Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Sunday, September 13, 2009

PUASA ITU LATIHAN MENGURUSKAN NAFSU

Puasa dari segi bahasa bererti “menahan”. Semua perkara atau perlakuan yang “ditahan” (haram) semasa berpuasa hakikat bebas (halal) dilakukan jika tidak berpuasa.

Misi Berpuasa Yang Jelas
Misi utama perintah berpuasa ialah “menahan” diri dengan melawan hawa nafsu.

Firman Allah yang bermaksud:
“ Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan”
(Surah Yusuf 12:53)
Pakej latihan tertentu untuk menangkis segala kejahatan nafsu demi sifat takwa. Antara pakej latihan itu ialah berlapar, bangun malam, membaca Al-Quran dan beriktikaf di dalam masjid.

Input Yang Betul Dalam Niat
Perlulah dilaksanakan atas dasar iman. Puasa yang berkesan, mestilah dibuat atas rasa kehambaan kepada Allah.

Proses Perlaksaan Yang Baik
Nafsu adalah musuh batin. Tiga elemen penting dalam “konspirasi” kejahatan manusia ialah kejahatan nafsu dalam diri, bujukan syaitan yang maknawi dan pengaruh makanan yang haram. Nafsu menjadi liar apabila seseorang makan secara berlebihan. Nafsu perut sangat berkait rapat dengan nafsu seks.

Namun walaupun sumber “tenaga” disekat dan “mentor”nya dirantai, masih banyak kejahatan yang dibuat oleh orang Islam di bulan puasa. Ini disebabkan proses “menyempitkan” saluran darah ( yang merupakan “highway” syaitan) tidak tercapai sepenuhnya. Nafsu yang diempang pada siang hari bulan puasa telah ‘mengamuk” sebaik sahaja masuk waktu berbuka. Di bulan puasa ini, umat Islam perlulah berpuasa hanya kerana Allah justeru melalui puasa Allah melatih kita agar menjadi orang kaya bersyukur atau orang miskin yang sabar

Output Yang Betul
Puasa umpama “break” kepada “kenderaan” nafsu kita. Dengannya kita boleh melepaskan atau menghentikan perjalanan nafsu kita. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 83 yang bermaksud

“Semoga kamu menjadi orang bertakwa”

Takwa itu dapat dikesan melalui 2 bentuk :-
Peningkatan akhlak (hubungan dengan manusia)
Peningkatan kualiti kerja peranan atau tanggungjawab (hubungan dengan pekerjaan)

“What you get, what you see”
Puasa umpama laut yang luas dan dalam. Ada yang melihat sampah dan buih di atas permukaannya, ada yang melihat ikan dan hasil laut yang di dalamnya, namun ada yang mampu melihat “emas hitam” (petroleum) di dasarnya.

Kesan puasa tiada sama pada semua orang. Ia bergantung pada cara kita melihat, tahap kita berusaha dan kemampuan kita menahan keperitan untuk mendapat rahmat, maghfirah dan barakahnya.

No comments: