Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Sunday, January 23, 2011

Tulislah..!!

Alhamdulillah.. baru selesai membaca Nota Hati Seorang Lelaki. Menarik.. Sangat menarik perkongsian dalam buku tulisan Ustaz Pahrol Md. Juoi ini.

Baru perasan, tersangat la lama saya nak menghabiskan baca buku ni. Tercatat dihelaian terakhir, 15 Oktober 2010. Dan hari ni, 23 Januari 2011.

Beli je 15 Oktober, tapi mula membacanya entah berapa hari bulan. Sebab masa tu tengah baca Nota Fikir untuk Zikir, hadiah dari seorang sahabat saya.

Lambat.. Bukan apa, saya suka bawa buku ini masa pergi makan petang. Boleh la baca sementara tunggu makanan sampai. Satu hari satu topik je baca. Tersangat la kejam bagi yang menunggu giliran nak pinjam buku ni..

Cepat la.. nak pinjam.” Ujar seorang sahabat sekelas saya.

Sabar.. tak habis lagi.”

Aduh.. ni membaca ke mengeja..”, perli sahabat saya itu.

A’ah.. mengeja sambil kira berapa banyak perkataan ada dalam buku tu”. Tergelak dia mendengar lawak yang tak berapa kelakar itu..

So ?

Dan hari ni sebenarnya saya nak kongsi satu ayat dari buku ni.. Punyalah lama baca kan, tapi satu ayat je nak kongsi..

Tulislah sesuatu yang memang kita yakini, alami dan rasakan. ”

Dari hati ke hati . Barulah pembaca akan terkesan. InsyaAllah..

Wallahua’lam.

# Baru perasan gak, sepertinya hobi saya suka membeli buku bukan membaca buku.. Oh.. tidak..!! Sila-sila la berubah ye...

# Suka membaca pun tapi kalau tak amalkan, macam tak guna gak.. Jadi, baca-bacalah dan selamat beramal

No comments: