Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Thursday, October 15, 2009

Stress vs Cemerlang











Pada tanggal 10 Oktober 2009, telah dianjurkan bengkel “Stress vs Cemerlang”. Alhamdulillah aku dapat join program tu walaupun pelbagai halangan yang ditempuhi hari tu..Tapi memang betul2 penat hari tu sebab banyak sangat program. Bayangkan aku keluar pg tu jam 6.45 pagi dan kembali ke bilik hampir jam 12 malam..

Bengkel tu diadakan dari jam 8 pagi sampai jam 6 ptg. Hafiz Hamidun berkongsi pengalaman beliau bagi slot menangani stress dari perspektif Islam. Macam2 yang dikongsikan..antaranya peranan doa. Jadikan Allah tempat pertama untuk meluah segalanya. Tiada rahsia antara kita dan Yang Maha Mengetahui. Then, kne ingat nk berkongsi masalah dengan manusia..knelah cari yang amanah. Nanti tak pasal2 dicanangnya masalah kita tu satu Malaysia kecoh…

Slot seterusnya diisi oleh seorang pelajar master yang menjadi felo akademik ditempat kami. Beliau pernah mendapat anugerah di-raja dan anugerah naib canselor. Beliau seorang yang bijak menguruskan masa kerana mampu bergiat aktif dalam debat. Antara tip-tip yang dikongsi:-
-Kene pandai uruskan masa
-Cari masa yang sesuai untuk belajar (otak paling segar).
-Jangan bertangguh buat kerja
-Tumpuan dalam kelas
- Paling penting :- Carilah keberkatan menuntut ilmu dari guru.

Slot terakhir iaitu Minda Cemerlang yang disampaikan oleh Ally Iskandar.. Ramai yang agak terkesima mendengar salah satu kata2 beliau. Beliau mengatakan, “Saya tak nak kedatangan saya ke mari hanya membuatkan kamu mengatakan “ ‘Wow, Ally datang’ ketika saya melangkah masuk tadi. Kemudian sibuk mengambil gambar saya. Bila balik nanti, mengupload gambar-gambar tu tuk dimasukkan ke mana2. Dan akhirnya kamu tak mendapat apa-apa.. Tapi apa yang saya harapkan ialah kedatangan saya ke mari membuatkan kamu belajar sesuatu dari saya dan saya juga mempelajari sesuatu dari kamu semua…”
Mungkin apa yang dapat aku kongsikan disini, apa yang ku pelajari =>
-Jangan jadikan sesuatu itu sesuatu sebagai halangan
-Jadikan orang sekeliling sebagai pendorong.
-Kata kunci “Aspirasi”
-Baca buku stress kerana membaca time nk pekse je
-Cari style studi anda
-Jangan tipu diri sendiri, kejujuran penting.
-Fokus, ada target.
-Kompetitif, smgt persaingan
-Bebas adalah keupayaan untuk mengawal. Erti bebas bukanlah kita boleh melakukan apa
sahaja tanpa pengawalan kerana itu sebenarnya kita menjadi hamba pada persekitaran.
-Jangan asyik complain benda remeh temeh.
-Selalu cabar diri.
-Utamakan yang penting.
-Minda cemerlang ialah minda yang mempunyai target.
-Belajarlah sesuatu setelah celik mata.

No comments: