Siapa yang RUGI ???
Firman Allah yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Ashr: 1-3 )
Dengan meneliti ayat tersebut, fahamlah kita manusia itu semuanya berada dalam kerugian, kecuali mereka yang menepati ciri-ciri berikut:
Orang yang setiap hari bertambah imannya. Dengan keimanan dia mengenali Tuhannya. Memahami tanggungjawab beribadah dalam hidupnya. Juga menyedari matlamat kesudahannya untuk beroleh keredhaan Allah.
Orang yang memanfaatkan waktunya untuk mengerjakan amal soleh. Amal soleh merangkumi apa saja perbuatan yang menepati syarak dan dilakukan untuk memperolehi keredhaan Allah.
Orang yang menyeru kepada kebenaran. Orang sedemikian beruntung kerana contoh kebaikan yang dipaparkannya dan diikuti oleh orang lain yang memberinya barakah. Dirinya juga beroleh pahala seperti orang yang melakukan kebaikan tersebut. Peribadi sedemikian juga akan menepati cirri rahmatan lil ‘alamin.
Orang yang saling memperingatkan manusia untuk tetap berada dalam kesabaran. Hidup ini yang Allah jadikan sebagai cubaan untuk memastikan siapa yang beramal dengan baik, sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi.
No comments:
Post a Comment