Firman Allah yang mafhumnya :
"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)
Monday, June 27, 2011
Bersih
Friday, June 24, 2011
Munajat Kasih
Di kala pawana mencium senja
Berangkatlah insaf ke laman taqwa
Menziarahi khilaf di pusara doa
Menguis dosa memadam noda
Belentara malam seindah anugerah
Kelopak tafakur bercambah di pagar pasrah
Mengurai simpul resah di rata sejadah
Munajat kasih bernada tak bertingkah
Bukan mudah melelas rindu
Laskar nafsu selalu memburu
Dinding mujahadah retak seribu
Lorong istiqamah beronak berliku
Mata bersaga menahan lena
Semakin asyik dibuai asmara
Lantera hati bernyala cahaya
Rahmat melimpah di tangan terbuka
Ketika mata menatap pagi
bebunga cinta mekar berseri
harum mewangi di taman syurgawi
Mahligai abadi bahgia hakiki
~ best lagu ni walau liriknya sangat berbunga
:: Boleh dengar di sini... ::
Hari ni saya jalan kat blog seorang senior masa sekolah saya..
Blog Epilog Seorang Mujtahid ,
Student's Life , blog zaujah dia.
Kisah Kasih Kekasih, blog mereka.. =)
Wallahua'lam.
Thursday, June 23, 2011
Peluang
Monday, June 20, 2011
700
Bismillah
700.
Menyentap hati bila tengok nombor tu. Tidak tahu mahu digambarkan bagaimana perasaan saat itu.
Lega bila tengok perkataan “Congratulation”.
Syukur sangat-sangat.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Target lebih sebenarnya. Tapi yang dapat ni Alhamdulillah, sangat-sangat melegakan kerana masih ada harapan untuk esok.
Andai tambah lagi satu soalan salah jawab tadi, perkataan FAIL akan terpapar.
Allah.. Luluh hati..
InsyaAllah. Moga Allah permudahkan untuk ku dan sahabat-sahabat lain menempuhkan satu lagi exam esok.. Allahuma amiin..
“Suratan atau kebetulan ?”, tanya seorang sahabat.
Masing-masing tersenyum, tahu jawapannya.
InsyaAllah segala yang berlaku pasti ada hikmahNya.
Mendidik hambaNya yang selalu lupa ini..
p/s : Terima kasih tak terhingga kepada 3 orang bakal bidadari syurga (Allahuma amiin) yang sentiasa berada disisi sepanjang 5 minggu ni. Terima kasih sudi jadi teman sebilik saya. Terima kasih untuk segalanya. Moga Allah membalas segalanya dengan sebaik-baik balasan. InsyaAllah.
Saya bakal merindui kalian cuti ni.. >.<''
Wallahua'lam .
Thursday, June 16, 2011
Desakan
Firman Allah yang mafhumnya,
Gerhana
Semalam tunggu gerhana bulan. Tapi cuaca agak mendung, jadi tak nampak pun bulan..
Pukul 2 pagi tadi jengah juga keluar, gelap. Lebih kurang jam 3 lebih dah terlena masa tu, tiba-tiba ada sorang tu kejut ajak tengok bulan.. Dengan mamainya 'meronda' dipagi hari.
Lagi beberapa hari je lagi untuk kami tinggal sebilik. Sekejap tempoh 5 minggu tu terasa. Macam-macam dilakukan bersama.
Pasti akan merinduinya..
Wallahua’lam.
Wednesday, June 15, 2011
Hari emo sedunia.
Nampaknya kena tunda tiket lagi. Disebabkan cuti ahad ni, InsyaAllah exam yang 19hb tu juga akan ditunda ke hari Isnin 20hb.
Monday, June 13, 2011
Saturday, June 11, 2011
Cermin
Alhamdulillah… hari ni sinar mentari sangat terik. Subhanallah.. Maha suci Allah Tuhan yang menjadikannya. Bayangkan bagaimana kita tanpa hadirnya sang mentari…
Tak terbayang bagaimana jika Allah membiarkan kita walau kadar sekelip mata..
Allah..Allah..Allah.
Ya Allah, kami mohon kurniakanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tak lagi gentar atau mengharap dari orang lain selain dariMu… Allahuma amiin..
Melihat Cermin.
Apa yang kelihatan..?
*terbayang cerita Snow White..
“Siapakah yang paling cantik di negara ini wahai cermin ajaib”
Melihat cermin, bukan hanya duk belek muka semata.. Cuba kita ‘lihat’ lebih dari itu.
Salah satu cara untuk kita mengenal diri ialah dengan ‘bercermin’, tahu kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Usahlah terpedaya dengan kesombangan diri wahai diriku yang sering perlu diingatkan.
Seandainya setiap insan itu mengetahui dari apa ia diciptakan, untuk apa ia diciptakan dan matlamat sebenar atas penciptaannya, juga sekiranya dia menyedari betapa manusia adalah makhluk yang lemah dan sangat memerlukan kerjasama orang lain dalam memperolehi sesuatu di dunia ini, maka sudah pasti dia akan membuang jauh-jauh kesombongannya itu, diganti dengan kerendahan hati yang sangat disukai Ilahi.
Kenali diri dengan selalu melihat ‘cermin’. Cermin pertama ada pada hatimu, sementara cermin kedua wujud di sekelilingmu.
Wallahua’lam.
Wednesday, June 8, 2011
Prep
peniup semangat
dan juga dekat.. :)
Tuesday, June 7, 2011
Hari 22
“Dan bersederhanalah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai.
(Luqman : 19)
Sunday, June 5, 2011
Outing
Bismillah.
Subhanallah. Maha suci Allah Pemilik segala kekuasaan, memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia mahu, merampas kekuasaan itu dari sesiapa yang Dia Mahu. Dan Dia juga yang berkuasa memuliakan dan menghinakan sesiapa yang Dia mahu.
Allahu.. Allahu.. Allah..
Jam melewati 9.40 pagi. Kami mula menapak ke bus stop di persimpangan masuk ke pintu belakang asrama. Tiba-tiba bas melintasi masa kami masih di perjalanan. Hampa jugalah sebenarnya. Seorang sahabat kata bas sampai dalam jam 10 pagi. Tak boleh la nak salahkan dia, sebab dia bukanlah pemandu bas tu. Akhirnya, duduk la kami di bus stop tu dengan penuh pengharapan.
1 jam. Memerhati kereta dan segala kenderaan lalu lalang. Penantian tu kan satu proses. Proses agar diri menjadi lebih sabar.
Kenderaan sekarang ni dah jadi satu keperluan dan bukan hanya sebagai memenuhi keinginan. Agak susah nak bergerak tanpa mempunyai kenderaan sendiri. Ada je pengangkutan awam, tapi kita terpaksa mengorbankan masa sedikit untuk menunggu. Kalau yang suka membawa buku ke mana-mana, sekurangnya adalah teman. Bayangkan orang yang malas macam saya ni.. huhu.
Tertekan je kan tengok kereta yang dipandu terlalu laju tanpa menghiraukan pemandu lain. Dah pula tu, siap potong kat jalan yang ada double line lagi. Suka-suka dia je. Orang lain yang terpaksa mengalah dengan dia. Bila nampak polis baru la nak ikut peraturan sebab takut kena saman.
Kadang-kadang kita terlupa yang kita sentiasa diperhatikan. Terlupa setiap tindakan kita akan dicatat tidak kira sama ada kita mengikut peraturan atau pun tidak.
Alhamdulillah, dah beli tiket untuk balik ke Muar. InsyaAllah.. Moga Allah permudahkan segalanya. Amiin.
Masa berhenti solat zohor di surau dekat bustand MBKT, ada beberapa orang kanak-kanak dalam linkungan 4 – 6 tahun turut berada dalam surau tu. Mungkin mereka ni anak-anak penjual kat kedai-kedai yang ada kat situ.
Sambil bersiap-siap selepas solat tu, saya duk perhati 3 orang tu. Sedang solat. Subhanallah. Walau perbuatan hanya ditiru dari orang yang lebih dewasa, tapi saya kagum dengan mereka. Saya hanya memerhati.
Selepas solat, tiba-tiba saya melihat mereka mengeluarkan barangan make-up. Berkerut gak muka saya melihat mereka. Saya hanya senyum saja melihat mereka. Rupanya masa saya duk senyum-senyum tu, ada seorang mak cik perasan. Malunya. >.<
“Persekitaran mereka didik mereka jadi begitu…” Ringkas ayat mak cik tu. Saya hanya mengangguk setuju.
Balik dari membeli barang-barang penting di Mydin, kami belajar mendidik diri menjadi sabar lagi dengan menunggu bas selama sejam lagi. Bertambah lagi dengan tak ada tempat duduk dan kaki yang dah melecet disebabkan kasut yang baru pakai.
Tenanglah duhai jiwa..
Wallahua’lam.