Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Sunday, February 6, 2011

Di puncak tapi rasa rendah

Panggilan jihad.

Firman Allah yang mafhumnya,

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dijalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya disisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan.”

(9:20)

“Ayuh, panggilan jihad di medan dapur memanggil…”, ujar seorang sahabat dari dapur. Ku tersenyum sambil melangkah menuju ke dapur. Bukan geli hati mendengar ayat itu. Tapi menggelakkan diri kerana ku masih lemah lagi untuk bertempur di medan itu.

“Jangan pandang rendah medan ni.. Penting tau. Para mujahid perlukan tenaga untuk terus berjuang.” Tambah seorang lagi sahabatku.

“Iye.. kena mantopkan diri ni. Kata nak jadi isteri dan ibu kepada para mujahid. Tangan yang menghayun buaian mampu menggocang dapur.. hehe.”

Saat disuruh merasa makanan tiba-tiba teringat peristiwa di rumah tempoh hari. Ketika mak minta ku merasa makanan yang sedang dimasak itu sudah cukup rasanya atau belum.

“Ok dah kot” Jawab ku bersahaja.

“Kot ? Cuba yakin sikit.” Pedas adikku menembak. Tak perasan dia baru menjengah ke dapur tadi.

“Yela.. Garam lagi sikit..” Muka merah menahan malu. Tembakan tepat terkena batang hidung sendiri. Masalah kurang yakin dengan diri sendiri.

Bila agaknya nak mengasah bakat didapur ?

Kat asrama tak boleh masak, makanan beli je. Lapar je order kat kedai.

Ahh.. alasan lagi.

Apa-apa pun, ku sangat gembira bertemu sahabat-sahabat. Lama tak ketemu mereka.

Peka kan hatimu

“Hati yang beriman sangat peka dengan segala unsur rabbani disekelilingnya. Sentiasalah suburkan iltizam.” Ringkas pesan Abi tapi sangat mendalam.

Masing-masing khusyuk mendengar. Suasana disekeliling yang tenang mendamai kalbu. Kicauan burung berzikir memuji kebesaranNya. Subhanallah.. Maha suci Allah, Tuhan yang menjadikan.

Firman Allah yang mafhumnya,

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun”

( 17: 44)

Kerdilnya diri. Selalu alpa dalam menunaikan hak-hakNya.

Kepenatan tadi masih bersisa. Kaki masih lagi menggigil kelenguhan. Sepertinya segala tenaga yang dikumpul semalam hilang tatkala kaki menjejak di puncak kaki bukit pagi tadi.

Penat. Hati masih mengeluh.

Tersentak seketika bila mendengar pesan abi sebelum berangkat pulang. “Hati yang beriman sangat peka dengan segala unsur rabbani disekelilingnya.” Ayat itu berulang-ulang ditayang di benak fikiran.

Kesal.

Baru ku sedar, ku gagal meneliti dan menghayati ayat-ayat manzurah sepanjang berada di situ. Maknanya, hatiku masih belum peka.

Fikiran diterjah firman Allah yang mafhumnya,

“Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada”

(22: 46)

Allah..Allah…Allah…

Dalam perjalanan balik, lagu Adab dan Sopan dendangan Rabbani membuatku berfikir jauh.

“Sabarlah Jika Dibenci

Jangan Berdendam Di Hati

Terhadapnya Kita Hormati

Moga Hidup Saling Diberkati”

Ustaz yang memandu asyik mengulang ayat itu. Cuba ku selami ayat itu. Mata masih lagi memandang diluar tingkap, memerhati keindahan alam ciptaanNya.

Diriku masih terlalu jauh dariNya.. ~

No comments: