Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Thursday, August 6, 2009

mengurus nafsu

Nafsu manusia adalah potensi kemanusiaan yang unik kerana ia merupakan kekuatan yang boleh menghasilkan kesan yang positif dan negatif untuk kehidupan manusia. Tanpa nafsu, manusia tidak bermaya dan perkembangan hidup menjadi jumud. Allah swt mencipta manusia dan melengkapkannya dengan potensi kemanusiaan yang unik. Manusia dilengkapkan dengan akal dan kebolehan berfikir.

Nafsu memerlukan pengurusan yang bijak supaya kekuatan nafsu itu dapat digunakan bagi menjayakan sesuatu yang baik dan berguna untuk kehidupan sejahtera. Namun, kepincangan yang berlaku kini kebanyakan akibat kegagalan mengawal nafsu, mementingkan diri dan lain-lain. Jika dalam system pendidikan memberi penekanan kepada perkembangan akal dan melatih generasi untuk berkreatif dan membina pelbagai kemahiran untuk kehidupan yang sempurna, mengapakah sistem pendidikan itu tidak dilengkapi supaya melatih kemahiran untuk mengawal nafsu..??

Pendidikan agama yang diterima tidak akan memberi kesan pada seseorang itu selagi ilmu itu tidak dipraktikkan dalam amalan seharian. Latihan demi latihan perlu dilakukan bagi mendidik nafsu agar sentiasa berada dijalanNya.

Kita tidak boleh terlalu mengikut nafsu dan terlalu menyekat keinginannya..tp apa yang perlu kita lakukan ialah mendidik nafsu..
Semoga Allah menetapkan hati kita agar sentiasa berada dijalanNya..

No comments: