Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Saturday, November 6, 2010

Penggali perigi yg jahat

SAYYID Nimatullah al-Jazairi rahimahullah berkata bahawa seorang yang sangat dipercayainya menyampaikan sebuah cerita kepadanya: Ada seorang laki-laki di kota Isfahan yang memiliki seorang isteri.

Pada suatu hari, dia terlibat pertengkaran sengit dengan isterinya sehingga kerana tidak dapat menguasai amarahnya yang meluap-luap dia memukul dengan tongkatnya dengan kuat. Dia tidak pernah terbayang sebelumnya bahawa isterinya terus jatuh waktu itu juga, padahal dia sama sekali tidak bermaksud membunuhnya. Maka, dia pun khuatir terhadap keluarga isterinya dan kebingungan tidak tahu bagaimana jalan keluarnya. Kemudian dia mengunjungi salah seorang sahabat karibnya dan meminta pendapatnya untuk mengatasi kesulitannya itu.

Sahabat karibnya berkata kepadanya: "Carilah seorang pemuda tampan, ajaklah masuk ke dalam rumahmu, lalu bunuhlah dia! Setelah itu, letakkanlah pemuda itu di samping mayat isterimu. Kemudian, bila keluarga isterimu menanyakan perihal kematian isterimu, katakanlah, aku melihat pemuda ini tidur bersamanya. Maka, aku bunuh mereka berdua."

Dia menyetujui pendapat sahabatnya itu. Kebetulan, ketika dia sedang duduk di depan pintu rumahnya, dia melihat seorang pemuda tampan melalui jalan tersebut. Maka, dia pun tidak mensia-siakan kesempatan itu. Dia langsung memanggil pemuda itu dan memperlakukannya dengan baik. Kemudian, dia mengajak pemuda itu masuk ke dalam rumahnya dan menghidangkan kepadanya makanan yang lazat. Ketika pemuda itu tidak sedar, dia pun mengayunkan pedangnya tepat di lehernya sehingga terbunuhlah pemuda itu ketika itu juga.

Tidak lama kemudian, keluarga isterinya datang mengunjunginya. Dia pun menceritakan kepada keluarga isterinya tentang pengkhianatan yang telah dilakukan isterinya. Mendengar penjelasan yang disampaikannya itu, mereka keluarga isterinya berkata: "Sungguh, tepat sekali apa yang telah engkau lakukan."

Secara kebetulan, pada waktu yang sama, sahabat karib orang itu yang telah memberikan cadangan pembunuhan itu mendatanginya untuk suatu keperluan. Dia mempunyai anak laki-laki yang masih muda lagi tampan. Dia merasa kehilangan anaknya tepat pada hari dia mencadangkan pembunuhan itu.

Dia bertanya kepadanya: "Apakah engkau telah melaksanakan cadangan yang telah aku berikan kepadamu?" Orang itu menjawab: "Ya, cadanganmu telah aku laksanakan dengan sempurna." Lalu dia berkata: "Tolong, perlihatkanlah kepadaku pemuda yang telah engkau bunuh itu." Maka dia membawanya masuk ke dalam rumahnya.

Alangkah terkejutnya dia begitu melihat mayat pemuda tampan itu. Ternyata, dia adalah anaknya yang hilang. Maka, dia pun mengambil tanah dan meraupkannya ke kepalanya sendiri sebagai tanda penyesalan dan kesedihannya yang mendalam. Benarlah apa yang disabdakan Rasulullah SAW: "Barangsiapa menggali perigi untuk mencelakakan sesama mukmin, maka Allah menjadikan dia sendiri yang akan termasuk ke dalamnya."

ISTIGHFAR

Untuk melakukan ibadah, kadang-kadang kita merasa dihambat sesuatu yang semestinya tidak layak dikatakan sebagai penghambat. Namun kita selalu menggunakannya sebagai alasan untuk tidak dapatnya beribadah secara maksima. Mari kita lihat sebentar perjalanan kita.

Pada masa kerja, banyak daripada kita yang tidak boleh Sembahyang Dhuha kerana tidak semua pejabat atau perusahaan menyediakan surau dan mengizinkan kerani-keraninya untuk sembahyang Dhuha.

Pada masa rehat, kita tidak boleh sembahyang Dhuhur dan berzikir lama-lama kerana waktunya terbahagi untuk makan bagi yang tidak puasa atau untuk kepentingan yang lain. Sekilas, seakan ibadah sentiasa memerlukan waktu dan tempat tertentu dan jika kita tidak boleh menemukan salah satunya daripanya maka hilanglah kesempatan beribadah itu.

Apakah demikian semestinya? Jawabnya TIDAK dan sekali lagi TIDAK. Salah satu usaha yang perlu kita kemaskan ialah memanfaatkan waktu untuk beribadah semaksima yang boleh. Pada bahagian ini saya pilih ibadah berupa sentiasa membaca ISTIGHFAR.

lanya diucapkan secara terang ataupun diucapkan setakat dalam hati. Bacaan ini mudah dan tidak boleh dihadkan oleh situasi kerja, tempat dan masa.

Mengapa kita pilih Istighfar? Kerana kita masih diliputi banyak dosa sekaligus mengingat bahawa Junjungan kita Baginda Rasul s.a.w. yang sudah Ma'sum dan dijamin oleh Allah akan dosa-dosanya diampuni oleh Allah, masih juga membaca 70 kali istighfar setiap hari. Apatah lagi kita yang tidak ada jaminan bahawa dosa-dosa kita akan diampuni. Sudah semestinya istighfar kita lebih banyak lagi berbanding jumlah istighfar Rasulullah s.a.w.

Bila membaca istighfar ini anda anggap baik dan bersetuju dengan pendapat saya bahawa ianya tidak boleh dihadkan oleh tempat dan waktu mengapa kita tidak melakukannya?

Bagaimana kalau ketika ini kita bersama-sama sentiasa membaca ISTIGHFAR. selama mata kita belum tidur pada setiap kesempatan. Cukup kita lakukan satu hari sahaja dan jika anda tahu man-faatnya, selanjutnya terpulang kepada anda.

Firman Allah yang mafhumnya,
"Dan barangsiapayg mengerjakan kejahatan atau menzalami diri sndiri, kemudian istighfar memohon keampunan nescaya dia dapati Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
(4:110)


Wallahua'lam.

No comments: