Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Thursday, June 24, 2010

Ritual Tanpa Amali

Tertarik saya untuk berkongsi tentang beberapa perkara yang terkandung di ruang cetusan oleh Prof. Dr. Sidek Baba di Majalah Solusi isu ke 20.

Islam Pernah Gemilang

4 Faktor Islam mampu membina tamadun di Andalusia dan Sicily lebih 600 tahun.

1.Sinergi atau hubungan ulama atau ilmuwan dengan umara atau pemimpin sangat baik.
Pada zaman al-Ma’mun, Harun al-Rashid, al-Mansur dan Umar al-Aziz umpamanya, kerjasama ulama umara amat luar biasa. Mereka bukan sahaja berbincang dan berkongsi pandangan mengenai hal-hal agama tetapi juga hal-hal berkaitan sains dan teknologi.

2.Jenis ilmu yang dikembangkan sepadu
Ilmu ‘mengurus diri’ dan ilmu ‘mengurus sistem’ bergerak seiring. Ibn Sina menghafaz al-Quran pada usia kanak-kanak, menguasai pelbagai bahasa, tahu asas tafsir dan falsafah, tahu logik, bahasa arab serta pakar dalam bidang matematik dan perubatan.

3.Tradisi pengkaryaan dan kesarjanaan amat cemerlang sekali.
Mereka lakukan kajian dan menulis karya yang hebat. Ibn Sina menghasilkan lebih 300 kitab dan tersohor, antaranya kitab perubatan, al-Qanun, yang diterjemahkan dalam bahasa Latin dan Ibrani dan digunakan di universiti di Eropah sebagai sumber rujukan penting ilmu perubatan.

4.Tradisi keilmuan Islam amat terbuka untuk menerima manfaat berbanding tamadun lain.
Seawal perang Badar, Rasulullah s.a.w membenarkan tawanan bukan Islam mengajar anak-anak orang Islam membaca dan menulis sebagai syarat pembebasan.

Ritual Tanpa Amali

Ritual sangat penting dalam Islam, tetapi ritual harus memancarkan amal dan cara hidup. Ini yang kekurangan dalam kalangan sebahagian besar orang Islam. Mengikut sejarah, Tanah Melayu menerima Islam pada abad ke-13. Pada abad inilah Baghdad jatuh ke tangan Tartar. Islam yang datang ke Malaysia tidak datang bersama-sama tamadun. Sebab itulah karya-karya keagamaan lebih banyak memberi tumpuan kepada bidang tasawuf dan rohaniah.

Hari ini al-Quran dibaca tetapi inti sari isinya tidak dikaji. Akhirnya umat Islam hanya mendapat faedah rohaniah daripadanya tetapi bukan faedah ilmu dan tamadun.

Persoalannya..

Di mana kita ?
Wallahua'lam...

No comments: