Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Sunday, November 27, 2011

1433

Bismillah..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Allah masih beri kesempatan untuk menikmati nikmat Iman dan Islam. Dan InsyaAllah moga turut menikmati nikmat Ihsan.. Amiin.

1 Muharam... Tahun Baru... Hijrah... Azam... 

Mengapa perlu berhijrah ? 

Sunnatullah.. Semua akan berubah. Hanya perubahan yang tidak berubah. Dan dah tentu Allah yang kekal. Kita akan terus berubah. Cuma antara ke arah kebaikan atau keburukan. Moga kita sentiasa berubah ke arah kebaikan. Amiin.. 

Dalam hijrah ada ketenangan dalam ketegangan, ada bantuan di kala kesusahan. ''Bersama Allah'' adalah sumber kekuatan. 

Cemasnya Saidina Abu Bakar tatkala kafir Quraisy memburu mereka. Jika mereka menundukkan sedikit saja muka ke muka pintu gua, nescaya akan kelihatan Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar r.a. Cemasnya beliau bukan kerana bimbang diri sendiri, tapi kekasih hati yang dicintai. Kisah ini terpahat dalam ayat 40 surah At-Taubah..

"...... Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita..."

Wallahua'lam.

1 Muharram 1432 | 27 November 2011
Bumi Darul Iman.

Saturday, November 26, 2011

Tahun Baru


One day, you'll be just a memory for some people. Do your best to be a good one.. 

Saturday, November 19, 2011

Heart Setting

Bismillah
Salam

Yakinlah bahawa,

Tulisan itu mampu merawat luka-luka mereka.

Tulisan itu boleh menghiburkan hati-hati mereka.

Dan tulisan itu juga memberikan harapan kepada mereka.

Bahawa, Allah SWT akan sentiasa menerima mereka.


Jom baca post : Heart Setting Seorang Penulis by Bro Hamzah.

Sangat best dan InsyaAllah moga-moga bermanfaat dan menyuntik semangat seorang yang bergelar PENULIS.

Wallahua'lam.

Thursday, November 17, 2011

Pencuri yang kantoi

Bismillah...



Tempoh hari (masa kat rumah) ada tertengok berita kat salah satu saluran TV. Tentang penangkapan pengedar dadah. Menurut laporan berita, mereka berjaya melepasi mesin pengimbas kat KLIA asalnya. Tapi terkantoi sebab lelaki yang bawa beg tu nampak seperti mencurigakan.

Kalau tengok beg yang mereka ubahsuai tu memang agak kreatif la. Bayangkan, boleh mesin pengimbas tu tidak dapat mengesan dadah dalam beg tu (yang bernilai berjuta ringgit).

Masa tengok berita tu, saya terfikir gak.. kalau saya bawa beg tu agak-agak terkantoi tak ? :D

Adik saya cakap, kalau saya bawa.. lagi la kantoi.. muka penuh curiga..

Begitu juga dengan kehidupan kita. Kalau dah buat salah (dosa), kita akan rasa gelisah... tak sedap hati.. buat sesuatu perkara pun macam dah tak betul..

Jadi.. cepat-cepat la bertaubat.

Selagi masih ada waktu ni. Sebab esok masih belum pasti.. ~

Wallahua'lam.

Sunday, November 13, 2011