Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Tuesday, June 22, 2010

Rindu pada Laut..

Meniti hari-hari bersama keluarga sebelum bermulanya sem baru. Lagi beberapa hari saja lagi. Sekejap je masa berlalu dalam sedar atau tidak. Memikirkannya membuatkan ku gelisah.

Menyingkap kembali

Usah biarkan kegelisahan ini membuat ku buta mata hati lagi. Pernah saja kegelisahan yang teramat itu membuatkan ku tidak menjumpai diri ini. Hilang entah ke mana. Resah dan gelisah menghuni jiwa dan fikiran. Tertekan sangat. Terlupa tempat kembali segala masalah.

Saat itu, syaitan mula menghasut. Perasaan benci mula membuak-buak. Benci dengan semua orang yang ada disekelilingku. Orang call, tak angkat. Orang mesej, tak balas. Orang ym, kadangkala je berbalas. Tu pun, entah apa yang dibalas. Tidak ku endahkan segala yang berlaku di sekeliling. Terjejas kehidupan seharian. Sehingga kelas pun sampai tak pergi sebab tak sedar ada kelas masa tu. Ada tu boleh pulak pergi kampus masa tak ada kelas sebab ingatkan ada kelas. Teruk sangat masa tu. Tapi ada yang lagi teruk. Assignment yang pensyarah suruh hantar masa tu pun tak sentuh. Dah la tak buat, tak ada perasaan bersalah langsung bila tak hantar assignment masa tu. Nasib baiklah, pensyarah tu perasan pastu dia bagi masa lebih tuk buat. Ada je benda yang lagi teruk ku lakukan. Namun biar Dia saja yang tahu segalanya. Allah je yang tahu bagaimana ku melalui hari-hari itu. Deritanya hidup bila kita kurang memberi.

Tatkala itu.. rasa lemah sangat. Akhirnya membawa diri. Selalu time petang-petang, berjalan la ke pantai seorang diri. Merenung laut biru yang sangat luas. Mendengar desiran ombak yang mendamaikan kalbu. Ku tenang merenung di sebalik ayat manzurah yakni alam ciptaanNya. Sedarlah.. apabila hati ini tenang ketika melihat laut, bukanlah kerana laut itu yang memberi ketenangan. Tetapi kerana laut itu “dekat” dengan Allah yang menciptanya. Rupanya, hati kita akan menjadi tenang apabila kita memandang sesuatu ciptaan langsung daripada Allah s.w.t.

Namun bila ku jejak kembali ke asrama, gelisah itu menyapa lagi. Fikiranku tidak tenang. Mujurlah Allah itu masih mengasihi hambaNya ini. Akhirnya, melalui kata-kata seorang sahabat.. hatiku tersedar. “Mengapa tidak mencari diri di sepertiga malam ?”.
Terima Kasih sahabatku..


Moga kita semua diberi kekuatan dalam usaha meletakkan DIA dihati.. InsyaAllah..

Wallahua’lam.

2 comments:

stazcandy (0402) said...

salam.. nant2 ada probs sal stud o kelas bgtau tau.. kt sharing2 2 org...sy xpandai selesaikan masalah..tp sy pendengar y bek.. insyaAllah...hehe..satu lg..berani btol cik tisha pg pantai2 sowang2 yr...nak ikut jugak.. ^^

musafir bumi sakura said...

Dan sungguh,Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu.
47:31