Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Tuesday, March 17, 2009

Jamuan KARISMA

Untuk julung kalinya... KARISMA menganjurkan majlis makan malam bersama ahli2nya... Majlis diserikan dgn beberapa persembahan.... tadarus Al-Quran, persembahan nasyid oleh presiden n da geng, alunan sajak oleh bendahari kehormat n ketua lujnah penerbitan... Semoga ukhuwah yang terbina selama ni akan kekal selamanya.. Ukhuwah umpama tasbih. ada permulaan tp tiada penghujung.. Semoga kecintaan kte padaNya semakin mekar..

Wednesday, March 11, 2009

Manusia.....

Manusia skrg sedang dalam kebingungan.Mereka sgt memerlukan agama supaya mereka boleh menikmati keamanan, kedamaian, n ketenangan....

Selamatkan saudara2 kita di Palestin !!!!!!!!

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul ..
Hayatilah pjuangan Rasulullah..Sesungguhnya baginda adalah contoh terbaik.
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah terdapat teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap Rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat, serta yang sentiasa mengingati Allah..."
Maksuh surah Al-Ahzab : 21.

Semoga kecintaan kita pada Rasulullah semakin menggunung tinggi..

* Perbanyakkanlah selawat =)

Friday, March 6, 2009

Sesekali Diuju

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mana sabarnya kita
Mungkin selama ini kite terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan...
Terasa hidup terlalu payah
Pelbagai persoalan menerpa
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah Berdoa pada Allah
Pengasih, Pemurah dan Penyanyang....

Thursday, March 5, 2009

Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

sahabat..jika hari ini aku terlalu gembira,sedarkanlah aku dengan amaran2 Allah...jika aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiyah pencipta, jika aku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku aku dengan kehebatan syurga..jika diantara kita ada temb0k yg memisahkan, ajaklah aku meleraikannya segera.. jika hatimu pernah terluka, luahkanlah agar aku berubah, dan jika es0k ku lena tanpa terjaga, iringilah lenaku dengan kalungan d0a, berjanjilah sahabat, ukhwah kita untuk selamanya...