Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan datang lagi

Ramadhan datang lagi..mengetuk pintu hati.. Moga ku mampu melakukan yang terbaik kali ni.. lebih baik dari tahun sebelum2nya.. Akan datang aku tak tahu..masih ada kesempatan tuk ku merai khadiran Ramadhan lagi
Sama2lah mendekatkan pada kekasih kita..
Jangan zalimi diri sendiri lagi dengan dosa2.....

Tuesday, August 11, 2009

rindu

Salam a'laik..
Hati ini dihambat rindu.. rindu yang teramat sangat pada keluarga tersayang.. tak sabar rasanya ingin pulang ke kampung halaman InsyaAllah pada 15hb Ogos nanti. Hakikatnya beru sebulan lebih ku berjauhan dengan mereka..
Tetiba ku teringat kata-kata sahabatku yang menuntut ilmu nun jauh di Jepun..Katanya,"Time belajar la kita perlu melakukan banyak pengorbanan..". Ye..aku setuju dengan kata-katanya. Hidup ni memerlukan banyak pengorbanan..
Untuk mencapai sesuatu yang manis, kita perlu melalui pelbagai pahit getir.
Moga aku dan semua sahabat-sahabat yang sentiasa dekat dihati yang berada di seluruh pelusok dunia dipermudahkan segala urusan didunia dan diakhirat yang abadi..

Moga kecintaan kita pada kekasih kita, Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w akan terus memuncak sehingga menyesak dada...

Saturday, August 8, 2009

JALAN KE SYURGA PENUH DURI

Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.
Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).
Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.
Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.
Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.
Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.
Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.
Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.
Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.
Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.
Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.
Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.
Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.
Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat." Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu 'Alam. .

Thursday, August 6, 2009

mengurus nafsu

Nafsu manusia adalah potensi kemanusiaan yang unik kerana ia merupakan kekuatan yang boleh menghasilkan kesan yang positif dan negatif untuk kehidupan manusia. Tanpa nafsu, manusia tidak bermaya dan perkembangan hidup menjadi jumud. Allah swt mencipta manusia dan melengkapkannya dengan potensi kemanusiaan yang unik. Manusia dilengkapkan dengan akal dan kebolehan berfikir.

Nafsu memerlukan pengurusan yang bijak supaya kekuatan nafsu itu dapat digunakan bagi menjayakan sesuatu yang baik dan berguna untuk kehidupan sejahtera. Namun, kepincangan yang berlaku kini kebanyakan akibat kegagalan mengawal nafsu, mementingkan diri dan lain-lain. Jika dalam system pendidikan memberi penekanan kepada perkembangan akal dan melatih generasi untuk berkreatif dan membina pelbagai kemahiran untuk kehidupan yang sempurna, mengapakah sistem pendidikan itu tidak dilengkapi supaya melatih kemahiran untuk mengawal nafsu..??

Pendidikan agama yang diterima tidak akan memberi kesan pada seseorang itu selagi ilmu itu tidak dipraktikkan dalam amalan seharian. Latihan demi latihan perlu dilakukan bagi mendidik nafsu agar sentiasa berada dijalanNya.

Kita tidak boleh terlalu mengikut nafsu dan terlalu menyekat keinginannya..tp apa yang perlu kita lakukan ialah mendidik nafsu..
Semoga Allah menetapkan hati kita agar sentiasa berada dijalanNya..

zikir dan fikir??

Kebiasaannya zikir dikaitkan dengan golongan agama manakala fikir dikaitkan dengan golongan intelektual. Perlabelan ini semakin ketara pada zaman pertengahan di Eropah. Pertembungan dua gelombang antara golongan beragama dan golongan berfikir semakin tinggi, semuanya bermula dengan keenganan gereja menerima dan mengiktiraf golongan sainstis ketika itu..Maka muncullah golongan sekularisme yang menganggap urusan keagamaan tidak boleh dicampur aduk dengan kehidupan dunia seperti urusan negara, politik, pendidikan dan pentadbiran.

Islam tidak membenarkan pemisahan ini kerana Islam mengiktiraf kedua-duanya saling melengkapi. Larangan pemisahan ini dapat dilihat jelas apabila Allah s.w.t menyuruh oraang-orang beriman mengambil agama secara menyeluruh. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.”

Didalam kita berzikir dengan merenung dan bertadabbur Al-Quran, sebenarnya dalam masa yang sama menggerakkan minda kita untuk berfikir. Ini membuktikan bahawa Islam tidak pernah memisahkan zikir dan fikir..

Jadi persoalannya kini..dimanakah zikir dan fikir kita.???

Sunday, August 2, 2009

Syukuri Nikmat

Manusia...
selalu lalai dan x bersyukur dengan apa yang ada. Selalu juga mengharapkan sesuatu lebih dari apa yang dia ada....
Bila kite diuji, barulah kita tersedar akan nikmat itu.
Kite amik paling mudah la..contohnya hidung. Bile kita sihat kita jarang mensyukuri kelancaran kita bernafas melalui hidung. Tapi..bile kita selsema..baru tersedar akan nikmat itu...
betul tak..??

Moga diri ini dan kita semua sentiasa menghargai nikmat yang kita ada... Jagalah kesihatan baik-baik.. Kurniaan amat berharga..KESIHATAN.