Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Monday, July 5, 2010

X tahu nk kasi apa..

Hari ni Ulangtahun Kelahiran seseorang. Ku tak tahu nak kasi hadiah apa. Sungguh… Tapi ku sangat sangatkan dia. Moga perasaan ini kerna-Nya.
Ya Allah.. kuatkanlah dia.
“Selamat Ulangtahun Kelahiran. Moga panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat yang abadi. Moga setiap denyutan nadimu bermanfaat kelak sebagai bekalan ke destinasi seterusnya. Untuk ingatan bersama, Semakin bertambah usia, semakin kita menghampiri detik itu. Terima kasih untuk segalanya. Moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan. Maaf kerana ku belum mampu menjadi insan yang baik sepanjang berada disisimu. ”

Sunday, July 4, 2010

Lukisan Rindu

Lukisan Rindu ( Are-Buddy)

Pada tangisan atau jua pada air mata
Hadir rasa yang tak bisa ku lari dari nya
Lukisan rindu yang terlakar di wajah ku
Hadir dari hati yang di himpit perasaan
Dirimu ku rindu oh kekasih Allah
Walau kita tak pernah bersua

Mengalir mutiara suci di pipi ku
Sambil di bibirku berselawat mengingati mu
Kerinduan bertamu tak bisa lagi ku bendung
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah
Ku harapkan rahmat Allah
Ku harapkan syafaat mu
Agar bisaku bersama mu
Oh Rasulullah..

Ku baca sirah mu
Ku hayati kata-kata mu
Betapa indah akhlak mu
Betapa erat ukhuwwah mu dan sahabat

Ku andaikan diriku
Berada disisi mu
Namun ku langsung terpana
Betapa hinanya aku disamping mu

Aku yang banyak berdosa
Mengharap maghfirah Allah
Aku malu pada mu
Duhai Rasulullah

Lukisan rindu pada mu
Penuh berwarna

Ya Rasulullah…..
Ya Allah…..

Selawat dan salam buat insan yang teramat mencintai kita, Rasulullah s.a.w

*Andai di beri peluang untuk bersamamu walau seminit....
apakah yg harus ku lakukan ??

Wahai diri...

Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.
Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.

Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.

Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil. Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.

Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.
Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu.
Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.
Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah.
Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.

Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan.
Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.
Usah hidup berpura-pura.
Ambil pengajaran dari masa silammu.

Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci.
Hargailah dirimu.
Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang dan
JIWA yang khusyuk.
Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini….
bertaffakurlah….

dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa.

Saturday, July 3, 2010

Latihan Menundukkan Ego


Tundukkan kepala 45 darjah ke bawah
(Seperti mula solat tetapi tidak perlu berdiri. Terbaik adalah duduk seperti duduk antara dua
sujud.)
Amati nafas. Jangan atur. Amati sahaja.
Nafas bergerak kerana ada Dzat yang memberi kita hidup.
Sedari (living at the present) bahawa nama yang kita akan sebut selepas ini adalah nama Dzat yang memberi kita hidup.
Dzat yang menjadikan langit & bumi. Dzat yang Maha Agung.
Panggillah dengan rendah hati & suara yang lembut
Allah…
(diam & rasakan bagaimana Allah memberi respon panggilan saudara).
Kemudian panggillah lagi
Allah…
(ulangi dan rasakan respon. Ulangi sehingga merasai respon Allah)

Haram untuk membayangkan. Amati dan rasa sahaja.



Firman Allah yang mafhumnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah,
bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,
bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”
(Al-Quran: Al-Anfal: Ayat 2)

Petikan e-book Jiwa Positif Hidup Bertuhan vol 1
.

Wallahua'lam

Friday, July 2, 2010

Komunikasi itu cinta

Komunikasi Itu Cinta

Komunikasi adalah segala-galanya di dalam cinta.
Tanpa komunikasi cinta tidak akan dapat termeterai.
Tanpa komunikasi, rindu tidak akan dapat diubati.
Tanpa komunikasi kasih sayang tidak dapat diberi dan dirasa.
Tanpa komunikasi jiwa sentiasa resah gelisah.
Tanpa komunikasi jiwa menjadi sepi.
Tanpa komunikasi tidak akan wujud rasa cinta.
Tanpa komunikasi, tidak akan ada perkongsian suka dan duka.
Tanpa komunikasi, cinta bertepuk sebelah tangan.
Dengan Komunikasi datangnya Cinta.
Dengan cinta datangnya keasyikan.
Dengan keasyikan datangnya keikhlasan.
Dengan keikhlasan datangnya keyakinan.
Dengan keyakinan datangnya kekuatan.
Dengan kekuatan datangnya semangat.

Komunikasilah dengan Allah apa yang difikirkan.
Komunikasilah dengan Allah apa yang dilihat.
Komunikasilah dengan Allah apa yang didengar.
Komunikasilah dengan Allah apa yang dilakukan.
Komunikasi itu cinta.
Cintakan Allah adalah cinta paling Agung.

Ya Allah, aku ingin sentiasa berkomunikasi dengan diriMu ya Allah.
Aku ingin ceritakan segala-galanya dengan dirimu ya Allah.
Agar wujud rasa cinta kepadaMu dalam jiwaku ya Allah.

Petikan e-Book Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan karya Fuad Latif

Teringat la pula ketika saya membelek-belek buku Berbunga Cinta Aisyah di hati Rasulullah. Ada disentuh tentang teknik komunikasi. Dan salah satu tips agar sesuatu komunikasi berjaya ialah kena la bersedia memaafkan dan bersikap terbuka. Berlapang dada ketika ditegur. Sememangnya manusia ni tidak terlepas dari melakukan kesalahan terutama diri ni sendiri.

Firman Allah yang mafhumnya,
“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.”
(7:199)

Dalam ayat lain Allah berfirman yang mafhumnya,
"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(24:22)

Belajarlah memaafkan wahai diriku yang selalu sukar untuk memaafkan. Berilah peluang dirimu, dia dan kita semua belajar dari kesilapan.

-Sesejuk Maaf di Kalbu-

Wallahua'lam.