Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Friday, April 29, 2011

Komitmen Dai’ Sejati.

Oleh : Muhammad Abduh

Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar ikhlas, maka tidak akan banyak dai yang berguguran di tengah jalan. Dakwah akan terus laju dengan lancar untuk meraih tujuan-tujuannya dan mampu menanam prinsip-prinsipnya dengan kukuh.

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka dia tidak akan peduli ketika ditempatkan di barisan depan atau belakang. Komitmennya tidak akan berubah ketika dia diangkat menjadi pemimpin yang boleh mengeluarkan keputusan dan ditaati atau hanya sebagai jundi yang tidak dikenal atau tidak dihormati.

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka semua orang akan sangat menghargai waktu. Bagi setiap dai, tidak ada waktu untuk terbuang sia-sia kerana dia akan selalu menggunakannya untuk beribadah kepada Allah di sudut mihrab, atau berjuang melaksanakan dakwah dengan menyeru kepada kebaikan atau mencegah kemungkaran. Atau, menjadi murabbi yang gigih mendidik dan mengajari anak serta isterinya di rumah. Dai yang aktif di masjid untuk menyampaikan nasihat dan membimbing masyarakat.
Jika komitmennya benar-benar ikhlas, maka setiap dai akan segera menunaikan kewajipan kewangannya untuk dakwah tanpa dihinggapi rasa ragu sedikitpun. Semboyannya adalah

“Apa yang ada padamu akan habis dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.”
[An-Nahl 16 :96]

Jika komitmennya benar-benar ikhlas, maka setiap dai akan patuh dan taat tanpa berasa ragu dan bimbang. Di dalam benaknya tidak ada lagi erti keuntungan peribadi dan menang sendiri.”

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka akan muncul fenomena pengorbanan yang nyata. Tidak ada kata “ya” untuk dorongan nafsu atau segala sesuatu yang seiring dengan nafsu untuk berbuat maksiat. Kata yang ada adalah kata “ya” untuk setiap perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah.

Jika komitmen para dai benar-benar ikhlas, maka setiap anggota akan menaruh kepercayaan yang tinggi kepada para pemimpin fikrah. Setiap yang bergabung akan melaksanakan aspirasi pemimpinnya dan menegakkan prinsip-prinsip dakwah dalam hatinya.

Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar ikhlas, maka setiap orang yang kurang teguh komitmennya akan menangis, sementara yang bersungguh-sungguh akan menyesali dirinya kerana ingin berbuat lebih banyak dan berharap mendapat balasan serta pahala dari Allah.

*******************

Komitmen memerlukan kesediaan jiwa yang membulat kepada Allah SWT. Mereka menyakini, menyerahkan sebulatnya diri mereka dan segala-galanya untuk deen Allah SWT. Kesanggupan untuk melalui apa jua rintangan, ujian, mehnah dan segala bentuk tribulasi menjadikan diri mereka semakin tabah dan kuat.

Dan, ketahuilah komitmen kita akan diuji dan terus diuji. Sama ada kita sedar, semakin hari ia semakin tertingkat dan ia saatnya, ia semakin menurun sehingga tersungkur menyembah bumi.

Soal diri kita, bagaimanakah komitmen kita sebagai mukmin dalam melaksanakan ubudiyah kepada Ilahi? Jiddiyah (kesungguhan), keiltizaman (konsistensi) dan sifat disiplin yang ada dalam diri di tahap yang bagaimana?

Persoalan-persoalan ini harus dijawab dengan segera? Tanya hati kita, apakah jawapan yang akan kita berikan apabila inilah yang disoalkan kepada kita di hadapan Allah SWT?

:: Nota khas buat diriku dan kalian ::

Wallahua'lam

Friday, April 22, 2011

Thursday, April 21, 2011

Pisang & Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergiselama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya"beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.

Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati.

Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci..!!.

Saturday, April 16, 2011

Segalanya milikMu

Bismillah.

“Allah Pencipta segala sesuatu dan Dia Maha Pemelihara atas segala sesuatu.. Milik-Nyalah kunci-kunci (perbendaharaan) langit dan bumi. Dan orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah, mereka itulah orang yang rugi.” [Mafhum 39:63-64]

Kaki semakin mendekati pantai. Terus melangkah setapak demi setapak. Maha suci Allah, Tuhan yang memberikan kekuatan kepada hambaNya yang lemah lagi tidak memiliki apa-apa ini.

Allah…

Mendengar desiran ombak menghempas pantai. Kuat hempasannya. Kadangnya rintik-rintik air laut membasahi muka. Kagum dengan ciptaanNya. MasyaAllah.. segalanya indah.

Allah.. kerdilnya hambaMu ini. Terlalu kotornya hatiku ini sehingga kadangnya terlalu alpa dengan dunia. Seakan lupa seketika ku akan berhadapan denganMu. Membentangkan segala urusanku di dunia ini.

Merenung jauh.. jauh ke dasar lautan.

‘Pandanglah sesuatu itu dengan mata hati. Jika memandang laut, jangan hanya dipandang permukaannya. Takut-takut kau hanya mampu melihat sampah yang terapung dek kerana gelapnya hati. Pandanglah sehingga ke dasar lautan.. bagaimana ? Pandanglah dengan mata hati.. Hati yang bersih InsyaAllah akan semakin jelas pandangannya.’

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata itu. Kata dari mulut sendiri sepatutnya lagi jelas didengar oleh diri sendiri.

Allah akan mengujimu kelak.

Terdiam. Sangat pedih dan tajam kata-katamu itu duhai hati kecilku.

Hidup jangan hanya banyak beri alasan.

Tunduk.

Malu dengan diri sendiri. Pada DIA apatah lagi.

Firman Allah yang mafhumnya:

Mereka berdua merayu: 'Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami orang daripada orang yang rugi.'

(Al-A'raf: 23)

Wallahua’lam.

Wednesday, April 13, 2011

Tak boleh RE-hidup

Semalam kami ada re-test salah satu subjek sebab ramai sangat markah yang kurang ok masa test ritu. 2,3 minggu yang best bila kami satu kelas beramai-ramai memenuhi segenap ruang di kafe baru menyiapkan sistem untuk Group Project, menyiapkan assignment berkumpulan.

Paling menarik, ada satu hari tu.. pagi ada test, petang ada presentation group project. Ditambah lagi, minggu tu ada Minggu Siswi.

Allah..

Allah yang maha mengetahui segalanya.

“Kita ni asyik RE je… RE-test, RE-assignment (kena buat balik assignment). Ada gak yang kena RE-present group project.” Tegur seorang classmate.

Mengangguk, tanda setuju.

Masa buka laman Facebook, ternampak post video Mari Merungut Malaysia. Memang kenalah dengan situasi sekarang. Situasi yang biasa sebenarnya di kalangan semua pelajar IPT.

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk RE apa yang kurang ok. Bayangkan pula, adakah masih ada peluang untuk bertaubat bila nyawa dah ditarik. Masih bolehkah RE-hidup untuk menebus segala dosa-dosa yang lalu.

Firman Allah yang mafhumnya,

“Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: Wahai alangkah baiknya jika tidak diberikan kepadaku kitabku ini. Dan aku tidak mengetahui apalah hisab terhadap diriku. Wahai kiranya (kematian) itulah yang menyelesaikan. Hartaku tidak memberi manfaat kepadaku. Telah hilang kekuasaanku daripadaku. Peganglah dia, dan belenggulah tangannya ke lehernya. Kemudian masukkan dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Kemudian (belitlah dia) dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta. Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah al-‘Adzim (Yang Maha Besar).” (69:25-33)

Allah..Allah..Allah..

Allahumma ighfirlana zunubana ya Robb a’lamin….

Wallahua’lam.

Sunday, April 10, 2011

TEMAN

Tika kesunyian kau menjengah

Dekati diriku yang hampir rebah

Dibayangi dengan kedukaan

Diselimuti dengan kekusutan


Bukan datang sekadar bersinggah

Yang nyata kau bawakan dirimu

Merentasi duniaku

Teman kau penyeri

selalu setia kau di sisi

selalu di samping menemani


Teman kau yang satu

yang menjadi kekuatanku

kau lah lambang permulaan hidup yang baru

Teman saat ku memerlukan

Tiada pernah kau mengecewakan

Namun bila mana aku diperlukan

Rasanya tak mampu ku

buat sebaik telah kau berikan


Tidak mungkin dapat untuk ku melupakan

Tiap pengorbanan yang engkau lakukan

Setiap ucapan yang dikau butirkan

penuh azimat dan tiupan semangat