Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Sunday, September 13, 2009

RAHSIA KEJAYAAN, KHUSYUK DALAM SOLAT.

Dalam Islam, solat dikaitkan secara langsung dengan kejayaan. Sama ada kejayaan dunia mahupun kejayaan akhirat. Seruan azan membuktikan hakikat itu. Seruan “marilah solat”, datang seiring dengan seruan “marilah menuju kejayaan”. Hal ini menunjukan solat itu ada keistimewaan dan mampu membawa kita kea rah kejayaan andai unsure-unsur tertentu dibina. Maknanya, jika solat dilakukan dengan betul dan sempurna akan menggerakkan orang yang melakukannya mencapai kejayaan. Mungkin ada yang mempersoalkan hal ini kerana ramai juga yang meninggalkan solat tapi mereka boleh dan telah pun “berjaya”.

Ukuran kejayaan menurut Islam adalah berbeza berbanding isme-isme yang lain. Secara umumnya, kemenangan menurut Islam ialah apabila tercapainya hasanah didunia dan hasanah di akhirat.

Hasanah Dunia.
- apabila seseorang itu mendapat keselesaan dan kemudahan hidup sama ada pada
aspek fizikal dan material.
- memiliki ketenangan dan kebahagiaan hati (spiritual).

Hasanah Akhirat
- mendapat keredhaan Allah
- memasuki Syurga yang adabdi.

Bagaimana Caranya Nak Mendapatkan Kejayaan itu.
v Berusaha mencapai khusyuk di dalam solat.

Firman Allah dalam Surah al-Mukminun 23: 1-2 yang bermaksud:
“ Dan berjayalah orang Mukmin yakni orang yang khusyuk dalam solatnya…”

Khusyuk
Terbahagi dua ;-
Lahiriah
- anggota zahir mengerjakan perbuatan solat dengan tenang dan perlahan
Anggota Batiniah
-hati merasa haibah, khauf, raja’ dan malu serta hina dihadapan Allah

6 Langkah menuju khusyuk
v Mencari pengertian (faham)
v Pemusatan fikiran (Fokus)
v Membesarkan Tuhan (Rasa Haibah)
v Kagum dan takut keagungan Tuhan ( Rasa Khauf)
v Mengharap pada Tuhan ( Rasa Raja’)
v Rasa malu dan menghina diri ( Rasa Haya’)

No comments: