Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Thursday, October 15, 2009

CABARAN PEMIKIRAN MASA KINI

Islam melihat agama sebagai sesuatu yang mutlak ( datang dari sumber yang mutlak). Islam dianggap sebagai neraca kebenaran dimana ia memberi panduan dalam semua bidang kehidupan. Islam merupakan agama yang syumul. Konsep kehidupan diterangkan agama. Agama memberitahu hakikat hidup dimana adanya kehidupan dunia dan akhirat. Agama boleh dibicarakan dalam bidang ekonomi, sosial, sains dan sebagainya. Dan ia bukan hanya dibicarakan sebagai benda sampingan. Sebelum kita dilahirkan, kita dah akui tentang Rububiyah Allah.

Tafsiran tentang agama perlu dibuka. Kefahaman tentang agama perlukan ilmu. Ilmu boleh diperolehi melalui 3 cara iaitu Al-Quran, As-sunnah dan tidak tahu. Bila kita menyedari yang kita tidak tahu, secara automatik kita akan mencari ilmu itu. Kita boleh berbeza pendapat tentang agama dengan ulama’ dengan syarat ada ilmu yang kukuh dan dalil yang betul. Ada golongan yang suka menyempitkan tafsiran tentang agama sehingga menjadi ektreme dan menyusahkan. Kadang-kadang pandangan golongan ekstremis ini boleh membuatkan golongan yang kurang ilmu atau golongan bukan Islam memandang serong terhadap Islam. Penyelesaian kepada masalah ini ialah wasatiah atau bersederhana. Ideologi Liberalisme adalah respond pada golongan yang menyempitkan agama. Jadi, aspek kesedaran amatlah amat penting. Segala yang dilakukan perlulah dengan cara berhikmah….

No comments: