Bukan dengan paksaan, tetapi dengan desakan atau gerak hati sendiri sahaja, berlaku atau tercetus dengan sendiri dan tanpa dirancang. Demikian definisi spontan menurut Kamus Dewan.
Berapa kali dalam hidup kita lakukan kebaikan secara spontan tanpa berfikir panjang ?
Berapa kali kita berfikir dan berkira-kira dalam melakukan kebaikan ?
Berapa kerap pula kita tidak berfikir panjang menurut kemahuan nafsu ?
Jika diteliti definisi akhlak, sesuatu keadaan bagi diri atau jiwa yang mendorong untuk melakukan perbuatan dengan senang tanpa didahului oleh daya pemikiran kerana ia sudah menjadi suatu kebiasaan. Di sini wujud unsur spontan dalam melakukan kebaikan.
Jom muhasabah diri. Andai diri masih “tidak spontan” melakukan kebaikan dan ketaatan, mungkin jiwa dan hati perlu dikemaskini dengan “pengisian” mahmudah.
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment