Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Thursday, March 5, 2009

Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

sahabat..jika hari ini aku terlalu gembira,sedarkanlah aku dengan amaran2 Allah...jika aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiyah pencipta, jika aku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku aku dengan kehebatan syurga..jika diantara kita ada temb0k yg memisahkan, ajaklah aku meleraikannya segera.. jika hatimu pernah terluka, luahkanlah agar aku berubah, dan jika es0k ku lena tanpa terjaga, iringilah lenaku dengan kalungan d0a, berjanjilah sahabat, ukhwah kita untuk selamanya...

No comments: