“Tidak kami jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”
(Maksud Surah al-Dhariyat 51:56)
Allah menjadikan manusia ialah untuk menjadi hambaNya. Misi hidup manusia adalah untuk mengabdikan diri pada Allah.
Ibadah bukan hanya terbatas pada perlakuan solat, puasa, zakat dan haji semata-mata. Dan gelanggang ibadah itu bukan hanya di surau dan masjid. Ruang lingkup ibadah sangat luas. Seluruh hidup kita dari sekecil-kecilnya seperti mandi, makan, beridah sehinggalah kepada yang sebesar-besar seperti system ekonomi, pendidikan , social, kebudayaan, hiburan dan sebagainya adalah termasuk dalam ibadah.
2 syarat ibadah :-
-Dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah
-Ia dilaksanakan bertepatan dan tidak bertantangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.
Satu kerja boleh dijadikan ibadah berdasarkan 6 syarat :-
1-Niat yang baik
2-Kerja yang dibenarkan disisi syariat
3-Melaksanakan kerja dengan betul
4-Bekerja secara terbaik (optimum)
5-Tidak meninggalkan perkara-perkara yang asas dalam Islam
6-Natijah yang baik
No comments:
Post a Comment