Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Thursday, June 10, 2010

Macam-macam ragam..

Alhamdulillah.. Akhirnya dapat gak menjejakkan kaki ke pasar malam. Sepanjang sebulan cuti, baru ni berpeluang menjejakkan kaki ke situ. Sebenarnya hasrat nak pergi beli air soya je. ‘Wajib’ beli kalau pergi pasar malam. Pernah je terjadi kes sampai merajuk sebab abah terlupa beli air soya tu. Huhu.. Apalah masalah problemnya saya ni.

Jadi di kala petang yang indah permai tu, saya dan adik berjalan la kaki ke pasar malam tersebut yang kalau di kira jarak masa perjalanannya dalam 15 minit. Alhamdulillah, selamat perjalanan sebab tak dikejar anjing. Menikmati perjalanan, melewati rumah-rumah yang berderet di taman perumahan yang saya duduk. Kanak-kanak berlari-lari. Ada juga sedang bermain badminton di halaman rumah. Pelbagai ragam. Terkenang zaman kanak-kanak. Zaman yang sangat berani untuk mencuba. Dan juga zaman yang agak kurang sikit sifat malunya. Mana taknya, masa tu dengan semua orang kita berkawan, bermain bersama. Tapi sekarang, nak keluar rumah pun macam kena fikir banyak kali. Kononnya pemalu. Adeh.. Apa nak jadilah saya ni.

Dulu masa sekolah, ada seorang cikgu tu selalu cakap kat saya, “Nanti bila berhadapan dengan masyarakat, awak akan jumpa dengan macam-macam ragam manusia”. Saya pun senyum je setiap kali dengar ayat tu. Balik umah, tanya kat mak pulak. “ Betul ke kita boleh jumpa macam-macam ragam orang. Tengok macam lebih kurang sama je..” Macam budak tadika je saya tanya soalan macam tu saat tu. Mak pun senyum je mendengar pertanyaan anaknya ni. Mungkin ada benda yang berlegar-legar di minda mak masa tu.

Sekarang bila dah bercampur dengan macam-macam orang, baru saya temui pelbagai ragamnya manusia ni. Dan di taman perumahan yang kecil ni pun dah bermacam-macam ragam. Ada tu, perkara yang terkadang saya tak terlintas kat minda ni. Tu baru kes masalah sosial dan kekeluargaan. Isu jiran terlebih amik berat pasal orang satu taman pun ada.Belum masuk lagi isu politik. Boleh buat pecah belah. Baru la saya faham apa yang cikgu saya cakap dulu dan kenapa la mak tak jawab soalan saya. Kadang-kadang rasa kecewa dengan diri sendiri sebab belum mampu berbuat apa-apa.

Berbalik pada kisah pasar malam tadi. Saya dan adik pun meronda-ronda di sekitar pasar malam tu. Mula-mula kena la singgah beli barang-barang dapur sikit. Takut lupa pulak barang-barang yang mak pesan tadi. Mengutip pengalaman berbelanja barang dapur. Pening rupanya. Bagaimanalah selama ni mak dan abah uruskan semua tu. Ya Allah, permudahkan segala urusan mereka. Destinasi seterusnya, beli air soya. Tersenyum-senyum la saya lepas beli tu. Dah la beli banyak. Tamak betul. Lepas beli banyak-banyak barang, boleh pula kami ronda sekali lagi kat pasar malam tu. Adik pun dah macam senget sebelah je pegang barang. Hehe.. kejam2. Sebelum balik, sempat singgah lagi beli kopok lekor dan kuew tiow goreng. Nasib baik la, bawa duit bape ringgit je tadi. Kalau tak..hm…

Manusia macam-macam ragam. Saya ni pun dah tentu banyak kerenahnya juga. Moga saya mampu bertahan sepertimana mereka cuba bertahan dengan kerenah saya. Maafkanlah diri ini yang serba kekurangan. Kerna ku manusia biasa.

2 comments:

musafir bumi sakura said...

manusia itu Allah ciptakan sungguh unik,dan berbeza-beza di antara satu sama lain,untuk membolehkan kita ini melihat,memerhati dan mentafsir setiap perbezaan itu sebagai salah satu pelajaran dari sekolah alam..^^
sungguh agung dan bijaksana Sang Pencipta Alam ini..subhanallah..

nur_insani said...

Subhanallah.
betul2.. cme kdg2 kte terlepas pndang.