Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Wednesday, October 20, 2010

Anda bukan saya..

Objek di tengah2 tu, boleh jadi B, boleh jadi 13, bergantung kepada dari sudut mana kita memandangnya. Pandangan kita, selagi bukan fakta, tak ada salah tak ada betulnya. Jadi kita kena hormati pandangan orang, selagi ia tak menyalahi undang2 dan syarak.

Teringat la pula masa sekolah dulu, ada seorang kawan kelas ni suka baca tajuk surat khabar dengan macam2 nada. Macam2 la..

Tetiba juga teringat pesanan yang selalu diingatkan oleh seorang sahabat saya ni, pandanglah sesuatu tu dengan mata hati.

Dan kadang2, dari satu ayat leh dibaca dengan pelbagai tafsiran sehingga boleh menimbulkan salah faham. Dari peristiwa camni, saya belajar sesuatu. Tak semua orang punya pemikiran yang sama. Hakikatnya kita tak boleh nak paksa orang lain tuk terima apa yang kita fikir..

Dalam menyampaikan sesuatu juga, perlulah ia disampaikan dengan jelas.

Teringatlah pula tentang satu artikel yang menyentuh tentang dakwah yang versatile. Selalu tanpa kita sedari kita terperangkap dengan ketidakcekapan atau ketidakberkesanan dalam usaha murni mencegah kemungkaran. Niat dah baik tapi cara pelaksanaan masih kurang profesional. Kita gagal memahami dahulu, lantas kita gagal difahami. Masalah penyampaian yang kurang kreatif.

"Kebenaran yang tidak tersusun (terancang) akan kalah oleh kebatilan yang tersusun." -Sayidina Ali-

Setiap benda atas dunia ni ada baik dan buruknya (kecuali benda yang dah terang dan jelas buruk/baik tu tak payah nak diperpanjangkanlah). Untuk benda2 yang open-ended, benda yang tak jelas… benda2 tak konkrit ni, bergantunglah kepada minda kita nak menilai situasi2 yang berlaku.

Ada orang sentiasa tenang aje, ada masalah ke takde masalah ke, sama je. Ada orang memang nampak dia gelisah bila ada masalah. Ada orang, setiap masa macam ada masalah, walaupun sebenarnya tak ada masalah.

Masalahnya bukan terletak pada masalah tu, tapi kepada si empunya diri yang berhadapan dengan masalah.

Ada orang bunuh diri bila exam tak dapat straight As. Ada orang tak kisah lantaklah dapat berapa2 pun ada aku kisah?

Apa-apa pun perbezaan itu adalah satu rahmat, di mana dalam Islam pun meraikan perbezaan ni. Buktinya kita ada banyak cabang pemikiran yang sebenarnya menjurus kepada satu jalan yakni Ad-Din, tapi dalam sudut pandang yang berbeza. Dari situ lahirnya mazhab. Tapi antara imam2 ni tak ada yang mengaku lebih dari yang lagi satu, atau kutuk mengutuk antara satu sama lain.

Jadi wahai diriku, belajarlah memahami dulu sebelum sibuk nak suruh orang lain faham kita.

Anda bukanlah saya dan saya bukanlah anda. Tetapi kita macam puzzle yang saling melengkapi..

Dan paling utama, kita adalah hambaNya yang sangat2 memerlukanNya.

Wallahua'lam..

2 comments:

muzakkir said...

salam alayk..
bila melihat entry ni, terasa nak komen..
bukan pada isinya tapi pada gambar yang digunakannya..xpe kan?
bila tgk gambar tu, teringat gambar2 yang ada dekat satu artikel dalam web uzar..

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/38/697-rest-your-mind-with-this.html

nur_insani said...

W'salam..
Boleh je..

Alhamdulillah dh tgk.. menarik..
Belajar sesuatu disitu. Jgn pandang sesuatu tu dari satu sudut je..
Wallahua'lam..

Tmksh atas pkongsiaan..