Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Friday, November 12, 2010

Pentingnya qudwah dalam diri remaja...


Alhamdulillah.. masih lagi dikurniakan nikmat Iman dan Islam. Dan juga nikmat kesihatan yang jarang kita syukuri. Bila dah sakit, barulah kita sedar yang kita dulu sihat..

Allahu Rabbi, lemahnya diri ini..

Akhirnye, diberi kesempatan olehNya.

Kelmarin tatkala membelek-belek buku, telinga mendengar radio IKIM.FM. Pilihan Utama. Promote jap. Masa tu dengarlah slot “Remaja” bersama DJ Irwan dan Izhar, perunding motivasi. Tajuk yang dibincangkan adalah Pentingnya Qudwah Dalam Diri Remaja.

Sebagaimana yang kita sedar, remaja sangat suka mencuba dan sangat suka mencontohi. Biasanya kita lebih mudah contohi apa yang kita tengok berbanding dari apa yang kita dengar. Betul tak ?

Dan yang cuba diketengahkan oleh Izhar dalam perbincangan tersebut adalah tentang cabaran yang dihadapi oleh remaja masa kini yang terpaksa berhadapan dengan dunia sekeliling. Owh.. berat. Permasalahan utama adalah kerana remaja keliru dalam pemilihan qudwah. Masih tak sedar yang baginda Rasulullah s.a.w adalah ikutan terbaik bagi sesiapa yang mengharapkan keredhaanNya.

Firman Allah yang mafhumnya :

Sungguh, telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah . . . ” (33:21)

Permasalahan lain yang disebut adalah remaja mahu dilihat sebagai orang dewasa. Perasaan ini membuatkan remaja sukar mendengar nasihat. Ke main payah nak dengar nasihat terutama dari orang yang lebih dewasa. Makin cakap jangan, makin buat. Terlupa yang mereka-mereka ni dah makan garam dulu. Jadi mereka tau la garam tu masin ke tak. Analogi yang digunakan oleh Izhar adalah masa kita main night walk. Orang yang paling depan lebih tau keadaan yang mereka lalui sebab dia dah lalui dulu. Jadi kalau la orang depan cakap ada akar. Sila2lah berhati2 ketika berjalan masa gelap tu. Takkan la kita perlu jatuh tersungkur ditempat yang sama sedangkan dah ada orang warning. Jadi, kenalah ambil iktibar.

Pentingnya qudwah dalam kehidupan. Dah jumpa kan? Tentunya Rasulullah s.a.w. Langkah seterusnya, jadi qudwah pula pada orang lain. Andai disekeliling kita tak ketemu insan untuk dijadikan qudwah, mengapa tidak kita sendiri menjadi contoh pada insan lain.

Mengajak orang ke arah kebaikan bukanlah perkara mudah. Kadang-kadang macam2 cara dah buat tapi tak berkesan. Jadi bersabarlah..

Bayangkan tika kita nak ON kan kipas tapi tak tahu mana satu butang yang perlu ditekan. Dah la banyak butang suis tu. Apa yang kita buat ? Dah tentu kita akan tekan satu..satu.. butang suis tu sampailah kipas yang kita nak tu terON. Dah jumpa tu, kena tutup balik mana suis yang dah buka. Sangat perlukan kesabaran. Kalau kita kaitkan dengan nak ajak orang ke arah kebaikan lebih kurang macam tu la analoginya. Banyak cara perlu dicuba. Dan tak mesti cara pertama, kedua, atau ketiga itu akan berjaya. Jadi.. bersabarlah…

Lagi satu, dalam nak ajar orang naik tingkat seterusnya, kita tak leh la duk paksa orang tu siap marah2 lagi.. “naik..naik..cepat naik..” dengan nada keras. Lama-lama tertekan orang tu dek kerana dia rasa dirinya tak mampu tuk naik. Apa kata, kita turun untuk bawa dia naik sama ke tingkat seterusnya. Yeah.. betul la apa yang anda fikir tu.. kena guna pendekatan yang betul. Cara berhikmah la senang citernya. Janganlah perasan diri tu hebat sehingga timbul riak dalam hati tanpa kita sedar. Cuba renung2kan balik, adakala kita bertanya soalan pada orang lain adakah untuk berkongsi ilmu yang kita perolehi atau sekadar nak tunjuk yang kita lebih tahu tentang perkara itu. Astaghfirullah.. Kita sendiri pun tak tahu siapalah kita dipandanganNya. Sama-sama kita nilai dan muhasabah diri kita. Refresh niat sokmo.

Saya tertarik dengan ayat Izhar, “Jom bermula dengan diri sendiri”. Seharusnya kita sebagai remaja sentiasa bersedia menghadapi pelbagai ruang lingkup kehidupan. Susah gak tu. Apa-apa pun bermula dengan diri sendiri dulu. Mengharap nak dapatkan anak yang indah akhlaknya, bermula juga dari diri sendiri. Takkanlah nak anak yang soleh dan solehah tapi terlupa check diri sendiri. So, bagi melahirkan generasi yang indah akhlaknya, kenalah bermula dengan diri kita dulu. Ingat tu wahai diri, bermula dari diri sendiri dulu..

Maka, bermulalah kempen, “Jom bermula dengan diri sendiri dulu”

Tetiba rasa macam nak kongsi ayat dari genta-rasa,

“Hidup mereka sentiasa tidak senang kerana asyik memikirkan perancangan kejahatan. Mereka akan sentiasa dibayangi oleh orang yang mereka benci ke mana saja mereka pergi. Orang yang tidak cukup dengan yang sedikit, pasti tidak akan puas dengan yang banyak. Kalau disusuri dengan hati yang paling jujur, dimuhasabah dengan jiwa yang paling saksama, pasti disebalik semua yang rasa kita tertekan saat duji adalah berkepentingan dunia jua ”

Wallahua’lam.

No comments: