Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Saturday, August 13, 2011

Jauh..

Pic from K.Yanti

Jauh..

Adakala jarak cuba memisahkan.

Namun terasa dekat melalui teknologi.

Apatah lagi adanya ikatan hati.


Namun..

Adakala yang dekat terasa jauh.

Hati mula kabur melihat titik penyatuan.


Allah.. satukanlah hati-hati kami dalam ketaatan kepadaMu.


Friday, August 12, 2011

Pergi..

Allah..

Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah roh dia dan tempatkanlah dia di tempat yang mulia (Syurga) serta luaskan kuburannya. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, peliharalah dia dari seksa kubur dan nerakaMu. Allahuma amiin.

Tadi pagi, tersentap apabila mendengar berita tentang pemergian seorang sahabat. Beliau merupakan bekas pelajar KMJ dan sepatutnya mendaftar sebagai pelajar UMT September ni.. Perginya dia dibulan Ramadhan dan sewaktu dalam perjalanan untuk pergi menunaikan solat subuh.

Saya berpeluang bertemu dengan beliau awal tahun 2011 yang lalu..

Semalam, saya perasan dia online di laman sosial Facebook. Dan saya tidak sangka post yang saya terbaca semalam adalah post terakhir darinya.

Sungguh.. berita ini peringatan dariNya ini untuk saya dan anda juga.

blog arwah : Cinta Seorang Dai'e

Wallahu'alam..

Wednesday, August 10, 2011

Mukhsinin



Firman Allah yang mafhumnya,

"Dan segeralah kamu mecari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (Iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah ? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai , mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal."

(Ali-'Imran:134-136)

Mohon la padaNya... =)

"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir"
(Al-'Imran:148)
Wallahua'lam

Monday, August 8, 2011

RiNDu

Bismillah
Alhamdulillah.. dah 8 hari kita diberi peluang menikmati bulan Ramadhan. Terasa pantas masa berlalu meninggalkan kita. Bak kata orang, pejam celik pejam celik dah habis satu hari..

Bila tiba masanya, kita akan pejam tak celik celik... Mungkin ini Ramadhan terakhir. Wallahua'lam. Allahu.. Allahu.. Allah.

Ramadhan kali ni, Allah beri peluang untuk saya bersama keluarga. Alhamdulillah..

Jujurnya.. tiba-tiba hati dipagut rindu pada mereka. Rindu juga suasana di sana.

Perasaan yang sukar diluah dengan perkataan.

Moga Allah redha. Moga Allah tautkan hati-hati kita dalam ketaatan kepadaNya. Allahuma amiin.

Wallahua'lam.



Saturday, August 6, 2011

Ramadhan yang sama, natijah berbeza

Bismillah.

"Puasa tak hari ni?"

"Puasa.." Jawabnya dengan muka confident.

Beberapa minit lepas tu, saya lihat dia sedang berbaring sambil menghisap botol susu.

"Aik.. tadi kata puasa." Saja ingin menyakatnya lagi.

"Iye puasa."

"Ni minum susu ni. Tak puasa la namanya."

"Baba kata minum susu tak pe." Petah kanak-kanak 3 tahun tu menjawab. Tergelak seketika saya dibuatnya.

Neneknya yang merupakan Mak Long saya memberitahu, dia memang tak makan dari tadi. Minum susu je. Puasa la katakan.. ^^

Tu kanak-kanak umur 3 tahun. Masih tak mengerti. Saya terfikir gak, agak-agak masa saya kecil apa definisi puasa pada saya.

Mungkin hanya tahu tak boleh makan dan minum. Sedangkan puasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga.

Cuba hitung-hitung balik, berapa lama kita dah berpuasa sehingga hari ini. Dan berapa kali Allah beri perluang untuk kita ketemu kembali Ramadhan ?

Adakah masih di tahap lama ?


Firman Allah yang mafhumnya,

"Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu berTAKWA"
(Al-Baqarah:183)

Orang yang bertaqwa ialah mereka yang sentiasa berhati-hati dan mencegah dirinya daripada melanggar hukum Allah lahir dan batin.

Firman Allah yang mafhumnya,

"Dan sebaik-baik pakaian adalah takwa"
(Al-A'raf:26)

"Hendaklah kamu berbekal dan sebaik-baik bekalan adalah takwa."
(Al-Baqarah:197)

Setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan kepada Allah swt atas kesempatan menimba keberkatan Ramadhan kali ini..

Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah.

Moga kita semua beroleh takwa dan dipertemukan dengan Lailatul Qadar.. Allahuma amiin...

Wallahua'lam