Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Saturday, April 24, 2010

" Nanti... "


Sejak akhir-akhir ni, bertalu-talu berita kematian insan-insan dari keluarga terdekat singgah ke telinga ni.. Dari DIA kita datang, kepada DIA jua kita kembali.. Setiap yang hidup pasti merasai detik itu.. Usah dipersoal bila saat itu.. tapi tanya pada diri, apa persediaan yang telah aku lakukan untuk menghadapinya ? Bila-bila saja saat itu boleh datang.. entah esok, lusa.. entah mungkin sebentar lagi.. Allah.... Permudahkanlah segala urusan kami.
Seringkali kali kita terdengar ucapan seseorang ketika diajak kembali ke jalan Allah, "Nantilah dulu, apabila aku tua..aku akan bertaubat ". Ada juga ucapan " Nanti bila dah tua, aku tutuplah aurat". Ucapan ini bertitik tolak daripada akal yang lemah. Jika seseorang yang beriman, tidak mungkin ia berkata demikian. Sebab semua orang tahu bahawa ajal boleh datang tiba-tiba tanpa membezakan usia, lalu siapa yang boleh menjamin bahawa ia akan mencapai usia tua ?
Kadang kala kita juga suka saja membiarkan perkataan nanti meniti dibibir. Nantilah aku solat, nantilah aku puasa, nantilah itu, nantilah ini... Macam-macam.. Kadang-kadang itulah apa yang diri ini lakukan. Bukan kadang-kadang, tapi selalu... Astaghfirullah..
Ingatan ini untuk diriku ini dan juga semua sahabat yang ku kasihi sekalian.. Berhati-hatilah dengan kalimah "nanti"....

No comments: