Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Sunday, April 11, 2010

Kerna Sayang...


Baik dikau banyak diamkan diri dari berbicara perkara yang sia-sia wahai diriku yang banyak berbicara..

Hmm.. sepatutnya kita berusaha untuk membawa bersama-sama insan-insan yang kita sayang untuk meraih redhaNya.. tapi kadang-kadang..

kerana " sayang", berat mulut untuk untuk menegur..
Kerana "sayang" , hanya diam menghiasi bimbang..
Kerana " sayang", hanya jelingan mata menyatakan kekesalan hati
dan kerana "sayang", masih dibiarkan insan-insan tersayang itu terus dan terus melakukan..

Kadang-kadang sibuk menghukum insan-insan diluar.. Terabai insan-insan disamping kita... Kadang kala sedar.. cuma berat tuk menegur.. Yela.. kerana "sayang".. Takut-takut terguris pulak hati dia.. tapi sampai bila hendak dibiarkan.. sampai bila...??

Yang paling menyentuh hati... bila diri sendiri yang terabai.. Sibuk membetulkan insan lain, diri sendiri yang dizalimi... Dikatanye itu haram, ini haram.. akhirnya diri sendiri terlanjur.. Astaghfirullah..
Setiap apa yang kita katakan, akan diuji...
Usahlah dikau katakan apa yang tidak engkau lakukan wahai diri...

Tegurlah diri ini andai diri ini tergolong dalam kalangan insan-insan yang anda sayang..