akan muncul. Lagi2 bila kita berhadapan/bertemu dengan orang yang kita rasakan sedikit jahil drpd kita.

Kita sedri yang kena latih diri ini sentiasa bsangka baik bila berhadapan dgn orang yg kita rasakan jahil itu. Jika bersua dengan yang jahil, bisik hatimu "Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku & umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripada ku."

Moga Allah sentiasa jaga hati kita.

Oh ya! Salam perkenalan. Moga ukhwah ini membawa ke Jannah..! ;) ;)

N.A.n.i said...

Waalaikumussalam wbt..
Tmksh sgt2 sudi singgah dan komen.. ^^
Betul tu..
InsyaAllah, mg Allah ampunkan dosa-dosa kita..

InsyaAllah.. =)

Salam perkenalan juga.. ^^ Amiin ya Rabb. :)