Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Saturday, June 19, 2010

Mee Bandung VS Kopok Lekor


Mee Bandung & Sirap Bandung
VS
Kopok Lekor

Mee bandung VS Kopok Lekor

Alhamdulillah.. Akhirnya dapat juga saya menikmati mee bandung Muar. Sepanjang duk Terengganu rasanya tak pernah jumpa mee bandung yang betul-betul mee bandung. Entah la.. ada tu, cam rasa mee hailam pun ada. Huhu.. Pandai je komen masakan orang sedangkan sendiri pun tak pandai masak. Apa nak jadila. Tak leh jadi calon isteri ni. Hmm..

Kalau masa kat Terengganu, otak duk sibuk teringat-ingatkan mee bandung. Makanan yang ada depan mata pun pandai je komen-komen. Bila dah kat muar ni, tekak macam nak makan kopok lekor pulak. Bukan setakat tu, siap terbayang-bayang ayam masak tiga rasa kat kedai ex-student. Apakah ??

Koreksi Diri => Bersyukur

Inilah masalah problem manusia (aku le tu) yang tak pandai bersyukur. Bila sesuatu benda tu ada depan mata, buat-buat macam tak nampak je. Tapi bila dah tak ada, baru terasa. Ish..tak patut betul.

Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering di risaukan. Itulah sikap kita yang mungkin sering kita terlepas pandang. Selalu lupa dengan nikmat yang sedang kita nikmati. Sedangkan Allah dah aturkan segalanya dengan indah sekali.

“Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya”
(Mafhum Asy-syura:36)

Siapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit pasti tidak akan bersyukur dengan yang banyak.

Oleh itu, sentiasa bersangka baiklah dengan Allah.
Firman Allah yang mafhumnya:
“Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, maka bersangka tentang-Ku apa saja yang kamu inginkan”
(Hadis Qudsi)

Doa

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".
(Mafhum Al-Ahqaf : 15)

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh".
(Mafhum An-Naml : 19)

4 comments:

muzakkir said...
This comment has been removed by the author.
muzakkir said...

salam alayk..

'hasbunallahhu wanik'mal wakil
walahailawala quwwatailla billah'

cukuplah Allah bagi kami, dan Dia sebaik2 pelindung

walaupun xramai yg komen/respon..teruskan menulis ye..


p/s:disable kan word verification utk komen lebih memudahkan rasanya..unless kalau nak elak spam yg pelik2, bagus la guna word verification ni

musafir bumi sakura said...

apa yang nampak didepan mata itu,jarang dihargai,terkadang lupa ke`wujud`annya,tetapi apabila sudah jauh atau tiada,itulah yang dicari dan diingini..
salah satu sikap yang perlu diubah agar diri kita tidak menjadi seorang yang kufur akan nikmat Allah dan sentiasa cuba menghargai orang lain..^^v

p/s mee bandung dan kopok lekor sama2 sedap,jadi keputusannya seri la kn..=)

nur_insani said...

akh muzakkir : InsyaAllah.. saudara juga, mg istiqamah..
tmksh.. lupa nk remove ritu..

MBS :InsyaAllah.. Mg kte sentiasa mjadi hamba yg sentiasa bersyukur.
betul2..dua2 sedap. x kisah la..mee bandung ke kopok lekor.. klu halal n baik.. bleh la mkn dua2 sekiranya ada depan mata. Mghargai rezeki yg dikurniakn. =)