Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Saturday, October 23, 2010

Kau pergi...

Akhirnya awak berlalu pergi setelah hampir satu sem kita bersama. Dalam seminggu, rasanya dengan awaklah saya paling banyak keluar. Hmm.. Hampir jeles yang lain.

Kadang2 saya naik pening asyik jumpa awak je. Pastu selalu je awak bagi saya persoalan dan nak jawapan minggu depannya setiap kali kita jumpa.. Nak je saya cakap kat awak yang saya tak berapa ada perasaan kat awak tapi tak sampai hati.. Teringat amanah kena jaga awak walaupun kadang-kadang saya x berapa jaga awak.. =( Maaf ye..

Semalam hari terakhir, saya x tau la nak cakap apa. Beberapa hari juga, saya tengok awak hampir sepanjang malam. Saya sedih sebab selama ni saya x cuba menyuburkan perasaan cintakan awak.

Akhirnya, semalam tepat 5 petang, saya biarkan awak pergi. Namun banyak kenangan awak tinggalkan kat saya.Moga kenangan2 tu memberi manfaat. InsyaAllah. Saya tahu ada hikmahnya awak pergi dulu. Sebab saya perlu bagi perhatian kat yang lain juga.

Moga Allah redha selama kita bersama.. InsyaAllah..

Akhirnya, dikau pergi, En. Struktur Data.

*apakah yang ku katakan dalam post kali ni ????

Perkongsiaan dari seorang sahabat saya :

"Jalan dakwah itu jalan yang payah.. banyak yang perlu dibina bagi membentuk fardil muslim. Perlu disana ada proses tarbiyah yang mutawasil. Tidak ada istilah putus asa dalam tarbiyah. Kerna menuju mrtib amal itu sesuatu cabaran sama ada kita melaksanakan matlamat hidup kita atau tidak. Moga terus bersama dengan tarbiyah, mtarbiyah dan dtarbiyah.."

Wallahua'lam.

2 comments:

fatin tasnim said...

salam..expected entry... sprt y dijanjikan.. huhuhu.... but...da last one...hummm..got it!!!!
:P

nur_insani said...

w'salam..
huhu.. tula.. kn dh kena poyo ngn k.iman..