Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Wednesday, January 20, 2010

NAZREY JOHANI TOUR DE TAHFIZ




18 Januari 2010… Konsert amal Nazrey Johani Tour De Tahfiz di UDM. Matlamat untuk mengumpul dana bagi membina komplek tahfiz di Ranau, Sabah. Tiket bernilai RM5. (Moga nilai yang kecil itu memberi kesan yang besar…) Malam tu, artis yang turut hadir Algebra, Brothers dan As-Saufee.

Kat UMT, tak ramai yang tertarik untuk membeli tiket. Mungkin kelemahan diri ini dalam menyampai maklumat yang tak mampu untuk meresap ke hati mereka. Hakikatnya, aku sendiri kurang merasa aura mengapa Tour De Tahfiz ni dilakukan. Mungkin juga kerana maklumat disampaikan dari orang ke orang yang kurang memahami. Malam konsert tu baru aku terasa aura tersebut setelah maklumat yang jelas disampaikan oleh A. Nazrey Johani sendiri, orang yang begitu bersungguh-sungguh nak membangunkan komplek tahfiz tersebut. Mungkin kerana niatnya yang ikhlas membuatkan aku tersentuh.. Beliau tetap akan meneruskan usaha mencari dana untuk meneruskan projek komplek tahfiz tersebut walaupun hakikatnya projek tu memerlukan berjuta-juta ringgit.

Maklumat lanjut leh layari :
http://www.tahfizsyahadah.blogspot.com

Moga Allah permudahkan segala urusan…

No comments: