Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Saturday, July 3, 2010

Latihan Menundukkan Ego


Tundukkan kepala 45 darjah ke bawah
(Seperti mula solat tetapi tidak perlu berdiri. Terbaik adalah duduk seperti duduk antara dua
sujud.)
Amati nafas. Jangan atur. Amati sahaja.
Nafas bergerak kerana ada Dzat yang memberi kita hidup.
Sedari (living at the present) bahawa nama yang kita akan sebut selepas ini adalah nama Dzat yang memberi kita hidup.
Dzat yang menjadikan langit & bumi. Dzat yang Maha Agung.
Panggillah dengan rendah hati & suara yang lembut
Allah…
(diam & rasakan bagaimana Allah memberi respon panggilan saudara).
Kemudian panggillah lagi
Allah…
(ulangi dan rasakan respon. Ulangi sehingga merasai respon Allah)

Haram untuk membayangkan. Amati dan rasa sahaja.



Firman Allah yang mafhumnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah,
bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,
bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”
(Al-Quran: Al-Anfal: Ayat 2)

Petikan e-book Jiwa Positif Hidup Bertuhan vol 1
.

Wallahua'lam

2 comments:

kembara bumi sakura said...

sekadar perkongsian
-bnykkn mmbaca atau mndgr ayat2 suci al quran,dn kurgkn mndgr lagu2 walaupn ianya berbentuk msg dakwah kerana ia tetap akn mmberi kesan pd hati kita ..insyaAllah sama2 kita cba mmpraktikkn..^^v

nur_insani said...

ye betul tu.. ana setuju.
InsyaAllah...
Syukrn atas pkongsian.. =)