Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Friday, December 2, 2011

Kuat

Bismillah.

Iman, kesihatan, kekayaan, kebebasan, rasa aman, semangat muda dan ilmu adalah inti daripada semua yang diinginkan oleh orang-orang yang berfikir. Namun hanya sedikit yang boleh mendapatkannya sekaligus.

Sangat suka melihat mereka-mereka yang 'kuat'. Terus bertahan.. 

Mereka-mereka dan dia-dia yang jauh di mata dan juga yang di depan mata. Ingin sekali membluetooth semangat dari mereka. 

Orang Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah dari Mukmin yang lemah.

Kuat, bukan hanya terhad pada kekuatan fizikal sahaja. Bestnya jadi Mukmin yang kuat.

''Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan kuda-kuda yang ditambat untuk berperang, yang dengan persiapan itu kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu."
(Mafhum Al-Anfal:60)

Bersiap-siaplah dengan segala kekuatan yang ada.. 

=)

Wallahua'lam.

3 comments:

Ieqa Swetluv said...

mudah2an kita pun sama2 mampu jadi mukmin yang kuat. kn tisha! =)

N.A.n.i said...

Amiin ya Allah.. ^^
Cikgu Ieqa... meh datang sini, bluetooth semangat awak bagi share kat saya.... :D

Sufiana Mohamed said...

MUSLIMAT POWER!..hehe: Couple Lepas Kahwin Baru Syok!