Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Thursday, August 26, 2010

Salam Ramadhan | Fuad Latif

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Saudara Nur_Insani yang dirahmati Allah SWT.

Alhamdulillah hari ini kita masuk ke hari 15 berpuasa. Sudah masuk ke separuh bulan kita berlatih di dalam menguatkan diri kita iaitu makhluk bernama roh agar dekat dengan Allah SWT.

Saudari,
Latihan puasa yang ditentukan oleh Allah SWT dengan berbuka apabila terbit fajar meminta kita agar melihat tahap pencapaian kekuatan rohani kita di dalam mengawal nafsu jasad. Setiap hari kita seharusnya melihat pencapaian diri sendiri kerana yang hanya mampu mengetahui pencapaian kekuatan rohani kita adalah kita sendiri.

Saudari ,
Rohani kita sebenarnya tidak bergantung kepada makanan, tidur, rehat dan lain-lain. Namun disebabkan kita termasuk di dalam jasad ini, maka ramai antara kita terikat terus dengan jasadsehingga kerohanian kita tertarik kuat kepada jasad.
Puasa melatih diri agar kita menyekat kehendak jasad agar jasad melemah dan rohani (diri) mampu dibebaskan dari keterikatan jasad yang memiliki pelbagai kehendak. Lalu seharusnya orang yangberpuasa itu, orang yang mampu mengawal nafsu jasadnya kerana ketika berpuasa roh (diri) tidak lagi terikat dengan jasad.
Terikat di sini bermaksud mengikut kehendak. Bukanlah tujuan puasa untuk memisahkan jasad dan roh kerana jika dipisahkan, pastilah kita ini akan mati.
Puasa adalah latihan untuk memastikan kita yang sedar inidapat mengawal jasad ini yang mempunyai fikiran dan emosilalu memiliki pelbagai kehendak.
Saudari,
Pada realitinya untuk mengetahui mana satu diri kita adalah....kita ini adalah yang sedar. Maka kesedaran ini seharusnya meningkat semakin hari semakin tinggi sedar ke Allah SWT. Ketika kita sedar ke Allah SWT kita akan mampu melepaskan diri daripada keterikatan fikiran dan emosi yang sering menjana persepsi buruk kepada sesuatu perkara.

Inilah yang selalu saya katakan...rasa di atas rasa. Ketika kita sedih...kita tidak sedih..tetapi kita melihat bagaimanaAllah sedang menyedihkan kita. Di kala kita ada masalah, jiwa kita tidak sempit, tetapi kita melihat bagaimanaAllah mengaturkan masalah untuk kita.

Hidup di atas rasa akan membuatkan kita seperti keadaan di bawah:
ketika kita sedih.....kita akan berkata "...ooooooh...Allah sedang memberikan aku sedih..begini rupanya cara Allah beri aku sedih...begini rasanya sedih...oooo...begini Allah aturkan kesedihan buat aku..."
ketika jasad ini lapar dan lemah.....kita akan berkata "...ooooooh....begini rupanya rasa lapar yang Allah jadikan...begini rasanya ...oooo...begini Allah lemahkan jasad aku ini...tidak mengapa...jasad aku yang lapar dan lemah..aku tidak.."
ketika kita bahagia.....kita akan berkata "...ooooooh...Allah sedang memberikan aku bahagia..begini rupanya cara Allah beri aku bahagiabegini rasanya bahagia...oooo...begini Allah aturkan kebahagiaan buat aku..."
Saudari
Hidup kita akan sentiasa tenang jika kita sentiasa berada di atas rasa.
Berbakikan 15 hari lagi Ramadhan ini, teruslah kita bersama-samakukuh dan tekad untuk sedar akan Allah SWT.
Apa yang saya lakukan, setiap malam, saya akan duduk diam iaitu ber i'tikaf di dalam rumah. Jika saudara dapat ke masjid...Alhamdulillah.
Saya akan solat sunat tahajud, hajat...dan lain-lain...kemudian saya akan kuatkan kesedaran saya ke Allah SWT.
Di siang harinya, di mana saja saya berada, saya terus kuatkan kesedaran kepada Allah SWT bersama-sama berkomunikasi dengan Allah SWT.
Saya pastikan bahawa saya tidak akan putuskan walau sesaat pun kesedaran saya akan Allah SWT walau di mana dan apa jua keadaan saya.
Saya tetap terus...terus dan terus ke Allah SWT. Kesedaran akan Allah SWT terus kukuh dan di mana saja saya berada, saya akan sentiasa sedar akan Allah SWTdan ia sangat kuat terasa.
Apabila kesedaran meningkat terus, kita akan berada di dalam keadaan khusyuk sentiasa pada Allah SWT. Pasti dalam keadaan khusyuk ini, kita mudah sabar, solatnya khusyuk, kita sentiasa ingin melakukan kebaikan....hidup tenang..bahagia kerana kita sentiasaberada di atas rasa.
Ke mana kita pergi pun, kita melihat segala gerak geri manusia...urusan manusia...kejadian alam dan pelbagai hal lagi yang kita lihat, dengar dan fikirkan..merupakan kerja-kerja yang sedang Allah SWT uruskan.
Saudari,
Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang sangat bererti buat kita. Detik perubahan Ramadhan yang tidak pernah terjadi sepanjang hidup kita ini kerana Ramadhan kali ini kita sudah benar-benarmerasakan Jiwa Positif Di Dalam Hidup BerTuhan yang sebenarnya.

Kini kita lebih memahami dan mampu menjalankan syariat agama yang mulia ini dengan lebih baik di dalam kesedaran sehingga kita mampu mencapai hakikat dan makrifat.

Semoga saudari mula ber i'tikaf dan terus kukuh sedar ke Allah SWT. Di suatu ketika nanti apabila malam yang penuh berkat dijanjikan oleh Allah SWT iaitu malam lailatul qadar tiba, saudari pasti akan dapat menangkap kehadirannya.
Salam Ramadhan...terus dekat dengan Allah SWT. Semoga memiliki taqwa dan kembali kepada fitrah iaitu diri kita yang sebenar...sentiasa ingin ke Allah SWT.
Sentuhan Qalbu ,
Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan

No comments: