Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Sunday, January 24, 2010

HARAPAN / HARAPAN IHSAN


Sehari-hari melintasi jalan
Sehari-hari melihatkan teman
Tak ada yang peduli kesusahan
Tiada yang pedulikan keimanan

Mengenang mereka yang telah pergi
Menenangkan diri yang amat sepi
Berlinangan air mata jatuh ke pipi
Bertandang bermohon pada Ilahi

Moga hidayah kan tiba
Moga dibukakan mata
Merasakan kehibaan
Hilangkan kedukaan

Demi masa yang ditunggu kita bersatu
Berkongsi harapan seperti yang dijanjikan
Kau dan aku beriringan selamatkan keimanan
Bukti insan dan cintanya pada Tuhan

(Devotees feat. Bro Salleh Brothers)
Lagu/lirik/susunan muzik: Dak mie (Bro. Azmi Barongan

ya Rasulullah


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Saturday, January 23, 2010

Marah...???


Manusia diciptakan oleh Allah dengan memiliki berbagai-bagai bentuk emosi. Marah salah satunye.. anda pernah marah ??

Marah ni ada baik ada buruknya.. Imam al-Ghazali ada menyatakan, perasaan marah laksana ubat yang berguna tetapi haruslah digunakan secara berhemah agar berperanan mengubati penyakit yang dideritai... kiranya mcm dadah la jugak.. elok2 leh jadi ubat, tetiba leh membinasakan klu teramik lebih.
Bahaya..bahaya..

Menurut Imam Ghazali lg, marah itu sebenarnya cebisan nyalaan api yang bersumberkan daripada api neraka yang menyala-nyala dan sampai naik ke hulu hati. Ia ibarat bara api yang bersemadi dalam lubuk hati insan, ibarat sekam bara api di dalam batu..

Cuba anda lihat orang yang sedang marah...cmne wajahnya ketika itu.. Tengok perubahan fizikal pn dh lain macam kn. Agak-agak mcm mana keadaan kat dalam..kt hati dia.. So, agak2 mcm mn pula muka kita time marah..?? Mesti hodoh kn..
Mana la kte perasan sbb bkn kte dpt tgk muka kte sendiri..

Ayuh la kte mengawal emosi. Jangan marah-marah. Senyum selalu.. Ceria selalu. Nikmatilah hidup anda dgn sebaiknya... bkn ditemani rasa marah...

Thursday, January 21, 2010

LARIAN HIJRAH





9 Januari 2010, Unit Kerohanian UMT ada menganjurkan program Larian Hijrah. Alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan. Seawal 5.30 pagi, peserta dah penuh bersedia nak daftar pagi tu. Matlamat utama mereka, nak dapatkan t-shirt dan stiker HEPA yang hanya diberi pada peserta 500 yang terawal mendaftar pagi tu. Takut gak kami yang jaga kat kaunter ni sementara nak tunggu kaunter buka kul 6.30 pg.
Perjalanan program berjalan lancer walaupun ada beberapa masalah yang kami terlepas pandang. Ya..walaupun kecil tapi memberi kesan yang besar.

Macam-macam reaksi dan aksi ketika di garisan penamat. Kat sini nak kongsi satu cerita yang orang lain mungkin tak perasan. Masa tu, aku ditugaskan untuk memberi kertas nombor pada pemenang digarisan penamat. Situasi yang berlaku begini….
Masa tu, ada dua orang peserta perempuan yang sedang berlari menuju ke garisan penamat. Seorang gadis india dan seorang gadis cina. Pada permulaannya, si gadis India ni berada di hadapan tapi dia pengsan sebelum tiba di garisan penamat. (Ala..lagi sikit je..dalam 30cm kot). Gadis cina yang berada kat belakang tadi berhenti berlari dan terus membantu si gadis india yang pengsan tadi walaupun dia boleh je terus ke garisan penamat untuk mendapatkan tempat ke-10. Aku yang duk pegang kertas nombor ni pun naik keliru sama ada nak bagi nombor 10 tu pada si gadis india tu atau gadis cina tu sebab masa tolong tu, gadis cina tu yang melangkah dulu melepasi garisan penamat.. Lepas berfikir, aku pun kasi la nombor tu pada gadis cina tu.. Namun dia menolak dan memberi kemenangan tempat ke-10 tu pada gadis india yang pengsan tadi. Terkejut gak tapi tu la membuatkan aku berfikir sejenak. Mampukah aku melakukan benda yang sama jika aku berada di tempat dia..???

HIDUP UNTUK MEMBERI...

Siapa yang lebih cinta maka dialah yang lebih banyak memberi. Justeru, jika kurang memberi, itu petanda “kurangnya” cinta. Apabila kurangnya cinta, tergugatlah persaudaraan dan rengganglah perpaduan…

Ya.. mari kita intai hari-hari yang kita lalui.. adakah dengan penuh ceria dan kegembiraan atau sebaliknya..??? Untuk merasa gembira gembirakanlah orang lain..

Mari kita memberi :

SENYUMAN




Senyum.. mudah je kan. Tak perlu modal. Cukup ada muka, ada mulut. Tak ada gigi pun tidak mengapa. Anda masih boleh SENYUM. Senyum ni ada 2. Satu, senyuman kerana gembira. Kedua, senyum kerana menggembirakan.
Tiba-tiba teringat pula seorang perunding motivasi ni ajar cara senyum. Caranya ialah dengan menyebut angka satu….. bagi senyum tersipu malu. Dua…bagi senyum palsu. Dan paling manis…senyum tiga.. Ok.. cuba anda sebut.. Tiga….!!!


KEMAAFAN

Hidup terlalu singkat untuk membenci. Tirulah sifat al-Afu (Maha Pemberi Maaf) Allah s.w.t yang terus-terusan memaafkan kesalahan hamba-Nya selagi kita sudi bertaubat. Hanya dosa syirik, selain itu pengampunan Allah tidak bertepi atau “bertapi”.

Susah ke nak maafkan orang lain. Lagi-lagi orang tu dah buat hati kita mengecil dan mengecut... Hm..pernah ke anda dengar ayat ni . “ Saya mudah memafkan orang tapi susah sikit nak lupa apa yang dia dah buat…” Apa pendapat anda ?? Adakah orang tu dah memaafkan ??

Jangan terlalu bakhil untuk memberi maaf. Kekusutan dan kemarahan hanya membuatkan anda tertekan dan sakit jiwa. Memberi maaf itu adalah terapi dan penawar jiwa yang lara. Jangan bertangguh lagi, maafkanlah. Jika tidak anda akan diburu rasa bersalah. Justeru antara adab tidur yang dianjurkan Rasulullah ialah memaafkan kesalahan orang lain sebelum tidur..

Dunia dan kehidupan tidak seperti yang dijangkakan…

Wednesday, January 20, 2010

Insha Allah - Maher Zain

NAZREY JOHANI TOUR DE TAHFIZ




18 Januari 2010… Konsert amal Nazrey Johani Tour De Tahfiz di UDM. Matlamat untuk mengumpul dana bagi membina komplek tahfiz di Ranau, Sabah. Tiket bernilai RM5. (Moga nilai yang kecil itu memberi kesan yang besar…) Malam tu, artis yang turut hadir Algebra, Brothers dan As-Saufee.

Kat UMT, tak ramai yang tertarik untuk membeli tiket. Mungkin kelemahan diri ini dalam menyampai maklumat yang tak mampu untuk meresap ke hati mereka. Hakikatnya, aku sendiri kurang merasa aura mengapa Tour De Tahfiz ni dilakukan. Mungkin juga kerana maklumat disampaikan dari orang ke orang yang kurang memahami. Malam konsert tu baru aku terasa aura tersebut setelah maklumat yang jelas disampaikan oleh A. Nazrey Johani sendiri, orang yang begitu bersungguh-sungguh nak membangunkan komplek tahfiz tersebut. Mungkin kerana niatnya yang ikhlas membuatkan aku tersentuh.. Beliau tetap akan meneruskan usaha mencari dana untuk meneruskan projek komplek tahfiz tersebut walaupun hakikatnya projek tu memerlukan berjuta-juta ringgit.

Maklumat lanjut leh layari :
http://www.tahfizsyahadah.blogspot.com

Moga Allah permudahkan segala urusan…