Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Sunday, August 14, 2011

Nota Kekurangan

Bismillah
Anak Akh. Rahim Inteam

Tadi saya tertengok video yang bertajuk Zaujati yang telah dipost oleh seorang sahabat di laman sosial Facebook. Dan ia menyedarkan saya tentang erti menghargai.

Video tu menceritakan tentang pasangan yang baru beberapa bulan berkahwin. Setelah membaca mengenai tip memperkukuhkan hubungan dalam satu majalah, si isteri mencadangkan kepada suaminya untuk menulis tentang hal yang kurang disukai tentang pasangan. Kemudian, mereka akan membahaskan bagaimana untuk mengubah perkara-perkara tersebut agar perkahwinan mereka lebih bahagia.

Esoknya, mereka membentangkan apa yang telah disenaraikan. Si isteri mengeluarkan senarainya sekitar 3 muka surat lalu membacanya..

Tapi.. Saat giliran si suami.. Tiada sesuatu pun yang dicatat di helaian kertas tersebut.

''Abang tidak mencatatkan sesuatu pun di atas kertas ini. Abang berfikir bahawa dirimu sudah sempurna.." Lebih kurang macam tu la jawapan si suami.

Cuba fikir-fikir balik.. Mungkin kita selalu mengambil watak sang isteri tadi.

Agak-agak la.. Kalau diberi peluang untuk kita menulis macam tu, entah berapa helai kita tulis kan tentang sahabat kita. Tentang insan disekeliling kita.

Kita selalu melihat kelemahan orang lain tapi terlupa melihat tentang diri sendiri.

Sebenarnya saya pernah buat lebih kurang macam tu dengan seorang sahabat. Saya menyenaraikan tentang dia pada pandangan saya. Setelah itu, saya minta dia untuk membuat perkara yang sama agar saya tahu perkara-perkara yang perlu saya baiki.

Beberapa ketika selepas itu, dia menyerahkan senarai tersebut. Subhanallah.. Tiada satu pun kelemahan saya yang dia tulis. Hanya yang positif.

Kata dia,

Tidak perlu dicari kelemahan dan kekurangan, tetapi lihat pada kelebihan yang ada pada seseorang. Mungkin dirasakan perlu kerana ingin memperbaiki diri, InsyaAllah analisis perkara yang baik itu pun sebenarnya boleh menjadi muhasabah diri.

Saya terdiam.

Wallahua'lam.

No comments: