Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Tuesday, December 15, 2009

Dari Mata Turun ke Hati.....

Menahan Pandangan Mata…

= Allah telah menetapkan setiap mukmin lelaki dan perempuan menahan pandangan
semata-mata untuk memelihara maruah diri dan kesihatan hati. Dengannya akan
terpelihara dari berlakunya dari gejala maksiat yang mudharat.
=Rasulullah pernah ditanya mengenai pandangan mata yang tidak disengajakan
mendatangkan mudharat ; bagaimana menanganinya? – baginda melarang pandangan
kedua dan mencadangkan mengalihkan pandangan.
=Pandangan kedua mesti dihentikan kerana mendataangkan dosa. Jika lakukan juga,
bencana mananti dan penyakit hati sukar disembuhkan.
=Larangan pandangan kedua bertujuan mengurangkan mudharat akibat dari pandangan
yang tidak terkawal. Pengalaman sudah banyak membuktikan bencana yang dialami.
=Berbagai andaian akan terfikir hasil mengulangi pandangan. Gambaran-gambaran yang
dikhayalkan boleh mengganggu ketenteraman jiwa.
=Sewaktu mengulangi pandangan, iblis juga mengambil peluang menambah dan
memperdayakan pandangan hingga iblis tergoda.
=Diri mukmin tidak dapat melepaskan diri dari cengakaman ini sekiranya tidak
mengambil tuntutan syara’ sebagai ubat kepada jiwanya.
=Mesi disedari, pada pandangan pertama, iblis juga sudah melepaskan panahan fitnah
yang beracun, apatah lagi jika diulang pandang..lebih banyak racun fitnah yang
dilepaskan syaitan.
=Setiap hamba Allah mesti sentiasa ingin kecintaan hakiki yang berlandaskan ketaatan
kepada Allah, menuntutnya meninggalkan apa jua yang tidak Allah redhai.
=Pandangan mata jika sewaktu pertama kalinya sudah dikawal, maka akan lebih
mengalihkan yang kedua untuk memandang yang diharuskan saja. Perlu difahami, tidak
dilarang memandang, yang dituntut mengawal pandangan pada perkara yang dibolehkab
dan maslahat tertentu..

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah
Cinta dan Rindu menurut Al-Quran dan As-Sunnah.

No comments: