Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Thursday, January 21, 2010

HIDUP UNTUK MEMBERI...

Siapa yang lebih cinta maka dialah yang lebih banyak memberi. Justeru, jika kurang memberi, itu petanda “kurangnya” cinta. Apabila kurangnya cinta, tergugatlah persaudaraan dan rengganglah perpaduan…

Ya.. mari kita intai hari-hari yang kita lalui.. adakah dengan penuh ceria dan kegembiraan atau sebaliknya..??? Untuk merasa gembira gembirakanlah orang lain..

Mari kita memberi :

SENYUMAN




Senyum.. mudah je kan. Tak perlu modal. Cukup ada muka, ada mulut. Tak ada gigi pun tidak mengapa. Anda masih boleh SENYUM. Senyum ni ada 2. Satu, senyuman kerana gembira. Kedua, senyum kerana menggembirakan.
Tiba-tiba teringat pula seorang perunding motivasi ni ajar cara senyum. Caranya ialah dengan menyebut angka satu….. bagi senyum tersipu malu. Dua…bagi senyum palsu. Dan paling manis…senyum tiga.. Ok.. cuba anda sebut.. Tiga….!!!


KEMAAFAN

Hidup terlalu singkat untuk membenci. Tirulah sifat al-Afu (Maha Pemberi Maaf) Allah s.w.t yang terus-terusan memaafkan kesalahan hamba-Nya selagi kita sudi bertaubat. Hanya dosa syirik, selain itu pengampunan Allah tidak bertepi atau “bertapi”.

Susah ke nak maafkan orang lain. Lagi-lagi orang tu dah buat hati kita mengecil dan mengecut... Hm..pernah ke anda dengar ayat ni . “ Saya mudah memafkan orang tapi susah sikit nak lupa apa yang dia dah buat…” Apa pendapat anda ?? Adakah orang tu dah memaafkan ??

Jangan terlalu bakhil untuk memberi maaf. Kekusutan dan kemarahan hanya membuatkan anda tertekan dan sakit jiwa. Memberi maaf itu adalah terapi dan penawar jiwa yang lara. Jangan bertangguh lagi, maafkanlah. Jika tidak anda akan diburu rasa bersalah. Justeru antara adab tidur yang dianjurkan Rasulullah ialah memaafkan kesalahan orang lain sebelum tidur..

Dunia dan kehidupan tidak seperti yang dijangkakan…

No comments: