Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Friday, June 4, 2010

Akibat Terlalu Dekat

Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur digenggamnya di dalam tangannya.

“Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini ?” kata pelanggan itu menunjukkan genggamannya.
“Cuba berikan ku bayangan,”pinta penjual telur.
“Benda ini bentuknya seperti telur,” ujar pelanggan.
“Lagi?”
“Warnanya seperti telur”
“Lagi?” rayu penjual telur lagi.
Pelanggan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya lantas berkata: “Belum cukup lagi? Baiklah, jika dimasak rasanya seperti telur. Ia cair dalam keadaan biasa tetapi bila dipanaskan ia menjadi pepejal.”
Penjual telur masih terpinga-pinga. “Tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir.”
“Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih yang mengelilingi warna kuning!”
Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit : “Aku tahu jawapannya, ia sejenis kuih”
Pelanggan menggeleng kepala. Lantas membuka genggamannya. Ya, hanya sebiji telur… Apa lagi ?

Pengajarannya
Manusia sering menjadi buta dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya. Orang yang paling hampir selalu dipinggirkan, tetapi apabila orang itu sudah tiada, baru terasa kehilangannya. Ya, kerapkali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu jauh, tetapi kerana terlalu dekat.

1 comment:

mawarberduri said...

nice!! i like it:) ahsanti k.tisha:) alhamdulillah:)