Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Saturday, April 24, 2010

Kasih Kepada Allah....


Keimanan kepada Allah menuntut agar kita kasih kepada Allah.. Kasih kepada Allah melebihi kasih sayang kepada perkara yang lain. Hal ini dinyatakan dalam firman Allah yang mafhumnya :
" Katakan (wahai Muhammad) jika bapa kamu, anak kamu, saudara kamu, pasangan hidup kamu, keluarga kamu, harta yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan tempat rumah kediaman yang kamu sukai, lebih dikasihi kepada kamu daripada Allah dan RasulNya serta berjihad dijalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya" (9:24)

3 Perkara Meraih Kemanisan Iman..
* Allah dan Rasul lebih dikasihi berbandaing perkara lain
*Kasih kepada insan yang lain kerana Allah
* Rasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya jika dihumbankan ke dalam api neraka.

Ungkapan menarik disebut oleh Sahl Ibn Abdullah sebagaimana dalam huraian Imam al-Qurtubi ketika menghuraikan ayat 31 surah Ali'Imran, Sahl berkata :
"Tanda kasih kepada Allah ialah kasih kepada Al-Quran. Dan tanda kasih kepada Al-Quran ialah kasih kepada Nabi s.a.w. Dan tanda kasih kepada Nabi s.a.w ialah kasih kepada Sunnah. Dan tanda kasih kepada Allah, Al-Quran, Nabi dan Sunnah ialah kasih kepada hari akhirat."
Dengan kasih kepada Allah sebagai kasih paling utama, InsyaAllah insan Muslim akan terarah ke arah kebaikan. Segala tindakan akan disoal sama ada disukai Allah atau tidak. Dengan itu, kita akan menjadi Muslim yang Allah kasihi dan redhai..
Wallahua'lam..

No comments: